Kehamilan

Jenis-Jenis Vitamin & Pemakanan Yang Betul Untuk Ibu Hamil

Share

Vitamin untuk ibu hamil penting bagi menjaga kesihatan diri dan kandungan. Tetapi apakah kandungan yang perlu ada dalam vitamin mengandung serta diet pemakanan yang terbaik?

Diet pemakanan & vitamin untuk ibu hamil

Seorang wanita mengandung pasti akan mempunyai kebimbangan mengenai pilihan makanan yang baik bagi memastikan diri dan bayi sentiasa sihat sepanjang tempoh kehamilan, betul tak?

Ia tidaklah sesukar yang difikirkan apabila anda mengetahui makanan mana yang harus diutamakan.

Secara amnya, pemakanan yang baik bersama vitamin untuk ibu hamil dapat memastikan kandungan anda mendapat nutrien diperlukan untuk proses tumbesaran.

Pelan pemakanan yang seimbang perlu mengandungi:

  • Protein
  • Karbohidrat kompleks
  • Lemak sihat
  • Vitamin dan mineral
  • Serat dan cecair

Pada hakikatnya pola pemakanan kehamilan yang sihat tidaklah begitu berbeza dengan diet pemakanan harian biasa pada umumnya.

Cumanya, wanita berbadan dua memerlukan jumlah yang lebih banyak untuk mengimbangi semua fungsi tubuh serta keperluan tambahan bayi dalam kandungan.

Selain melalui pengambilan makanan, keperluan ibu dan bayi boleh dipenuhi dengan vitamin mengandung atau lebih dikenali sebagai vitamin pranatal.

Vitamin untuk ibu hamil

Vitamin pranatal lengkap harus mempunyai keseimbangan nutrien yang diperlukan.

Sebaiknya sebelum anda mengambil sebarang makanan tambahan atau vitamin mengandung, dapatkan dahulu nasihat doktor, okay?

Jom kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai vitamin pranatal ini.

Keperluan vitamin pranatal

Vitamin pranatal adalah makanan tambahan yang dibuat untuk wanita mengandung bagi membekalkan tubuh mereka dengan vitamin dan mineral diperlukan untuk kehamilan sihat.

Sebaiknya anda memilih vitamin pranatal yang mengandungi:

#Asid folik
Ia dapat mencegah kecacatan kelahiran yang mempengaruhi otak dan saraf tunjang bayi.

Kecacatan ini berkembang pada peringkat awal kehamilan, sebelum menyedari bahawa mereka mengandung – separuh daripadanya melibatkan kandungan yang tidak dirancang.

Itu sebabnya doktor mengesyorkan setiap wanita yang berpeluang untuk hamil mengambil 400 mikrogram (mg) asid folik setiap hari.

Ia harus mula diambil sebelum persenyawaan dan berterusan sehingga minggu ke 12 kehamilan.

Zat besi
Merupakan antara kandungan penting dalam vitamin mengandung.

Ia membantu tubuh ibu hamil untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah. Sel darah ini berperanan untuk membawa oksigen kepada bayi untuk perkembangannya.

Kalsium
Kalsium – pasangan kepada vitamin D, adalah penting sebagai vitamin untuk ibu hamil bagi memperolehi tulang dan gigi yang kuat.

Tetapi paling utama, ia diperlukan untuk perkembangan dan fungsi jantung, otot dan sistem pembekuan darah.

Bayi anda memerlukan bekalan kalsium yang banyak semasa proses tumbesarannya.

 

Lain-lain

Terdapat nutrien lain yang boleh membantu mengekalkan tahap kesihatan semasa hamil.

Doktor akan membantu untuk menentukan sama ada anda memerlukan vitamin mengandung yang merangkumi:

  • Asid lemak omega-3
  • Kolin
  • Iodin
  • Magnesium
  • Zink
  • Kalium
  • Fosforus

Pentingnya vitamin untuk ibu hamil

Pengambilan vitamin mengandung atau pranatal dapat membantu memenuhi keperluan asas harian anda.

Tetapi makanan segar dan penuh vitamin adalah pilihan sihat untuk membantu bayi mendapat permulaan terbaik serta membantu menjadikan anda lebih bertenaga dan kuat.

Jika mempunyai kebimbangan, dapatkan nasihat daripada pakar tentang keperluan pemakanan anda.

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa