Pelakon Datin Zizie Izette seronok melihat kegembiraan anak angkatnya, Nayla Nurjenna atau mesra dengan panggilan Jenna bertemu dengan saudara kembarnya, Niza.
Zizie akui bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.
Menerusi perkongsian itu, Zizie memuat naik foto mereka berdua yang berpelukan dan berpimpinan tangan.
Sebelum Zizie berkongsi gambar kembar anak angkatnya, ramai yang tak mengetahui Jenna mempunyai saudara kembar yang seiras.
Rata-rata peminatnya mengharapkan agar Zizie terus merapatkan hubungan adik beradik ini dan tak memisahkan mereka berdua walaupun jarak jauh kerana difahamkan Niza berada di Sabah.
Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia lima bulan.
Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Sumber: Gempak & Ig Zizie Izette
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa dianggap guru pertama anak kerana pembelajaran asasnya bermula di rumah. Apa yang anak dengar, lihat dan faham itu yang dipelajarinya. Sebab itulah penting ibu bapa rajin berkomunikasi dan melayan anak-anak.
Ramai juga ibu bapa yang silap, bila anak-anak menonton televisyen rancangan kartun kegemarannya, anak boleh belajar tetapi ia sebenarnya menyekat kebolehan si kecil untuk meneroka dan menunjukkan kemahiran sebenar dalam diri.
Menerusi perkongsian ibu ini, Puan Nabilla Nasir, beliau berkongsi beberapa tip untuk galakkan anak petah bercakap mengikut umur.
Saya nak share tips yang dikongsi pakar HTJ untuk galakkan anak 1-2 tahun bercakap perkataan yang bermakna seperti makan, susu, mandi.
Ikut carta perkembangan, anak umur 1-2 tahun perlu cakap sekurang-kurangnya 10 perkataan bermakna. Kalau kurang dari 10, sudah dikira delay.
Kalau nak guna English pun boleh. Sebab ada perkataan lebih mudah disebut dalam English. Dan untuk anak 2-3 tahun dah boleh sambung 2 perkataan. Contoh, “nak makan”, “ibu lapar” Cukup kita monitor yang ini dulu.
Bila anak boleh berkomunikasi dengan baik, kita as parents taklah stres nak menjaga. Sebab kita tahu apa yang anak mahukan. Kurang tantrum.
Saya kongsi dalam bahasa pasarlah ye. Bagi semua senang faham. Kot ada yang nak share tip lain dialukan sangat. Setakat 1 minggu ni saya pakai 5 cara kat bawah ni. Yang paling termampu saya nak buat. Okey jom check.
1. Bila anak meminta sesuatu dengan menarik tangan kita, tanya kembali dia nak apa. Walaupun kita dah tahu apa yang dia mahu. Time ni sure anak akan merengek dan menangis. So parents kena sabar dan jangan give up. Fasa ni akan jadi sedikit memenatkan. Kita tanya sebab nak galakkan dia bercakap. Ada masa anak tak berapa nak respons. Takpe keep talking.
Contoh situasi:
Ibu sebut, Kakak nak apa? Nak biskut ke? Ohhh ini biskut. BISSSSKUTT. BISSSSKUTT. Kakak makan biskut. Sedapnya biskut ni.
Sebut berulang-ulang. Kalau anak dapat tangkap perkataan yang kita sebut dan dia sebut semula pelat, takpe. Umur 1-3 tahun memang kanak-kanak bercakap pelat. Normal. Jangan risau. By right umur 4 tahun sebutan dia dah jelas. Umur 1-2 tahun kita fokus dulu pada anak tahu cakap perkataan yang bermakna.
2. Galakkan anak untuk bermain dengan kanak-kanak lain. Walaupun kedengaran mereka bercakap bahasa alien yang kita tak faham. Itu petanda bagus. Sebab dia cuba nak berkomunikasi. Bahasa alien kanak-kanak ni kita panggil jargon. Permulaan kepada komunikasi anak-anak adalah bahasa alien inilah.
3. Cakap sedikit kuat dengan anak. Ibarat suara cikgu kat dalam kelas. Sebut perkataan jangan laju. Cakap pelan-pelan.
4. Teman anak ketika dia bermain. Waktu tu kita banyakkan bercakap dengan dia. Walaupun tiada respons teruskan bercakap.
5. Kurangkan gajet. Kalau dia tengok tv, kita join sekali menyanyi dan menari hora horey tuh. Tak bolehlah nak harap cikgu taska je berjoget untuk anak kita kan. Hope saya dan husband konsisten buat 5 perkara ni. Husband pun saya minta untuk dia terlibat sama semaksimum yang boleh.
Yelah lelaki ni jarang banyak mulut. Yang selalu memotir kitalah ibu-ibu ghimau & mak bawang ni kan.
6. Galakkan anak untuk buat aktiviti meniup. Tiup belon, bubbles, wisel, lilin dan makanan. Tiuplah mana yang boleh ditiup. Ini untuk exercise mulut anak.
7. Buat beberapa aktiviti simple bersama anak. Contoh main masak-masak bersama. Uli playdoh dan lain-lain lagi. Nak anak mula bercakap kita perlu banyak buat aktiviti dan galakkan dia bermain.
8. Kerap buat aktiviti outdoor. Seperti pergi pantai bermain pasir, pergi zoo tengok haiwan dan bermain dan berlari di taman. Saya selalu bawa ke pantai dan pergi tengok haiwan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beguk atau mumps ialah penyakit yang berlaku akhir-akhir ini. Ibu bapa perlu tahu dan peka tentang penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus pada kelenjar liur. Paling menyedihkan ia boleh menyebabkan cacat pendengaran, penglihatan, bengkak selaput otak & tisu otak. Ia juga malah boleh menyebabkan kemandulan!
Ibu ayah perlu peka sekiranya pipi anak tiba-tiba membengkak dan dia mengadu sakit. Kesakitan yang dirasai boleh menyebabkan proses menelan menyakitkan. Hendak menelan air liur pun sakit!
Penularan ini dikaitkan dengan ibu bapa yang gagal membawa anak mereka mendapatkan imunisasi. Atau ada ibu bapa yang sengaja tidak membenarkan anak mereka divaksinkan yang akhirnya menyebabkan penularan. Dr Amirul Amzar telah berkongsi info mengenai perkara ini.
Mumps atau beguk adalah sejenis jangkitan virus pada kelenjar air liur. Virus ini menular melalui udara dan sentuhan terutamanya batuk dan bersin.
Virus ini menyebabkan bengkak pada kelenjar air liur dan berpotensi menyebabkan pelbagai komplikasi. Antara komplikasi yang biasa berlaku adalah kecacatan pendengaran, bengkak pada testis atau ovari, bengkak selaput otak dan bengkak tisu otak. Dan bengkak pada testis dan ovari ini boleh menyebabkan KEMANDULAN.
Komplikasi-komplikasi ini lebih cenderung berlaku pada golongan dewasa yang dijangkiti namun kanak-kanak yang dijangkiti masih terdedah kepada risiko ini. Oleh itu tindakan mengkuarantinkan pesakit beguk adalah amat penting.
Mumps boleh dicegah dengan pengambilan vaksin MMR yang dijadualkan pada usia 9 bulan serta 12 bulan. Vaksin ini mempunyai keberkesanan melindungi jangkitan mumps setinggi 96%.
Antara faktor yang menyebabkan peningkatan kes mumps di Malaysia adalah peningkatan golongan antivaksin. Golongan ini menolak vaksin seterusnya meruntuhkan herd immunity.
Bagi mempunyai perlindungan kelompok yang berkesan terhadap mumps, peratusan vaksinasi perlulah mencapai 75-86%. Jika semakin ramai yang menolak vaksin, peratusan ini semakin sukar dicapai dan wabak akan mula berlaku.
Ada ibu bertanya, anak saya dah pernah ambil vaksin tetapi masih kena beguk. Perlu difahami keberkesanan vaksin MMR untuk mumps adalah 96%, bukan 100%.
