“Beli cili hari tu ok je tak pedas, kali ni beli, makan sikit pun dah pedas sangat. Apatah lagi anak-anak.” Kita biasa kan cakap macam ni bila terkena dengan cili kering yang sangat pedas.
Begitu juga kalau beli lauk bersambal yang jual di kedai. Ada kepedasannya ok dan ada juga yang terlalu pedas.
Ok kali ini mama yang masih lagi keliru nak beli cili kering yang pedas, kurang pedas atau tak pedas tip dari Zurr Izaty Zolkepli ini sangat membantu.
1) Cili Gemuk
Saiz besar, berkilat, biji yang banyak, kulitnya tebal dan liat, jika diblend, masih ada tekstur kasar, melainkan menggunakan heavy duty blender.
Ia juga dinamakan sebagai cili kering kelantan,kerana banyak digunakan dan dijual di sana.
Original: Thailand
– Sesuai untuk semua masakan, dicampur dengan cili 668,273 dan Teja untuk dapatkan kepedasan yang seimbang dan warna merah yang cantik serta sesuai untuk dimakan oleh kanak² atau orang tua.
Kalau tuan puan suka kan pedas, cili jenis ini tidak menepati citarasa tuan puan.
Tahap Kepedasan: Tak Pedas*
2) Cili 668
Tekstur kerinting, kurang biji, dan kulitnya nipis berbanding Cili Kering Gemuk. Mudah diblend sehingga halus tanpa menggunakan blender heavy duty.
Original: Thailand
-Sesuai untuk dimasak: Kuih popia sira, kuih burger Malaysia, sambal ikan bilis, sambal udang petai, kuetiew goreng basah, mee goreng basah, mee kuah, laksa, nasi goreng cili kering, sambal telur mata/rebus/pecah, Shellout dan lain-lain.
Sesuai untuk tuan puan yang suka kan pedas.
10 tangkai cili kering ini sesuai untuk satu hidangan 4 orang makan.
Tahap Kepedasan: Pedas*
3) Cili 273
Saiz seperti cili padi, berkilat dan banyak biji.Kulitnya nipis dan mudah diblend menggunakan blender biasa sahaja. Tahap kepedasan sama seperti 668.
Original: Thailand
– Sesuai untuk dimasak: Rendang, Laksa, Mi Goreng, Sambal Ikan Bilis Nasi lemak , Sambal ikan, Sambal sotong, Asam pedas, Sambal ketam, Masak Masam manis kerapu, Ayam Masak kicap jawa, Daging goreng berlada, Ikan Talapia panggang bersambal,Pes Ikan Bakar, Ayam goreng mamak dan lain-lain.
Tahap Kepedasan: Pedas*
4) Cili Teja
Rupa dan bentuk seperti cili jenis 273, tetapi sedikit kerinting.Tidak mempunyai batang. Jenis ini mempunyai kulit yang nipis dan mudah untuk diblender menggunakan blender biasa. Ia juga dinamakan Cili Kering Siam. Ni tahap pedas dia tak boleh bawak bincang
Original: Thailand
-Sesuai untuk dimasak: Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim atau jadikan flakes ( disangai/dibakar dalam oven dan blend kering)
Sesuai untuk mereka yang sukakan pedas.
Tahap kepedasan: Sangat Pedas
Persamaan untuk keempat-empat cili ialah pijar apabila disentuh..
Sumber: Zurr Izaty Zolkepli