Herba adalah sumber terbaik menghangatkan badan. Antaranya adalah habbatus sauda, halia, kunyit, rempah ratus dan buah seperti kurma dan buah tin. 

Jenis-Jenis Herba Yang Bagus Diamalkan Dalam Pantang. Jangan Risau, Ambil Secara Sederhana

Menurut  perawat dan konsultan Qulusa Therapy, Puan Nur Syatira, ramai ibu berpantang risau untuk mengamalkan herba yang panas. Anda tidak perlu takut untuk makan herba yang panas ketika berpantang selagi dos yang diambil sedikit dan sederhana.

Jenis-Jenis Herba Yang Bagus Diamalkan Dalam Pantang. Jangan Risau, Ambil Secara Sederhana

Apa yang menjadi masalah ialah apabila ia diambil secara berlebihan dan tiada keseimbangan antara herba panas dan sejuk.

Tip Pengambilan herba

Lada hitam dan habbatus sauda haruslah dimakan bersama dengan jus epal, jus roselle atau jus asam jawa bagi mengimbangi panas pada lada hitam dan habbatus sauda.

Jenis-Jenis Herba Yang Bagus Diamalkan Dalam Pantang. Jangan Risau, Ambil Secara Sederhana

Ads

Manfaat Herba Kepada Wanita Berpantang

Halia

Halia bukan sahaja menghilangkan angin di keseluruhan badan. Masalah kembung, sebu dan sakit perut pun tiada. Ia juga boleh menyembuhkan luka bersalin yang bukan sahaja di bahagia luaran, malah dalam juga.

Jenis-Jenis Herba Yang Bagus Diamalkan Dalam Pantang. Jangan Risau, Ambil Secara Sederhana

Ads

Dengan mengamalkan halia semasa berpantang, lendir dalam rahim iaitu darah nifas dapat dikeluarkan dengan lebih cepat. Khasiat lain halia ialah ia sangat membantu dalam penghadaman makanan, menghilangkan bau mulut, menambah tenaga dan menjadi ejen awet muda dengan menghalang kedutan kulit.

Asam Jawa 

Asam jawa bukan setakat untuk menambah masam dalam makanan pantang yang disediakan. Ia turut bermanfaat untuk membantu anda menurunkan berat badan.

Ads

Jenis-Jenis Herba Yang Bagus Diamalkan Dalam Pantang. Jangan Risau, Ambil Secara Sederhana

Ia juga elok dibuat masker kulit. Amalkan sebelum mandi pagi. Selepas tempoh berpantang, anda bukan sahaja boleh memperoleh badan yang langsing, malah muka pun mulus berseri.

Kunyit

Kunyit bersifat panas dan boleh meningkatkan pengaliran darah ke kulit. Jadi, amalan meminum air perahan kunyit dikatakan boleh menaikkan seri wajah ibu berpantang. Malah ia juga dipercayai boleh membantu menyembuhkan luka bersalin dengan cepat.

Jenis-Jenis Herba Yang Bagus Diamalkan Dalam Pantang. Jangan Risau, Ambil Secara Sederhana

Kunyit juga merupakan salah satu antioksida yang boleh membantu mengurangkan tekanan dan untuk awet muda. Sangat bagus diamalkan oleh anda yang sedang berpantang.

Sumber: Majalah Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI