Setiap kali nak masak untuk anak-anak apa yang mama fikirkan mestilah sedap dan berkhasiat untuk si kecil makan. Tapi ada ketikanya mama pun tak ada idea apa menu apa yang boleh dibuat untuk anak-anak makan.
Apa kata mama cuba buat snek jejari kentang untuk bayi yang enak ini. Resepinya dikongsi oleh Puan Farisha Sofea. Menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk dicari dan didapati. Jejari kentang untuk bayi dan kanak-kanak ini pasti anak gemari.
JEJARI KENTANG VERSI BABY ( FINGER FOOD )
Bahan Bahan :
2 biji kentang
1 sb tepung gandum tanpa bahan peluntur
1 sb tepung jagung
1 sb sayur pakchoy dicincang
1 sk serbuk ayam
1 biji telur ( dikacau seketika )
serbuk roti / serbuk oat
minyak untuk menggoreng
Cara Cara :
4. Lenyekkan kentang tersebut, Tambahkan serbuk ayam , tepung gandum dan juga tepung jagung
5. Gaul sehingga menjadi seperti serbuk kasar .
6. Masukkan sayur yang dicincang dan uli sehingga menjadi doh.
7. Kemudian ambil sedikit doh dan bulatkan memanjang seperti jejari .
ulang sehingga habis .
8. Celupkan jejari yang telah siap tadi ke dalam telur dan golekkan pula ke dalam serbuk roti
9. Panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan.
10. Angkat dan toskan. Letakkan di dalam pinggan.
11. Siap , sedia dihidang
Sumber: Farisha Sofea