Pa&Ma selaku medium keibubapaan nombor 1 di Malaysia yang kini telah menginjak ke usia 22 tahun menjadi pilihan mama papa untuk dijadikan rujukan. Dengan pelbagai tip perkembangan dan kesihatan anak serta ilmu parenting sudah cukup untuk membuktikan Pa&Ma sentiasa dekat dan relevan di hati papa mama milenial Malaysia.
Sama seperti tiga tahun sebelum ini, sekali lagi Pa&Ma memberi pengiktirafan kepada semua jenama berkualiti dan diyakini untuk dianugerahkan dengan Jenama Pilihan Pa&Ma 2022. Ia merupakan tahun keempat diadakan selepas diadakan buat julung kalinya pada tahun 2019.
Idea untuk mengadakan Jenama Pilihan Pa&Ma ini tercetus apabila melihat kerjasama yang baik daripada pihak terlibat dan ia menjadi inisiatif Pa&Ma untuk membantu mama papa di luar sana untuk memilih hanya yang terbaik buat si manja dan keluarga tersayang.
Anugerah berprestij ini telah diberikan kepada pelbagai jenama di bawah kategori Produk Ibu, Produk Anak, Rakan Hospital serta Shopping, Libur & Servis. Tahun ini, Pa&Ma turut memilih Ikon Parenting & Pakar berpengalaman yang mengungguli bidang masing-masing. Sebanyak 40 jenama terpilih pada tahun ini dan kesemuanya dipilih berdasarkan kualiti serta kredibiliti masing-masing.
Selain pengumuman Jenama Pilihan Pa&Ma 2022 yang telah telah dibuat pada 1-3 November yang lalu, turut diadakan adalah Pa&Ma GoLive bersama tiga jemputan istimewa iaitu Imam Muda Hassan, Dr. Say Shazril dan Pn. Nad Masrom yang akan mengupas pelbagai topik keibubapaan yang menarik.
Diharapkan dengan anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma ini boleh menjadi rujukan kepada mama papa untuk membuat pilihan tepat buat seisi keluarga. Sokongan anda, menjadi tulang belakang Pa&Ma!
Untuk mengetahui senarai penuh Jenama Pilihan Pa&Ma 2022, mama papa boleh layari SINI