
Suasana haru menyelubungi kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Duyong, Melaka Tengah apabila dua jiwa – seorang bapa dan bayinya – dikebumikan dalam satu liang lahad yang sama.
Allahyarham Nurulefendy Ibrahim,35 meninggal dunia akibat serangan jantung, dikatakan tertindih bayinya yang berusia tiga bulan, menyebabkan detik-detik terakhir mereka begitu tragis.

Dianggarkan 100 orang termasuk ahli kariah, waris dan kenalan terdekat hadir mengiringi upacara pengebumian yang selesai sekitar pukul 9 malam.
Azura sempat menghantar dua lagi anak mereka yang masing-masing berusia 15 dan 5 tahun ke sekolah sebelum memulakan tugas pada hari kejadian.

Namun, ketika pulang ke rumah untuk mengambil bayi mereka bagi mendapatkan suntikan di klinik, Azura dikejutkan dengan kematian suaminya dipercayai akibat serangan jantung.
Lebih menyayat hati, bayi lelaki mereka turut disahkan meninggal dunia akibat lemas selepas tertindih lengan suami yang tidak sedarkan diri.
Semoga kisah ini menimbulkan perasaan syukur dan semakin mendorong kita untuk menghargai insan tersayang selagi masih ada.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


