
TAHNIAH KEPADA SEMUA!
Bulan Oktober merupakan ulang tahun Pa&Ma. Sempena ulang tahun yang ke-24 pada tahun 2024, Pa&Ma memilih 40 jenama pilihan daripada Produk Ibu, Produk Anak, Rakan Hospital, Libur, Servis & Shopping serta Ikon Parenting & Pakar yang selama ini menjadi klien dan rakan kerjasama menyokong perjalanan Pa&Ma. Ia sebagai tanda sokongan Pa&Ma kepada jenama-jenama di luar sana yang sentiasa memberikan yang terbaik kepada pengguna Pa&Ma khususnya. Jenama Pilihan Pa&Ma merupakan pengiktirafan daripada Pa&Ma kepada semua jenama-jenama yang terpilih tersebut.