Nak buat untuk menjual pun tiada masalah sebab min belum jumpa lagi ada yang buat jualan jejari roti ni. mungkin sebab ia mudah untuk dibuat, jadi sesiapa sahaja boleh buat di rumah masing-masing. Buat aktiviti dengan anak-anak pun sesuai.
Ads
Portion hidangan: 2-3 orang makan
Bahan-bahan:
Roti Buku (nak guna roti apa pun boleh)
Tepung bestari (nak guna spicy atau original pun boleh)
Ads
Cara-caranya:
Mula-mula sekali, potong roti kepada bentuk jejari. Ikut kita nak saiz Panjang mana. Buat sedang-sedang supaya mudah anak-anak nak makan.
Seterusnya, masukkan sedikit tepung bestari ke dalam mangkuk. Tuang sedikit air dan bancuh sampai sebati.
Ads
Jangan terlalu likat dan jangan terlalu cair.
Ambil pinggan dan tuang sedikit tepung bestari yang kering.
Panaskan minyak dalam kuali. Ambil roti, celupkan dalam bancuhan tepung kemudian golekkan ke dalam pinggang. Pastikan setiap sudut bersalut.
Masukkan dalam kuali dan goreng sampai kekuningan. Buat sampai habis roti .
Dah nampak bertukar warna gold tu, angkat dan toskan.
Bukan setakat jamuan anak ke sekolah bahkan menu ringkas seperti spageti buttermilk chicken popcorn paling mudah disediakan untuk anak ke sekolah. Macam mana nak buat?
Resipi ringkas perkongsian Hurun’lin Malik ini mak-mak kena cuba. Simple tapi sedap.
Sekolah kebangsaan dah setel, kena pikir menu jamuan sekolah agama pula kan. Nah Ain buat menu ni senang siap dalam 1 jam je.
Pukul 6 pagi start masak, pukul 7 dah siap-siap pack, anak dah boleh bawa ke sekolah. Alhamdulillah.
Spageti buttermilk chicken popcorn
Bahan-Bahan:
1 paket spageti
1 tin susu cair
10 ulas bawang putih
Cili padi (ikut kepedasan)
Daun kari
5 sudu besar butter
6 sudu besar tepung gandum
Air masak
Popcorn chicken (goreng guna airfryer)
1. Rebus spageti hingga lembut.
2. Tumis bawang putih, cilipadi dan daun kari hingga wangi.
3. Masukkan tepung dan kacau hingga kekuningan jadikan roux (pemekat).
4. Masukkan 1 tin susu cair.
5. Tambahkan air ikut kepekatan yang diingini.
6. Perasakan dengan garam. Boleh dihidang bersama spageti yang direbus tadi then baru taburkan chicken popcorn di atas supaya tak lembik.
Waktu berpuasa ni, banyak betul rasa teringin nak makan macam-macam. Salah satunya kuih orang lama macam bengkang, kuih bakar atau bingka. Rasa lemak dan manis-manis manja kuih stail lama ni memang memikat selera. Baunya pula, kalau dibuat harum satu rumah!
Seperti yang dikongsikan oleh Baizura Muhammad, resipi bingka ubi ini sangat sedap. Teksturnya garing diluar dan lembut di dalam dengan rasa manis yang sedang elok, pasti menjadi rebutan sekeluarga.
Ikuti perkongsian resipi ini:
Ya Allah sedapnya bau Bingka Ubi ni masa tengah masak! Memang bisa menggugat jiwa yg tengah resah.. mana tak resah, tengah hujan guruh sibuk buat kuih siap amik gambar bagai huhuuu
Yang bestnye Bingka @ Bengkang Ubi ni, bukan je nak buat dia senang sangat, rasa pun bukan main sedap lagi! Dengan texture yang garing di luar lembut di dalam, manis sedang elok, rasa lemak berkrim disukai ramai yang balance, eh pendek kata mmg sedaplah! Orang dok ingat buat bingka ni susah kan tapi senang sangat sebenarnya, just campurkan semua bahan & bakar je 😱
Resepi ni mmg dah tepat2 sukatan dia. Siapa nak fefeeling terrer masak boleh cuba buat bingka ni insyaAllah CONFIRM JADI – kalau ikut bahan & cara buat dia betul2..
