Takut anak bosan asyik makan nasi putih? Ibu-ibu boleh cuba menu lain pula. Ibu boleh buat ikut citarasa anak-anak dan kesesuaian umur.

Kadang anak lebih suka pada warna dan bentuk yang comel-comel. Koleksi menu nasi berwarna yang diolah oleh Puan Ika Anum Haji Saidin ni boleh dicuba terutama anak bawah dua tahun. Lepas dua tahun pun kalau ini cara nak tarik anak makan boleh buat.

Ni antara koleksi menu nasi berwarna a.k.a berupa selain nasi putih anak saya. Menu-menu ini majoriti resepi dewasa tapi saya olah bagi sesuai untuk anak bawah 2 tahun. Yelaa kan, takkan mama abah jer nak makan sedap. Firas pun nak juga makan sedap-sedap.

Jemu Nasi Putih, Tukar Menu Nasi Berwarna Sihat. Mesti Anak Makan Bertambah

Resepi Nasi Pandan

Bahan-bahan:
Daun pandan
Beras

Kisar atau tumbuk daun pandan..Ambil air pandan, tapis masukkan dalam periuk berisi beras yang dah dibasuh..Masak macam biasa..Siap..

Resepi Ayam Pandan

Bahan-bahan:
Ayam
Bawang putih*
Bawang merah*
Halia*
Serai*
Daun pandan
Lidi

Cara-caranya:
Tumbuk/kisar bahan2 bertanda * kemudian gaul dgn ayam..perap ayam dlm 30 minit..balut ayam dgn daun pandan..cucuk lidi supaya balutan tak tercabut masa goreng..dah siap balut,boleh laa goreng.

Jemu Nasi Putih, Tukar Menu Nasi Berwarna Sihat. Mesti Anak Makan Bertambah

Resepi Nasi Beriyani

Beras
Rempah beriyani
Ghee
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Susu full cream

Tumis bawang putih,bawang merah,halia,kulit kayu manis,bunga lawang smpi naik bau..Masukkan rempah,masak sampai pecah minyak..Masukkan beras yg dah di basuh dulu,kacau sebati..Masukkan sedikit air dan susu ikut sukatan beras supaya tak lembik tak keras..Biarkan sampai masak..Siap..

Resepi Dalca Sayur

Ads

Bahan-bahan:
Rempah daging
Terung
Lobak merah
Kacang buncis
Ubi kentang
Kacang dhall (rebus dulu)
Ayam
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Santan

Tumis bawang,halia,bunga lawang,kulit kayu manis sampai naik bau..Masuk rempah kari(bancuh dgn air) masak sampai pecah minyak..masuk ayam,ubi,kacang buncis,lobak merah tambah air sikit bg cepat lembut..Masuk kacang dhal yg dah rebus tadi..kacau sampai sebati,masukkan terung biarkan seketika..Akhir sekali masuk santan..Biar sampai mdidih..siap.

Jemu Nasi Putih, Tukar Menu Nasi Berwarna Sihat. Mesti Anak Makan Bertambah

Resepi Nasi Daging Air Asam

Bahan-bahan:
beras
ghee
bawang merah
bawang putih
halia
susu full cream
daging
kulit kayu manis
bunga lawang

Tumis hirisan bawang dgn halia,kulit kayu manis & bunga lawang dgn ghee,sampai kekuningan..Masukkan susu,daging..Masukkan beras yg dah basuh,tambah air..Biarkan sampai masak..Siap..

Resepi Air Asam versi budak-budak

Bahan2
tomato
bawang putih
bawang merah
asam jawa

*Air asam jawa masak kejap atas api
*Goreng hirisan bawang dgn minyak sikit
satu kan smua bahan..Siap.

Jemu Nasi Putih, Tukar Menu Nasi Berwarna Sihat. Mesti Anak Makan Bertambah
Resepi Cheesy Rice Ball

Ads

Bahan-bahan:
Nasi
Brokoli
Carrot
Bawang putih-kisar
Bawang merah-kisar
Halia-kisar
Cheese
Serbuk ikan bilis
Serbuk roti
Telur

Tumis bahan kisar,masukkan carrot & brokoli..tambah air masak sampai lembut..tabur serbuk ikan bilis..masak sampai kering..

