Sekarang ni musim demam kadang-kadang satu rumah demam, jadinya kalau nak makan kita boleh masak menu yang ringkas dan mudah semampu mana untuk kita masak. Menu apa yang je mudah dan sesuai untuk orang demam ni? Jom kita cuba Sup Ayam Cendawan. Kebiasaannya kita selalu letak sayur macam lobak merah atau kentang kan? Tapi sebenarnya kalau letak cendawan tambah lagi sedap tau!
Pekena sup panas-panas memang sedap tambah pula khasiat cendawan yang boleh menurunkan kadar kolestrol. Selain itu, cendawan mengandungi serat dan enzim yang mempunyai kapasiti untuk mengurangkan tekanan pada jantung.
Resipi ini dikongsikan oleh dapurtiyah
View this post on Instagram
Bahan-bahan:
1. Sambal kicap
– segenggam cili api hijau
– 2 ulas bawang putih
– 3sb bawang goreng
– kicap manis
– jus limau
Cara Penyediaan:
- Kisarkan cili api hijau, 2 ulas bawang putih, 3sb bawang goreng secara kasar.
- Masukkan ke dalam mangkuk, tuang kicap manis dan sedikit jus limau.
Bahan-bahan:
2. Sup Ayam Cendawan
– 5 ketul kepak ayam
– 1 pek cendawan tiram
– kayu manis bunga lawang
– bawang merah hiris
– bawang putih hiris
– halia hiris
– serbuk sup
– air secukupnya
– kiub ayam dan garam
– daun sup
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak dan tumis kayu manis bunga lawang, bawang merah hiris, bawang putih hiris dan halia hiris sehingga naik bau dan keperangan.
- Masukkan serbuk sup, masukkan ayam dan biarkan ayam kecut terlebih dahulu.
- Kemudian, bila dah kecut masukkan air secukupnya, kiub pati ayam dan garam secukup rasa.
- Tunggu sehingga mendidih dan masak barulah masukkan cendawan tiram.
- Akhir sekali masukkan daun sup.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Mudah kan resipi kali ini? Sekiranya anda nak masukkan lagi bahan-bahan lain seperti kentang, lobak merah dan lain-lain, tiada masalah. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI