Pelakon Datin Zizie Izette seronok melihat kegembiraan anak angkatnya, Nayla Nurjenna atau mesra dengan panggilan Jenna bertemu dengan saudara kembarnya, Niza.

Zizie akui bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.

View this post on Instagram

Asnira (Jenna) & Asniza (Janna) were their given name by their biological parents. . . But I changed Jenna’s name to Naila Nurjenna when she became one of us. Soon after, mama Janna pun tukar nama dia to Naila Marjenna utk seakan2 nama Jenna. Masa tu mmg nama diaorg masih belum register tu yg boleh main tukar2. Tapi dah terbiasa panggil adik Jenna dgn nama Niza, so tu yang melekat smp ke skrg. . . Ya Allah, happy sgt dapat bawa Niza balik KL. Jenna & Niza x lepas2 berpimpin tangan. Kegembiraan mmg terserlah di wajah mereka. Ini pun dinamakan rezeki. Alhamdulillah diatas nikmat sementara ni. . . Mommy nak bawak Niza shopping baju kasut semua sepasang & sedondon mcm Jenna. I cant wait to bring her jalan2 KL and make them the happiest twins in the whole wide world!!!! 👯🌏❤️ #jennajanna #twins

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on

“Ya Allah, happy sangat dapat bawa Niza balik Kuala Lumpur. Jenna & Niza tak lepas-lepas berpimpin tangan.

“Kegembiraan memang terserlah di wajah mereka. Ini pun dinamakan rezeki. Alhamdulillah atas nikmat sementara ni.

IKLAN

”Mommy nak bawak Niza shopping baju kasut semua sepasang dan sedondon macam Jenna.

”I can’t wait to bring her jalan-jalan KL and make them the happiest twins in the whole wide world!” tulisnya.

Zizie berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Menerusi perkongsian itu, Zizie memuat naik foto mereka berdua yang berpelukan dan berpimpinan tangan.

Sebelum Zizie berkongsi gambar kembar anak angkatnya, ramai yang tak mengetahui Jenna mempunyai saudara kembar yang seiras.

Rata-rata peminatnya mengharapkan agar Zizie terus merapatkan hubungan adik beradik ini dan tak memisahkan mereka berdua walaupun jarak jauh kerana difahamkan Niza berada di Sabah.

IKLAN

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia lima bulan.

Jenna & Niza Tak Lepas Pimpin Tangan. Zizie Seronok Dapat Temukan Kembar Anak Angkatnya

Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.

Sumber: Gempak & Ig Zizie Izette

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI