AMEERA KIDS SOLUTION CENTRE
INFO SYARIKAT
Ameera Kids Solution Centre (AKSC) ditubuhkan dengan tujuan untuk memberikan sokongan dan intervensi terbaik bagi anak-anak istimewa. Inspirasi untuk menubuhkan pusat ini datang dari pengalaman dan dedikasi puan Ameera Shafira binti Hassan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan psikologi. Puan Ameera memahami cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa dan anak-anak istimewa dalam mendapatkan terapi serta bimbingan yang sesuai, dan inilah yang mendorong beliau untuk menyediakan sebuah pusat yang berfokus pada pendekatan holistik dan mesra anak-anak.
Sejak penubuhan AKSC pada 19 Januari 2019 dan kini mempunyai tiga cawangan, pusat ini telah berusaha keras untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam intervensi dan terapi, terutama bagi anak-anak yang memerlukan sokongan tambahan. Dengan pendekatan yang menggabungkan psikologi, pendidikan awal anak-kanak, terapi cara kerja dan terapi tingkah laku, AKSC menawarkan pelbagai program yang bertujuan untuk membantu anak-anak membina kemahiran sosial, komunikasi, dan keyakinan diri.
SERVIS YANG DITAWARKAN
Ameera Kids Solution Centre komited untuk membantu perkembangan anak-anak istimewa melalui pendekatan holistik dan berstruktur. Servis yang kami tawarkan termasuk:
- Program Komunikasi: Membantu kanak-kanak membina kemahiran komunikasi, termasuk komunikasi lisan, bukan lisan, dan menggunakan alat bantuan komunikasi untuk meningkatkan interaksi sosial mereka.
- Terapi Cara Kerja: Fokus pada kemahiran motor halus dan kasar, membantu kanak-kanak meningkatkan koordinasi pergerakan serta kebolehan mengurus diri dalam aktiviti harian.
- Terapi Tingkah Laku: Membantu mengurus tingkah laku mencabar dan membentuk tingkah laku positif melalui strategi yang sesuai dengan keperluan individu.
- Program Intervensi Awal (Early Intervention Program): Direka untuk kanak-kanak pelbagai peringkat umur yang memerlukan intervensi segera. Program ini bertujuan menggalakkan perkembangan mereka melalui pendekatan yang menyeluruh dan bersesuaian.
- Latihan untuk Ibu Bapa: Memberi bimbingan kepada ibu bapa dalam memahami cara terbaik menyokong perkembangan anak, termasuk teknik komunikasi dan pengurusan tingkah laku di rumah.
- Program Intervensi Individu: Program terapi individu yang disesuaikan mengikut keperluan khusus setiap anak, membantu mereka mencapai matlamat perkembangan secara optimum.
- Terapi Menunggang Kuda (Jika sesuai): Kanak-kanak boleh menjalani terapi berasaskan haiwan yang dapat meningkatkan koordinasi motor, keseimbangan, dan keyakinan diri.
KELEBIHAN SERVIS ATAU PRODUK
- Pendekatan Holistik dan Terpadu: Semua program direka untuk saling melengkapi, yang mana aspek komunikasi, tingkah laku, dan perkembangan fizikal dirangkumi untuk menyokong perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.
- Pakar Terlatih Dengan Latar Belakang Terapi cara kerja,Terapi tingkah laku, dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Terapi dan program dijalankan oleh tenaga pakar yang berpengalaman dalam memberi keyakinan kepada ibu bapa akan kecekapan perkhidmatan yang disediakan.
- Penglibatan Aktif Ibu Bapa: Dengan adanya sesi sokongan untuk ibu bapa , ibu bapa diberi panduan untuk menyokong perkembangan anak mereka di rumah. Ini membantu menjamin konsistensi antara terapi di pusat dan di rumah.
- Program Persediaan Sekolah dan Kehidupan Harian: Program khusus untuk mempersiapkan kanak-kanak yang akan memasuki sekolah atau yang memerlukan kemahiran asas kehidupan harian. Ini memastikan kanak-kanak lebih bersedia secara fizikal, sosial, dan emosi.
- Pemantauan Kemajuan Yang Berterusan: Sesi penilaian berkala dan laporan kemajuan membantu ibu bapa memahami perkembangan anak dan menyesuaikan program berdasarkan keperluan terkini.
- Persekitaran yang Selamat dan Positif: Pusat ini menyediakan persekitaran yang mesra kanak-kanak, tenang, dan kondusif untuk pembelajaran, dengan keutamaan pada keselamatan dan kesejahteraan emosi mereka.