“Beli cili hari tu ok je tak pedas, kali ni beli, makan sikit pun dah pedas sangat. Apatah lagi anak-anak.” Kita biasa kan cakap macam ni bila terkena dengan cili kering yang sangat pedas.
Begitu juga kalau beli lauk bersambal yang jual di kedai. Ada kepedasannya ok dan ada juga yang terlalu pedas.
Ok kali ini mama yang masih lagi keliru nak beli cili kering yang pedas, kurang pedas atau tak pedas tip dari Zurr Izaty Zolkepli ini sangat membantu.
1) Cili Gemuk
Saiz besar, berkilat, biji yang banyak, kulitnya tebal dan liat, jika diblend, masih ada tekstur kasar, melainkan menggunakan heavy duty blender.
Ia juga dinamakan sebagai cili kering kelantan,kerana banyak digunakan dan dijual di sana.
Original: Thailand
– Sesuai untuk semua masakan, dicampur dengan cili 668,273 dan Teja untuk dapatkan kepedasan yang seimbang dan warna merah yang cantik serta sesuai untuk dimakan oleh kanak² atau orang tua.
Kalau tuan puan suka kan pedas, cili jenis ini tidak menepati citarasa tuan puan.
Tahap Kepedasan: Tak Pedas*
Ads
2) Cili 668
Tekstur kerinting, kurang biji, dan kulitnya nipis berbanding Cili Kering Gemuk. Mudah diblend sehingga halus tanpa menggunakan blender heavy duty.
Original: Thailand
-Sesuai untuk dimasak: Kuih popia sira, kuih burger Malaysia, sambal ikan bilis, sambal udang petai, kuetiew goreng basah, mee goreng basah, mee kuah, laksa, nasi goreng cili kering, sambal telur mata/rebus/pecah, Shellout dan lain-lain.
Sesuai untuk tuan puan yang suka kan pedas.
10 tangkai cili kering ini sesuai untuk satu hidangan 4 orang makan.
Ads
Tahap Kepedasan: Pedas*
3) Cili 273
Saiz seperti cili padi, berkilat dan banyak biji.Kulitnya nipis dan mudah diblend menggunakan blender biasa sahaja. Tahap kepedasan sama seperti 668.
Original: Thailand
– Sesuai untuk dimasak: Rendang, Laksa, Mi Goreng, Sambal Ikan Bilis Nasi lemak , Sambal ikan, Sambal sotong, Asam pedas, Sambal ketam, Masak Masam manis kerapu, Ayam Masak kicap jawa, Daging goreng berlada, Ikan Talapia panggang bersambal,Pes Ikan Bakar, Ayam goreng mamak dan lain-lain.
Ads
Tahap Kepedasan: Pedas*
4) Cili Teja
Rupa dan bentuk seperti cili jenis 273, tetapi sedikit kerinting.Tidak mempunyai batang. Jenis ini mempunyai kulit yang nipis dan mudah untuk diblender menggunakan blender biasa. Ia juga dinamakan Cili Kering Siam. Ni tahap pedas dia tak boleh bawak bincang
Original: Thailand
-Sesuai untuk dimasak: Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim atau jadikan flakes ( disangai/dibakar dalam oven dan blend kering)
Sesuai untuk mereka yang sukakan pedas.
Tahap kepedasan: Sangat Pedas
Persamaan untuk keempat-empat cili ialah pijar apabila disentuh..
Panaskan makanan dalam ketuhar microwave bahaya? Tidak. Ia cepat dan sangat memudahkan kerja. Namun kita perlu guna dengan cara yang betul. Untuk lebih faham, mari belajar apa yang berlaku semasa makanan dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro.
Apabila ketuhar diaktifkan, ia akan memberikan radiasi gelombang mikro (microwave radiation) kepada makanan. Harus diingat makanan yang kita lihat di depan mata kita itu adalah terdiri daripada pelbagai beribu molekul-molekul yang kebanyakkannya terikat secara fizikal melalui daya Van Der Waals iaitu ikatan hidrogen. Bayangkan setiap molekul ini ialah sekumpulan manusia yang berpegang tangan dan pegangan tangan itu ialah ikatan hidrogen.
Jumlah tenaga yang dibawa oleh radiasi gelombang mikro (bersaiz mikro, 10^-6) ini tidak lah kuat jika dibandingkan dengan radiasi yang dibawa oleh cahaya matahari (gelombang bersaiz nano, 10^-9). Nota: Semakin kecil saiz gelombang, semakin kuat tenaganya.
Oleh itu, radiasi gelombang mikro tidak mampu memutuskan ikatan kimia (non-ionising) molekul-molekul dalam makanan kita. Maka, radiasi ini TIDAK akan mengubah struktur kimia molekul sedia yang ada dalam makanan yang dipanaskan. Maksudnya, microwave TIDAK mengurang atau menambah nutrisi sedia ada dalam makanan yang dipanaskan.
Radiasi gelombang mikro hanya mampu ‘menggetarkan’ molekul-molekul yang membentuk struktur makanan yang dipanaskan.
Bagaimana makanan menjadi panas dalam microwave berlaku?
Kebanyakan makanan kita mengandungi molekul-molekul dihidrogen monoksida (H2O) aka air. Disebabkan saiz yang kecil jika dibandingkan dengan molekul-molekul lain yang membentuk struktur makanan kita, maka molekul air lah yang paling terkesan dengan radiasi gelombang mikro.
Molekul-molekul air yang menyerap radiasi gelombang mikro tadi akan meningkat tenaga kinetiknya lalu menyebabkannya bergetar. Molekul-molekul air yang bergetar ini akan cuba berhenti bergetar (kembali kepada kestabilan) dengan melepaskan tenaga dalam bentuk haba.
Tenaga haba yang dilepaskan akan dipindahkan kepada molekul-molekul lain dalam struktur makanan itu secara berterusan sehingga radiasi diberhentikan. Proses memindahkan haba ini akan menyebabkan makanan itu ‘panas’. Semasa proses ini berlaku, disebabkan getaran tadi, sebahagian ikatan hidrogen (analogi pegangan tangan) antara molekul-molekul air ini akan terputus menyebabkannya meruap keluar dari makanan.
Inilah sebabnya kenapa makanan yang dipanaskan dengan ketuhar gelombang mikro akan menjadi sedikit kering. Juga disebabkan tekanan molekul air (yang meruap) berbentuk gas keluar daripada struktur makanan boleh menyebabkan sesetengah makanan meletup-letup semasa proses pemanasan. Maka eloklah guna penutup khas yang disediakan untuk mengelakkan ketuhar menjadi kotor.
Apakah bekas yang sesuai digunakan dalam ketuhar gelombang mikro?
Bekas seramik, plastik (ada indikasi tahan gelombang mikro) dan kaca yang tahan haba. Elakkan penggunaan bekas berkilat seperti besi dan aluminium kerana ada potensi tercetusnya api.
Tips mengekalkan lembapan (air) dalam makanan yang dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro:
– Renjiskan sedikit air pada makanan sebelum dipanaskan, atau
– Letakkan sekali bekas air terbuka bersama dengan makanan yang dipanaskan tadi.
Nota: Perasan tak, dalam ketuhar terdapat sekeping kertas licin (biasanya pada dinding)?
Ini dipanggil penghala gelombang ke makanan (Mica Sheet). Pastikan ia berkeadaan elok, tidak kotor, koyak atau hangus. Ini bagi memastikan ketuhar gelombang mikro berfungsi dengan baik.
Bulan puasa ni, bosan juga asyik makan menu gulai-gulai dengan nasi putih kan. Apa kata tukar selera sikit. Kadang menu yang kita tak pernah cuba buat, itulah yang boleh menambat hati seisi keluarga.
Apa kata cuba resipi Nasi Khao Mok. Sebenarnya resipi Nasi Khao Mok ni adalah nasi briyani Thailand. Bagi yang biasa pergi ke Thailand sebelum ini pasti dah pernah rasa. Jika yang tak pernah pergi tapi dah rasa menu ni pasti dah tau kesedapannya.
Nasi ni simple je untuk buat cuma wajib ada rempahnya. Nak tahu bahan dan cara membuatnya, resipi yang dikongsikan Nazira Zaini ini mudah dan menarik.
Siapa pernah ke utara sempadan thailand mesti tau nasi ni.. Sos nasi ni saya buat 2 versi.. Bila dicampur kedua-duanya bertambah padu dan cukup rasa.
Resepi lengkap saya sediakan ada pada gambar.
Cara untuk sediakan ayam berempah
Mula-mula perap ayam dan bahan-bahannya..