Nasi putih lenyek2 bg mudah lekat satu sama lain..Satu kan dgn sayur tadi..Gaul sebati..Kepal kan..Letakkan cheese kt tgh..Kemudian bulat kan..

Pecahkan telur..Celup bebola dlm bancuhan telur kemudian salutkan dgn serbuk roti. Goreng..Siap.

Jemu Nasi Putih, Tukar Menu Nasi Berwarna Sihat. Mesti Anak Makan Bertambah
Resepi Dragon Balls Rice

Bahan-bahan:
Beras
Kunyit

Masak mcm biasa,basuh beras..masukkan serbuk kunyit sikit..biar sampai masak..bulat2 kan..

**Utk lauk terpulang ibu2 nak hidangkan dgn menu apa pun**

Jemu Nasi Putih, Tukar Menu Nasi Berwarna Sihat. Mesti Anak Makan Bertambah
Resepi Nasi Minyak

Beras (basuh/toskan)
Bawang putih (kisar)
Bawang besar (kisar)
Halia (kisar)
Kunyit Hidup (kisar)
Unsalted butter/ghee
Kulit kayu manis
Bunga lawang

Ads

Tumis bahan kisar,kulit kayu manis,bunga lawang dgn unsalted butter/ghee..Biar sampai naik bau,masukkan beras yg dah basuh tadi..Tambah air biarkan sampai masak..

Resepi Kurma Daging

Bahan-bahan:
Daging (rebus dulu)
Serbuk rempah kurma
Ubi kentang
Tomato
Serbuk daging homemade
Santan
Bawang merah (kisar)
Bawang putih (kisar)
Halia (kisar)
Bunga lawang
Kulit kayu manis

Tumis bahan kisar bersama bunga lawang,kulit kayu manis sampai naik bau..Kemudian masukkan bancuhan rempah kurma sampai pecah minyak..Masukkan daging,ubi kentang tambah sedikit air biarkan sampai ubi lembut..Masukkan santan,biar sampai mdidih..Masukkan tomato..Akhir sekali tabur serbuk daging..Siap..

Jemu Nasi Putih, Tukar Menu Nasi Berwarna Sihat. Mesti Anak Makan Bertambah
Resepi Nasi Tomato

Bahan-bahan:
Beras
Tomato paste

Cara-caranya:
Basuh beras macam biasa..
Masukkan air & tambah tomato paste..

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:
Ayam
Tomato paste
Bawang putih
Bawang merah
Tomato ceri

Cara-caranya:
Tumis bawang putih & bawang merah..masukkan tomato paste biar sampai pecah minyak..masukkan ayam..tambah sedikit air..biarkan seketika..akhir sekali masukkan tomato ceri..kacau2..siap!!

Resepi Tomato Paste

Bahan2:
Tomato
Capsicum
Bawang putih
Lobak merah

Cara-caranya:blend semua sekali.

Jemu Nasi Putih, Tukar Menu Nasi Berwarna Sihat. Mesti Anak Makan Bertambah
 Resepi Nasi Daging Pataya
Bahan-bahan:
Beras
Lobak merah
Capsicum
Kacang buncis
Bawang putih
Halia
Minyak
Telur
Daging segar/serbuk daging

Cara-caranya:
Tumis bawang putih & halia..masuk beras yg dah dibasuh tambah air sukatan mcm masak nasi putih biasa..biarkan sekejap..masukkan semua bahan kecuali serbuk daging..biarkan sampai lembut & kering..taburkan serbuk daging..kacau2..siap!

Pecahkan sebiji telur..kacau2..panaskan kuali letak minyak sikit..tuang telur dlm kuali..rata kan..jgn terlalu nipis jgn terlalu tebal..sedang2 saja..agak telur dah garing letak nasi yg masak td atas telur..bungkus bg kemas..biar kejap..siap!

**NASI NAMPAK LEMBIK SEBAB MENU NI MASA ANAK SY DALAM 8-9 BULAN**

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI