Pengacara dan pelawak terkenal, Jihan Muse, selamat melahirkan anak ketiganya pada 15 Januari lalu di sebuah pusat perubatan di Shah Alam. Perkhabaran gembira ini dikongsikan oleh suaminya, Ungku Hariz, menerusi laman Instagram, mencuri perhatian ramai.
Pasangan ini menamakan bayi mereka sebagai Ungku Attufayl Adl, mengambil inspirasi daripada nama seorang sahabat Rasulullah SAW, At-Tufayl ibn Amr.
Selain itu, mereka turut mengekalkan tradisi memberi nama yang mengandungi Asmaul Husna, di mana kali ini mereka memilih ‘Adl’ yang membawa maksud keadilan.
Untuk rekod, Jihan dan Ungku Hariz telah mendirikan rumah tangga sejak 2016 dan kini dikurniakan tiga cahaya mata lelaki. Anak sulung mereka, Ungku Arsalan Haq kini berusia 7 tahun, manakala anak kedua, Ungku Altamis Barr, berusia 3 tahun.
Ads
Sebelum ini, Jihan sempat berkongsi bahawa beliau berharap untuk menimang cahaya mata perempuan bagi melengkapkan keluarga mereka. Namun, mereka tetap bersyukur dengan kehadiran seorang lagi ‘hero’ dalam keluarga kecil mereka.
Penyanyi dan pelakon, Janna Nick yang masih dalam fasa berbulan madu selepas mendirikan rumahtangga pada 10 Jun lalu berkongsi mengenai perancangannya dan suami untuk memiliki zuriat sendiri.
Pun begitu, Janna yang padat dengan jadual seninya mengakui bukan masa yang sesuai namun sudah pun merancang waktu tertentu untuk menimang cahaya mata bersama suaminya, Dini Schatzmann.
Menurut perkongsian Harian Metro, Janna dan suami merancang mengenai zuriat sekiranya mereka dikurniakan rezeki. Malah rupanya wanita cantik manis ini juga mengimpikan seorang cahaya mata berbintang zodiak, Libra iaitu sekitar September dan Oktober.
Namun kata Janna, semua impian itu pastinya dengan doa dan rezeki yang disusun cantik Allah SWT buat dirinya kelak.
“Kita merancang, namun jujur saya cakap perjalanan kerjaya seni saya, sekarang ini jadual saya agak penuh sampai hujung tahun. Jadi ruang untuk kita ada cahaya mata itu kalau diberikan rezeki alhamdulillah.
“Tapi seboleh-bolehnya saya nak anak saya zodiak Libra, jadi jika diikutkan pada tahun ini macam dah tidak sempat.
“Entah kenapa saya meminati zodiak itu jadi InsyaAllah tahun depan.
“Itu kalau ada rezeki saya nak anak saya Libra. Apa pun kita hanya merancang saja,” katanya berkongsi.
Janna yang baru sebulan mendirikan rumahtangga mengakui masih dalam proses menyesuaikan diri menjalani kehidupan rumah tangga bersama suami.
“Masih lagi dalam fasa tengah cuba untuk menyesuaikan diri. Saya hendak sebut suami pun rasa macam malu.
“Biasalah, sebelum ini hidup bujang. Masih kekok bila orang mengucapkan tahniah dan sebagainya, rasa malu pun ada juga,” ujarnya berkongsi.
Terdahulu, Janna dan Dini Schatzmann memilih tarikh 10 Jun untuk mengikat tali janji mereka sebagai pasangan suami isteri.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Tak perlu banyak, ada seutas emas pun dah boleh jadi penyeri kalau kita pakai kan? Cuma emas ni kalau dipakai kerap akan membuatkan warna menjadi kusam sikit. Bila dah nampak kurang seri tu, biasanya kita akan bawa ke kedai untuk bersihkan.
Sebenarnya ada cara mudah untuk bersihkan emas dan buat ia berkilat seperti baru semula. Paling penting cara ini selamat dan berkesan tanpa bahan kimia. Rahsianya cuma beberapa uncang teh saja.
