Berita

Jenama Pilihan Pa&Ma 2024 Meriah, Penerima Anugerah Diraikan Atas Cruise Tasik Putrajaya!

Share

Pa&Ma sekali lagi meraikan dan mengiktiraf jenama-jenama terunggul negara dalam membantu memberikan produk dan kualiti yang terbaik untuk perjalanan seorang ibu dan ayah.

Tampil meraikan kesemua 20 rangkaian produk, kali ini Pa&Ma memberikan kelainan dengan membawa kesemua jenama hebat ini menerima penghargaan sambil berlayar menaiki Cruise Tasik Putrajaya.

Kemunculan Bella Astillah dengan busana putih biru yang mendendangkan lagu, Hero memukau perhatian semua tetamu.

Tambah menarik si comel Yaya bersama ibunya yang membuat kemunculan khas bersama plaque Jenama Pilihan Pa&Ma 2024 sebagai simbolik hubungan kekeluargaan serta bonding antara ibu dan anak.

Minum petang santai itu tambah dihangatkan dengan diiringi alunan suara merdu dari Ally Yusni & Friends yang mendendangkan beberapa lagu untuk tetamu.

Sambil berlayar, penerima anugerah kemudiannya diberikan penghargaan yang terdiri dari pelbagai kategori termasuk Produk & Perkhidmatan, Klinik & Hospital, Pusat Perkembangan Kanak-Kanak, Rakan Pakar serta Rakan Strategik.

Berikut merupakan senarai penuh penerima anugerah.

Tahniah kepada barisan penerima anugerah KATEGORI PRODUK & PERKHIDMATAN:

  • TUNGBAYEE – PRODUK BERPANTANG PILIHAN PA&MA
  • SIMPAN SSPN – SUPERHERO SIMPANAN BIJAK ANAK ANDA, JAMINAN MASA DEPAN PILIHAN PA&MA
  • AWFATECH – SISTEM & APLIKASI PENGURUSAN BAGI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PILIHAN PA&MA
  • NR MOTHERCARE – PERKHIDMATAN PENJAGAAN IBU TERBAIK PILIHAN PA&MA
  • KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM – PUSAT BELI BELAH KELUARGA PILIHAN PA&MA

Tahniah kepada barisan penerima anugerah PUSAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK:

  • EYE LEVEL – PUSAT PEMBELAJARAN PEMERKASAAN BAHASA INGGERIS & MATEMATIK PILIHAN PA&MA
  • TASKA CERIA MAMA – TASKA MESRA KANAK-KANAK PILIHAN PA&MA
  • BEE CALIPH – TADIKA TASKA KREATIF & INOVATIF PILIHAN PA&MA
  • AMEERA KIDS SOLUTION CENTRE – PUSAT PEMBELAJARAN & TERAPI ANAK PILIHAN PA&MA
  • TADIKA AL FAQEH KIDZ – TADIKA ISLAMIK PILIHAN PA&MA
  • TADIKA ALIYYAH BRILLIANT – TADIKA CERIA PINTAR PILIHAN PA&MA

Tahniah kepada barisan penerima anugerah KATEGORI KLINIK & HOSPITAL:

  • KLINIK HANNAH MEDICARE – KLINIK IBU & ANAK PILIHAN PA&MA
  • ADVANCE VISION EYE – KLINIK RAWATAN MATA PILIHAN PA&MA
  • OHANA SPECIALIST HOSPITAL – HOSPITAL WANITA & KELUARGA PILIHAN PA&MA
  • KLINIK MYFAMILY – KLINIK KELUARGA PA&MA
  • KLINIK PERGIGIAN REDHA – KLINIK PERGIGIAN KELUARGA PILIHAN PA&MA

Selain itu juga, Pa&Ma telah memilih tiga jenama untuk anugerah RAKAN STRATEGIK PA&MA iaitu:

  • PETALS2U FLORIST – PERKHIDMATAN GUBAHAN BUNGA PILIHAN PA&MA
  • D SERAI CATERING & EVENT – PERKHIDMATAN KATERING PILIHAN PA&MA
  • LILNBORN PHOTOGRAPHY – PERKHIDMATAN FOTOGRAFI BAYI & KANAK-KANAK PILIHAN PA&MA

Pa&Ma juga berbesar hati menganugerahkan RAKAN PAKAR PA&MA kepada:

  • MADAM ROSZLINDA – PAKAR INDUSTRI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PILIHAN PA&MA
  • DR. MAIZA TUSIMIN – PAKAR OBSTETRIK & GINEKOLOGI PILIHAN PA&MA
  • DR. ONG SIK YONG – PAKAR PEDIATRIK PILIHAN PA&MA

Anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma 2024 adalah satu pengiktirafan yang amat bermakna dalam industri produk dan perkhidmatan ibu bapa dan kanak-kanak.

Melalui anugerah ini, Pa&Ma tidak hanya meraikan kejayaan jenama-jenama terpilih, tetapi juga memberi inspirasi kepada jenama lain untuk terus berusaha ke arah kecemerlangan.

Pa&Ma turut meraikan sambutan ulang tahun yang ke-24 tahun dengan memotong kek bersama seluruh tenaga kerjanya.

Terima kasih kepada Cruise Tasik Putrajaya serta para penaja iaitu D Serai Catering & Event, Petals2uFlorist, Gritz dan Kek Malaya yang sama-sama menjayakan majlis ini dengan penuh jayanya.

 

Published by
SRM