Ads

TASKA CERIA MAMA

Taska Mesra Kanak-kanak Pilihan Pa&Ma

INFO SYARIKAT

Taska Ceria Mama telah mula beroperasi pada 2007 yang diasaskan oleh puan Norfaizah Binti Abdul Hamid. Taska ini yang mempunyai empat cawangan. Penubuhan taska ini membantu mengembangkan potensi kanak-kanak secara holistik bagi melahirkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi.

Di samping itu, taska ini juga akan memastikan kesinambungan antara taska, komuniti dan rumah dengan melibatkan ibu bapa secara aktif melalui program penglibatan ibu bapa selaras dengan program perkembangan kanak-kanak.

SERVIS YANG DITAWARKAN

  • Kurikulum @ Modul Permata ( JKM )
  • Kelas Pemakanan Sihat
  • Kelas stem & steam
  • Kanak-kanak belajar asas agama seperti doa harian, adab dan akhlak.
  • Sesi Parenting, Perjumpaan ibu bapa memahami perkembangan kanak-kanak.
  • Aktiviti luar bilik darjah.
  • Lawatan ke luar: Bawa kanak-kanak ke zoo, ladang, balai bomba dan team park (kidszania).
  • Hari Terbuka & Family Day: Ada hari majlis apresiasi bakat kanak-kanak penglibatan ibu bapa dan eratkan hubungan.
  • Eksklusif kelas khas untuk untuk kanak-kanak autism/ADHD serta modul khas dan guru terlatih.
  • Teknologi & Digital merangkumi E-Learning: Aktiviti online interaktif untuk belajar membaca, menulis, atau nombor. Digital buku log serta gambar aktiviti kanak-kanak.

 

KELEBIHAN SERVIS ATAU PRODUK

  • Persekitaran kondusif : Taska ini menyediakan ruang belajar sambil bermain dengan persekitaran yang selesa menggunakan Modul Permata
  • Yuran mengikut ration syarat dr JKM. Ia melibatkan nisbah seperti Pengasuh : Bayi (1:3), Pengasuh : Toddler (1:5) dan Pengasuh : Playschool (1:10)
  • Kakitangan mempunyai kelayakan KAP Kursus Asuhan Permata, Sijil SKM dan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
  • Terdapat kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kesemua ruang-ruang taska antaranya ruang aktiviti, ruang makan, ruang rehat, ruang dapur dan bilik isolasi untuk kanak-kanak yang tak sihat.
  • Teknik aktiviti melalui kaedah 3E (Explore,Experiment, Experience) meneroka, mencuba dan memahami mengikut kurikulum.
  • Menawarkan perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak bagi usia seawal dua bulan sehingga empat tahun. Selain itu, menerima kanak-kanak berkeperluan khas seperti mild austisim, “speech delay” dengan kelas yang eksklusif.
Maklumat lanjut layari :