Bermakna walaupun sudah ambil vaksin, masih ada risiko sebanyak 1-5% dalam kalangan yang mengambil vaksin, antibodi yang dibentuk tidak mencukupi untuk melindungi daripada jangkitan ini.
Jadi bagaimana mahu pastikan perlindungan tercapai? Jawapannya adalah dengan memastikan herd immunity tercapai. Herd immunity berfungsi untuk melindungi kelompok yang mengambil vaksin tapi gagal menghasilkan antibody (1-5%), serta ia juga melindungi mereka yang tidak boleh mengambil vaksin seperti kurang daya tahan disebabkan kemoterapi atau alahan komponen vaksin yang teruk.
Oleh itu, tindakan antivaksin menolak vaksin bukan sahaja membahayakan diri mereka, malah menyebabkan risiko pada orang lain walaupun orang lain itu telah divaksin.
Oleh itu, saya menyarankan kita menyeru rakan-rakan kita yang antivaksin untuk sama-sama kembali menjalankan tanggungjawab mereka dan memperkasakan semula herd inmunity.
Bacaan lanjut untuk herd immunity boleh diperolehi di pos saya yang berikut https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211867565066684&id=1297458864
Panik bila anak demam dan suhu badan naik mencanak. Memberikan ubat punggung boleh membantu mama papa menurunkan suhu dan mengawal demam anak.
Ketahui fungsi, cara menggunakannya, sukatan dan jenis ubat ubat buntut atau supositori paracetamol ini. pa
Berikut ialah perkongsian info tepat daripada Public Health Malaysia untuk memberikan penjelasan kepada ibu bapa yang sering mengalami kekeliruan tentang penggunaan dan penyimpanan ubat ini.
UBAT BUNTUT @ SUPOSITORI PARACETAMOL
Pada perkongsian sebelum ini tentang cara pengiraan dos dan isipadu sirap Paracetamol, ada yang bertanyakan bagaimana pula dengan supositori Paracetamol?
FUNGSI
Supositori Paracetamol digunakan untuk melegakan demam dan kesakitan seperti sakit kepala dan otot.
DOS/ SUKATAN
Secara umumnya dos supositori Paracetamol boleh diberikan kepada kanak-kanak adalah:
Dos mengikut berat pula adalah 40mg/kg stat (dengan segera sekali sahaja) kemudian diikuti dengan 30mg/kg, maksimum 5g/hari.
KEKERAPAN
Cara pemberian supositori adalah setiap 4 hingga 6 jam jika perlu, maksimum 4 kali sehari.
Untuk bayi berusia bawah 3 bulan pula, ibu bapa digalakkan merujuk dahulu profesional kesihatan sebelum menggunakannya.
TOLONG ELAK OVERDOSE!
Bagi penggunaan supositori Paracetamol, jangan gunakan ubat-ubatan lain yang turut mengandungi Paracetamol pada masa yang sama.Bimbang overdoseakan berlaku.
CARA PENYIMPANAN
Supositori Paracetamol perlu disimpan pada suhu bawah 25℃, terlindung daripada cahaya dan lembapan.
JENIS
Terdapat tiga jenis supositiri Paracetamol di pasaran iaitu 125mg, 250mg dan 500mg. Di premis kesihatan kerajaan pula biasanya hanya supositori 125mg dan 250mg yang disimpan.
Supositori Paracetamol boleh diperolehi di farmasi komuniti atau klinik swasta dengan harga Rm5.50(5 biji) untuk 125mg dan Rm6.50(5 biji) untuk 250mg. Harga mungkin berbeza mengikut tempat.
Bawa anak anda untuk mendapatkan rawatan dengan segera apabila anak tidak semakin pulih walaupun setelah menggunakan supositori Paracetamol.
Jika anda ragu, sila rujuk dahulu profesional kesihatan sebelum memberikan/menggunakan supositori Paracetamol.
Ketahui 10 tanda anak gifted yang sering ibu ayah terlepas pandang. Panduan penting untuk memahami potensi luar biasa anak dan cara membimbing mereka dengan betul.