TUNGBAYEE
INFO SYARIKAT
Dengan pengalaman sejak tahun 2011 sebagai usahawan dan pakar dalam industri ibu dan bayi, terlahirlah jenama Tungbayee pada tahun 2018 dimana pengusahanya Syed Hussien bin Syed Mustafa dan pasangan, Wan Albi Fathmy binti Zainal Abidin. Bermula dengan membuat produk penjagaan berpantang sendiri dari rumah hingga kini memiliki sebuah kilang pembuatan dan pemprosesan barangan berpantang ibu dan bayi.
Produk pertama hasil dari kerja tangan mereka adalah tungku bayi dan kini mereka telah menghasilkan lebih dari 30 jenis produk. Produk yang bernaung di bawah syarikat MTO Resources ini juga mempunyai kilang pembuatan & pengedaran barangan ibu dan bayi bertempat di Seksyen 33 Shah Alam.
SERVIS YANG DITAWARKAN
- Pakar dalam industri ibu dan bayi, terutama dalam produk berpantang sejak tahun 2011.
- Menghasilkan lebih dari 30 jenis produk berpantang khas untuk ibu dan bayi.
- Mengutamakan kehendak pelanggan bagi membantu ibu berpantang selesa sepanjang berpantang.
- Mengutamakan elemen tradisi penjagaan ibu dan anak agar tradisi ini tidak dilupai oleh generasi kini.
- Bertekad membantu mengekalkan amalan tradisi dengan menambahbaik kualiti dengan gandingan teknologi terkini agar dapat diterima oleh generasi masa kini.
KELEBIHAN SERVIS ATAU PRODUK
- Produk Tungbayee memang istimewa untuk ibu berpantang. Antara kelebihannya dapat membantu ibu rasa cantik secara semula jadi.
- Pemilihan jenis herba berkualiti tinggi yang membantu menyegar dan menyihatkan ibu berpantang.
- Meningkatkan keyakinan diri ibu dimana produk seperti bengkung berzip membantu rasa ‘fit’.
- Memberi sokongan emosi dan kecantikan dalaman melalui mandian herba dan aromaterapi yang memberi kesan tenang.
- Panduan penjagaan diri yang mudah dan tips untuk ibu kekal sihat dan cantik sepanjang berpantang.