Tip ini dikongsikan oleh Anis KakNik dan tak susah pun untuk dibuat;
“Cara cuci emas selamat dan berkesan, tanpa bahan kimia..”
Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah 2-3 uncang teh, berus gigi dan air suam.
2. Masukkan emas di dalam rendaman teh selama 30 minit atau lebih.
3. Gosok emas dengan berus gigi.
Bila dah bersihkan, terus nampak macam emas baru keluar kedai! Memang berkilat dan cantik. Selain cara ini, ada juga beberapa cara lain yang biasanya dibuat seperti emas dibersihkan dengan ubat gigi, air asam jawa atau pencuci pinggan. Mommies boleh pilih cara yang paling sesuai, jom kita cuci barang kemas kita!
Benarlah kata pepatah, malang tidak berbau. Sudah memandu secara berhemah tapi disebabkan kesilapan orang lain mungkin boleh menyebabkan kemalangan yang melibatkan kita juga. Sesungguhnya pengalaman berdepan dengan kemalangan sangat menakutkan dan boleh menyebabkan trauma.
Seperti yang dipetik dari portal BH Online, tentang seorang ibu bersama anaknya termasuk bayi berusia dua bulan terselamat dalam kemalangan yang meliatkan lima buah kenderaan.
Ikuti berita lanjut;
Seorang wanita bersama lima anaknya termasuk bayi berusia dua bulan, bersyukur apabila terselamat selepas terbabit dalam nahas lima kenderaan di Kilometer (KM) 46 Kampung Selamat, Sungai Tong, di sini, petang tadi.
Kerani sekolah, Azima Chik, 38, dalam perjalanan selepas menghantar anak sulungnya pulang ke asrama di Sekolah Menengah Sains Setiu.
“Saya bersama lima anak dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sura Tengah, Dungun.
“Masa tiba di lokasi kejadian, saya nampak sebuah lori dari arah depan terbabas dan masuk ke laluan kami.
“Saya cuba mengelak tetapi terlanggar Perodua Axia di depan.
“Memang cemas dan saya cuma fikirkan anak-anak, mujurlah anak saya yang berusia 12 tahun memegang adiknya berusia dua bulan dan tidak tercampak,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.
Sumber foto: BH Online – Kemalangan maut membabitkan lima buah kenderaan yang berlaku di Kampung Selamat Sungai Tong, di sini.
Azima yang memandu Toyota Wish, berkata suaminya, Mohd Hanapi Ali, 46, tidak bersama kerana kurang sihat.
Peniaga kedai makan, Mazlan Abdul Ghani, 56, berada di rumah kedainya berhampiran lokasi kejadian sebelum mendengar dentuman.
“Saya keluar dan nampak beberapa kenderaan terbabit kemalangan tak jauh dari kedai.
“Kereta Proton Exora nampak paling teruk dan saya cuba membantu tetapi tidak dapat berbuat apa-apa, hanya menunggu pihak bomba datang mengeluarkan mangsa tersepit,” katanya yang ditemui di sini, hari ini.
Sumber foto: BH Online – Kemalangan maut membabitkan lima buah kenderaan yang berlaku di Kampung Selamat Sungai Tong, di sini.
Mazlan berkata, ketika itu pemandu kereta Exora berkenaan dipercayai sudah meninggal dunia tetapi isterinya masih bernyawa dan meminta pertolongan.
“Apabila pihak bomba tiba, pasangan suami isteri itu disahkan meninggal dunia manakala anak mereka cedera parah dan dibawa ke hospital,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Faizul Azman Awang, 43, dan isterinya, Habsah Ismail, 42, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Kemalangan turut menyebabkan anak mereka, Muhammad Daniel Dzulkarnain, 13, cedera parah di muka.
Sama-sama doakan agar keluarga yang kehilangan insan tersayang tabah menghadapi ujian berat ini manakala untuk mereka yang tercedera disebabkan kemalangan tersebut akan segera sembuh.
Pelakon jelita, Nora Danish menyifatkan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada Jumaat lalu adalah berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 10 hari pada Ramadan ini.