KLINIK OHANA
Hospital Wanita & Keluarga Pilihan Pa&Ma
INFO SYARIKAT
Di Hospital Pakar OHANA, kesejahteraan keluarga anda adalah prioriti kami. Dengan pasukan perubatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) yang semua wanita, OHANA menyediakan penjagaan rawatan profesional penuh privasi. Servis Pediatrik di OHANA dikendalikan oleh pakar pediatrik yang terlatih, berpengalaman dan mesra kanak-kanak.
Selain dari O&G dan Pediatrik, kami turut mempunyai perkhidmatan Kecemasan bagi memastikan penjagaan kesihatan yang menyeluruh untuk seisi keluarga. Pasukan berdedikasi kami sentiasa bersedia menawarkan sokongan berterusan dan penjagaan peribadi untuk anda dan keluarga tersayang.
SERVIS YANG DITAWARKAN
- Obstetrik – Pemeriksaan antenatal & postnatal, bersalin normal dan pembedahan.
- Ginekologi – Klinik Pakar Sakit Puan, prosedur & pembedahan, pemeriksaan kanser servik, perkhidmatan infertiliti.
- Pediatrik – Klinik pediatrik & imunisasi, jaundis neonatal, kemasukan wad kanak-kanak, penilaian perkembangan kanak-kanak.
- Kemalangan & Kecemasan – Konsultasi perubatan am, pemeriksaan kesihatan, imunisasi, perkhidmatan makmal, nebuliser, X-ray, dan lain-lain.
KELEBIHAN SERVIS ATAU PRODUK
- Harga rawatan yang berpatutan untuk memastikan penjagaan kesihatan yang cemerlang dapat diakses tanpa kos-kos tinggi yang begitu membebankan keluarga.
- Bilik yang luas dan selesa untuk memberikan pengalaman yang tenang, personal dan selesa.
- Pasukan Pakar Obstetrik & Ginekologi semuanya wanita yang komited untuk menyediakan penjagaan materniti yang profesional, sambil memastikan privasi pasangan anda sentiasa dihormati.
- Pasukan Pediatrik yang berpengalaman dalam perkembangan kanak-kanak memberikan rawatan dengan penuh kasih sayang dan perhatian.
- Pasukan Unit Kecemasan yang sentiasa bersedia 24 jam bagi menyediakan keperluan rawatan kesihatan yang keluarga anda perlukan setiap waktu.
Maklumat lanjut layari :