Bahan2 seperti di bawah: 🍠4 cawan Ubi Kayu – disagat 🍠2 cawan Santan Pekat – kakbai guna santan kotak M&S 🍠1 cawan Gula Pasir 🍠½ sudu kecil Garam 🍠Sedikit Pewarna Kuning
1. Ini pelakon utama kita. Ubi kayu & penyagat. Penyagat tu kalau takde bolehlah beli, kang tak pasal2 kena sagat ubi pakai gigi pulak nnt 😬
Ubi tu belilah dalam 1.5kg. Beli lebih takpe sebab kadang2 bahagian dalam dia rosak dan ada yg tak boleh pakai, so kalau beli lebih adalah backup kalau dapat ubi yg kurang elok..
Sebelum sagat ubi, panaskan oven dulu. Suhu 200’ guna api atas bawah tanpa kipas.
2. Lepastu dah boleh sagat ubi dengan ikhlas. Contoh ikhlas tu sampai jari bengkok mcm akak tu ha. Punyalah sepenuh hati kakbai sagat ubi tu.. Make sure sagat sampai dapat 4 cawan tau.
Cawan mana2 pun takpe, asalkan guna 1 je cawan yg sama dari awal sampai siap bingka ni nanti..
3. Step seterusnya paling senang. Ko campur je semua bahan yg ada dalam list tu..
Okay, mula2 masukkan gula 1 cawan.
4. Lepastu, masukkan santan pekat 2 cawan. Kalau guna santan asli, perah dari 1 biji kelapa. Kakbai pakai santan kotak je, kuazer ah nak pening2 kepala 🤭
Sebagai rujukan utk beli bahan: Cawan metriks yg kakbai pakai tu memerlukan 500ml santan kotak. Ikut cawan masing2 kay. Kita perlukan 2 cawan. Jgn lupa kocak dulu sebelum tuang santan tu.
5. Pastu masukkan garam 1/2 sudu kecik. Nampak tak kat sudu tu ada tulis 1/2 tbs (1/2 table spoon). Haa senang kan pakai penyukat metriks mcm tu, takyah pening2 nak fikir banyak mana sebenarnya setengah sudu tu. Beli kat shopee je senang. Shopee pee pee pee 🎼
6. Masukkan pewarna kuning. Ikut suka je nak letak banyak mana. Mula2 letak sikit dulu, kacau dan tengok hasilnya. Kalau masih belum cukup keramat lagi warna kuning tu, bolehlah tambah lagi sampai puas hati.
7. Kacau rata semua bahan tadi sampai gula hancur. Jgn pandai2 nak tambah tepung ke apa. Memang itu je bahan2 dia. Simple tapi menjadi.
Tuang dalam loyang 7 inci. Ratakan.
Loyang tu tak perlu sapu atau alas apa2 sebab nanti santan pekat tu bila dibakar akan jadi berminyak sikit, so bingka tak melekat dan senang je nak keluarkan – asalkan dah betul2 sejuk.
8. Masukkan loyang dalam oven yg dah dipanaskan tadi. Kalau ada yg terlepas pandang, kita guna suhu 200’ api atas bawah tanpa kipas. Letak dekat rak paling bawah. Bakar dalam 1 jam – 1 1/2 jam.
Kalau jenis suka bingka yg lembut semua, 1 jam dah cukup. Kalau suka yg garing kulitnya, bakar dlm 1 1/2 jam. Atau tengok kalau bahagian atas dah perang, dah boleh angkat. Pendek kata ikut selera masing2. Kalau suka yg rentung pun boleh je kalau itu yg membahagiakan..
9. Bila dah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan dulu lebih kurang 3-5 jam. Bingka akan lekang sendiri dari loyang bila dah cukup sejuk. Sejuk ni maknanya pada suhu bilik ya, takyah masukkan dlm fridge pulak. Tapi kalau dah tak sabar sangat nak makan panas2, makan jelah dik. Bingka kita kan, sukati kita lah nak mcm mana.
10. Punyalah nak tunggu betul2 sejuk sampai terlupa nak makan hahaaa! Gambar ni diambil lebih dari 24jam bingka siap.. Korang kalau buat utk makan berbuka, boleh start buat dalam pukul 10-11 pagi so ada cukup masa utk sejukkan dia elok2..
Kalau nak bingka yg lembut dan lemak berkrim mcm yg kakbai dok sembang dari tadi ni, make sure ikut betul2 sukatan dan cara buat dia tau. InsyaAllah puas hati & puas makan.. jgn lupa share sikit dgn org sekeliling.
ALL THE BEST & SELAMAT BERPUASA!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salad ikan mungkin kedengaran asing pada kita namun menyebut Miang Pla Pou pasti ada yang pernah menikmatinya. Rupanya cara hendak menyediakannya cukuplah mudah. Ringkas dan sihat.
Nak tahu bagaimana membuatnya? Pn Suzana Othman berkongsi langkah demi langkah untuk menyediakannya di rumah. Nak tahu cara nak makannya macam mana? Jom ikuti caranya. Sedap!
Hai assalamualaikum semua. Kita nak reveal resepi salad ikan siakap yang kita jual atau dikenali sebagai Miang Pla Pou. Disebabkan resepinya kita tak belajar dari mana-mana PJJ jadi mudahlah kita nak share secara percuma.
Kita tak kisah pun kalau korang nak jual sebab rezeki masing-masing Allah dah tentukan. Kita sendiri terjejas akibat covid sebelum kita bangkit semula dengan menu Salad Ikan Siakap. Jadi kita nak korang yang mana terjejas tu boleh la cuba jual jugak, mana tahu ada rezeki nanti. Asalkan rajin dan ikhlas, pasti ada jalan keluarnya. In sha Allah.
Bahan-bahan:
Ikan siakap
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng
Bahan Sos Thai:
130g cili api siam hijau*
50g cili api China merah*
200g cili hidup merah*
100g bawang putih*
50g batang daun ketumbar*
70g beras yg disangai kemudian ditumbuk
70g air perahan limau nipis
100g sos ikan
300g gula perang
3sb serbuk pati ayam
1liter air
Garam secukupnya
Step pertama mestilah pergi pasar beli ikan siakap. Berat anggaran seekor 600-700g. Walaupun peniaga tu dah siang siap-siap tapi balik rumah korang kena buang jugak sisik ikan yang masih ada. Bila ikan tu bersih dan bebas sisik barulah enjoy nak makan. Itu juga melambangkan ketelitian korang sebagai peniaga yang tak buat kerja sambil lewa.
Rendamkan ikan dalam air bancuhan tepung gandum dan limau nipis selama mana yang korang suka. Campak beberapa sudu garam dalam tu.
Toskan air, kelar badan ikan kemudian lumur dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya.
Bancuhkan tepung goreng ayam serbaguna dengan sedikit air. Jadikan adunan yg tak pekat dan tak cair. Kita guna tepung serbaguna jenama Aroma. Nak guna bestari pun boleh.
Ratakan dengan penuh hati-hati. Sirip dia tajam tu. Perap sekejap ikan supaya meresap elok sebelum digoreng.
Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas dan cukup banyak tau. Semasa menggoreng, buka api sederhana supaya ikan masak sempurna.
Inilah dia hasilnya setelah digoreng.
Jom belajar buat sos Thai. Kisar kasar semua bahan bertanda*. Jangan letak air banyak sebab kita nak hasil yang kasar bukan halus tau. Guna air yang disukat tadi.
Masukkan bahan kisar dalam periuk, buka api sederhana. Tambahkan air, gula, garam, sos ikan, beras sangai, dan serbuk pati ayam.
Bila dah menggelegak, masukkan air perahan limau nipis. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, masak sos hingga memekat. Tutup api. Korang boleh adjust rasa dia ikut citarasa. Kalau nak manis lagi boleh tambah gula.
Bila dah sejuk baru masukkan dalam bekas, hiaskan dengan daun ketumbar dan taburan bijan.
Bahan untuk hiasan:
Salad- rendam air garam-toskan
Timun-sagat
Lobak-sagat
Tomato cherry-hiris
Daun ketumbar
Kita suka sagat halus timun dan lobak supaya senang dimakan. Tapi ikut korang nak buat cemana. Nak hiris pun boleh je.
Cara nak makan salad ni, ambil daun salad, letak isi ikan, tomato, lobak, timun, suhu dan daun ketumbar atas daun salad. Curahkan sos dan gulung daun salad. Ngap!