1/2 ayam
4 ulas bwg putih*
1 biji bwg besar*
2 inci halia*
1 inci lengkuas*
4 batang serai*
1 cawan tepung jagung
1 sb rempah kari
1 sb cili mesin
1 sk serbuk pati aym
2 tangkai daun kari
2 sb ketumbar biji
1 sk garam
Blend bahan *.. Campur semua bahan blend dan lain tu.. Gaul pada ayam.. Perap sekurangnya 1 jam.. Kemudian goreng.. Medium heat..
Resepi nasi saya olah sendiri.. Insyallah sedap.. Rempah ni saya beli kt shoppee je awak..Type je rempah nasi khao mok..
Nasi Khao Mok
3 cawan beras
3 sb minyak sapi
3 sb minyak masak
1 biji bawang merah (hiris halus)
4 ulas bawang putih (hiris halus)
1 inci halia ( hiris halus)
2 daun pandan
1 pek rempah khao mok
1/2 tin susu cair
1/2 sb garam
2 sb gula
Tumis bahan hiris, daun pandan dengan minyak sapi dan minyak masak.. Masukkan rempah khao mok semua sekali dalam pek tu. Tumis sekejap, jangan sampai hangus pulak.
Basuh beras, masukkan bahan tumis tadi, susu cair, garam dan gula dalam beras dan masak nasi macam biasa.. Air kena lebihkan sikit dari tanak nasi biasa.
Sos colek versi 1
5 bji cili merah
7 biji cili api
4 ulas bawang putih
1 batag ketumbar
2 senduk cuka makan
1 1/2 senduk gula
1 sk garam
Daun ketumbar
Blend semua bahan kecuali daun ketumbar. Masak bahan blend atas api sederhana sampai pekat.. Masak sos ni lama sikit tau baru jadi.. Biakan sos reneh dalam 10 minit.. Bila dah pekat tutup api dan masukkan daun ketumbar..
Sos colek versi 2
Kalau di Thailand, sos ni lebih popular makan dengan Nasi Khao Mok.. Pun boleh buat pencicah keropok..
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sb cili flakes
1 senduk cuka makan
1 senduk gula
1/2 sk garam
1 cawan air
1/2 sos tomato
1sb tepung jagung bancuh air
Tumbuk lumat bawang putih dan halia. Masukkan dalam periuk semua bahan.. Bila dah mendidih dalam 5 minit baru masukkan air tepung jagung.. Bergantung pada pekat yang awak-awak nak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang pernah merasa keenakkan sup kepala ikan pasti tidak teragak-agak untuk memcubanya sekali lagi. Sedapnya tak terkata kerana rasa segar ikan ditambah dengan keenakkan kuahnya buat sup tersangat enak. Apa lagi kala digabungkan bersama nasi panas.
Sup ikan bukan hanya sedap dimakan bahkan tinggi khasiatnya. Lebih-lebih lagi pada anak kita. Resipi sup ikan yang dikongsikan oleh Azleen Abdullah ini mama boleh cuba. Turut disertakan dengan tip menghilangkan hanyir ikan. Wajib cuba!
Dulu tak suka sup ikan sebab 1st makan tu rasa hanyir. Tapi bila dah buat sendiri, tau cara tak nak bagi hanyir. Rasa in love pulak dengan sup ikan ni. Keluarga kami memang suka makan kepala.
Bagi yang tak pernah buat boleh try, yang dah expert tu diam-diam je la ye. Memang berbaloi masak sendiri, kalau makan kat kedai tak tau la berapa harga dia ni.
Bahan-bahan:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bwg holland
1 sudu besar biji ketumbar + 1/2 sudu kecil lada hitam ( sangai kemudian tumbuk ) * nak pakai serbuk pun boleh
2 helai daun bay
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Tomato, cili padi, daun sup terpulang pada anda nak letak banyak mana
Korang beli la ikan apa-apa yang korang suka. Ikan siakap ke, ikan merah tanda ke, ikan tenggiri ke, basuh bersih-bersih lepas tu perah asam limau or lumur je asam jawa. Rendam jap, biar hilang hanyir kemudian basuh bersih.
Boleh jugak guna apa-apa jenis limau, lemon ke. Jangan pulak guna limau cina ye. Cuka pun boleh, gandum.
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar yang dah dihiris.
Letak semua serbuk-serbuk tu.
Letak la sekali bahan penumis empat sekawan (bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis). Boleh je tak nak letak pun, ikut suka korang.
Dah berenang-renang dalam tu, biarkan sampai masak. Nanti korang letak la garam dan perasa. Nak letak kiub ayam pun boleh. Last sekali letak lah tomato pastu terus tutup api. Pastu hidang la.