Kemunculan Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika membuat persembahan bersama Bob Yusof mendendangkan lagu Anta Permana pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, Ahad lalu mendapat reaksi sebak dan teruja oleh para peminat.
Namun setelah selesai persembahan, Datuk Siti memuat naik gambar sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan selepas menjalani pembedahan kecil di Instagram Story. Namun, Datuk Siti tidak memaklumkan dengan lebih lanjut jenis pembedahan yang dibuat.
Rupanya Datuk Siti telah selamat menjalani pembedahan kecil di sebuah pusat perubatan semalam sebagai persediaan untuk hamil anak kedua.
Menurut Datuk Siti, pembedahan itu dibuat kerana dia akan menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya untuk kehamilan pertama.
“Saya menjalani pembedahan kecil dan Alhamdulillah semuanya selamat. Prosedur ini perlu kerana saya akan menggunakan kaedah rawatan kesuburan IVF, seperti yang pernah saya lakukan sebelum ini. Saya harap semua pihak dapat doakan saya supaya segera sembuh,”
Kita sama-sama doakan Datuk Siti sembuh sepenuhnya dan semoga ada rezekinya untuk menimang cahaya mata kedua.
Sumber: Mymetro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI