Musim durian yang sedang hangat ini apa kata kita pelbagaikan resipi berasaskan durian. Salah satu resipi yang mama boleh cuba adalah jemput-jemput durian. Bukan main sedap lagi.
Ringkas dan paling senang hendak dicuba. Paling menarik inti durian yang dimasukkan ke dalamnya. Memang superb! Malah ada tip untuk menjadikan jemput-jemput menjadi bulat cantik.
Selamat petang semua. Ni saya nk share resepi jemput DURIAN UMI tercinta saya. Ore Kelate panggil (jeput duye ) yang mana suka makan tu 😋 dan ada teknik video macam mana nak bagi bulat-bulat gitu.
Resepi jemput durian
Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
*Telur 2 biji
*Gula 2 sudu
*Garam 1 sudu
*Mauripan (1paket) bancuh dengan air suam
Bahan inti
Inti durian
Gula
(Ikut suka hati banyak mana nak letak)
Bahan bertanda* campur sekali tunggu hingga kembang.
Last sekali masukkan tepung dan air secukupnya.
Tunggu dalam 1 jam.
Panaskan minyak dan goreng.
Siap!
Menarik: Stok Pantang Bawang Goreng Rangup, Elok Lerai Satu-Satu & Tak Pahit, Ini Tipnya
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Erah Syahirah