Rasanya manis berlemak, maka tidak hairan mengapa keledek menjadi kegemaran si kecil. Ubi keledek mengandungi pelbagai nutrien penting yang diperlukan si manja. Antaranya ialah;
- Vitamin A – yang diperlukan untuk perkembangan penglihatan.
- Vitamin C – untuk membantu menguatkan sistem imun anda untuk menjaga kesihatan.
- Potassium – untuk membantu jantung dan otot anda bekerja lebih baik.
- Serat – penting untuk penghadaman iaitu perut dan usus.
BETA KAROTENA KUATKAN SISTEM IMUNISASI BADAN SI KECIL
Beta karotena ialah kandungan antioksidan. Ia selalu terdapat di dalam makanan yang berwarna jingga. Beta karotena membantu si kecil melawan penyakit.
RESEPI JEJARI KELEDEK
Puan Umairah Jamaah telah berkongsi cara untuk menyediakan jejari keledek sebagai hidangan snek si kecil. Dalam rupa bentuk yang lebih menarik iaitu jejari dan ditambah dengan salutan serbuk roti di luar, kanak-kanak dan bayi tentu tertarik untuk menikmatinya.
RESEPI JEJARI KELEDEK
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
- Keledek (apa-apa jenis & warna)
- Roti (untuk buat serbuk roti)
CARA MEMBUATNYA
#1 Kupas keledek dalam kuantiti yang diingini. Cuci bersih getahnya dan kukus atau rebuskan sehingga masak. Setelah masak, lenyekkan isinya.
#2 Bentukkan keledek yang dilenyek kepada bentuk jejari begini. Kalau agak lembik boleh letak tepung gandum sikit. Kalau anda bekukan pun boleh.
#3 Bakar roti mengguna ketuhar dengan suhu 110°C selama 10 minit- 15 minit ( bergantung kepada saiz ketuhar). Kemudian kisar guna pengisar kering.
#4 Kemudian salut jejari tadi menggunakan serbuk roti berkenaan.
#5 Kemudian gorengkan jejari tadi dengan minyak yang banyak. Angkat apabila warnanya bertukar kepada kuning keemasan. Toskan dan sejukkan sebelum dihidangkan kepada si kecil.
Sumber: Umairah Jamaah