Bila bayi anda sudah mula belajar berjalan dan jatuh, dia memang berisiko untuk kerap terjatuh. Terjatuh tanpa kesan luka atau kecederaan adalah perkara normal sepanjang tempoh tumbesaran seorang anak tetapi jika terlalu kerap terjatuh sehingga ada benjol dan hentakan kuat di kepala, apakah kesannya terhadap si kecil?
Siapa yang tidak risau apabila anak terjatuh dan menangis kesakitan. Lagi bimbang bila kesan terjatuh meninggalkan benjol atau mengakibatkan kecederaan sampai berdarah.
Tetapi sebelum itu ibu ayah perlu faham mengenai kesan-kesan hentakan kepala supaya dapat membuat perbezaan antara hentakan yang serius dan hentakan yang tidak serius supaya langkah-langkah rawatan yang betul dapat diambil.
1. Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak dan otak. Apabila ada hentakan atau trauma ke kepala ia boleh menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau/dan otak.
2. Apabila hentakan berlaku, kulit mungkin terkoyak dan menyebabkan pendarahan tetapi jika luka tersebut besar dan melibatkan salur darah yang besar ia boleh menyebabkan pendarahan yang serius.
3. Selain luka ada juga kecederaan kulit kepala yang disusuli dengan benjol sahaja. Benjol boleh disebabkan oleh bengkak pada kulit atau pun pendarahan di bawah kulit di mana darah berkumpul antara kulit kepala dan tengkorak. Ia bermakna pendarahan itu berada di luar otak dan tidak akan menghimpit otak kerana dihalang oleh tengkorak.
4. Benjol di kepala yang disebabkan oleh pendarahan di bawah kulit biasanya akan hilang dengan sendirinya dan boleh memakan masa hingga 1-2 minggu.
5. Kecederaan kepada tengkorak dan otak mempunyai kesan yang lebih serius berbanding kecederaan kepada kulit sahaja dan kedua-duanya boleh berlaku tanpa apa-apa kesan kepada kulit.
6. Jika ada hentakan kepala dan dari segi luarannya mangsa tidak ada luka atau benjol atau apa-apa tanda kecederaan, bukan bermaksud tidak ada pendarahan atau kesan kepada otak.
7. Apabila ada keretakan kepada tengkorak ia bermaksud hentakan yang berlaku sangat kuat dan ada risiko jangkitan kerana kuman boleh masuk melalui retak di tengkorak ke otak.
Ads
8. Kecederaan ke otak boleh berlaku dengan pendarahan dalaman otak bergantung kepada di mana hentakan berlaku, pendarahan dalaman otak boleh berlaku di mana-mana bahagian dalam otak.
Antara simptom-simptom pendarahan dalaman otak atau kecederaan kepada otak:
– Pengsan selepas trauma.
– Otot menjadi lemah atau sebahagian/semua anggota badan tidak boleh bergerak.
– Amnesia/hilang ingatan.
– Keliru.
Ads
– Sakit kepala dan sakit mata apabila terdedah kepada cahaya.
– Sawan.
– Muntah lebih dari sekali.
– Tidak dapat bercakap dengan betul atau muka menjadi senget sebelah.
– Darah atau cecair keluar dari hidung atau telinga.
– Mata hitam tidak sama saiz.
Ads
– Penglihatan kabur atau nampak objek lebih dari satu.
Jika ada simptom-simptom ini janganlah berlengah lagi untuk membawa anak ke hospital yang berdekatan. Jika doktor sudah memeriksa anak dan membenarkan anak di bawa pulang, kebiasaanya doktor akan memberi nasihat untuk memerhatikan anak sekurang-kurangnya dalam 24 jam yang pertama untuk tanda-tanda seperti di atas.
Sekiranya anak anda tidak ada tanda simptom tersebut, kemungkinan berlaku pendarahan dalam otak sangat tipis tetapi proses pemulihan daripada hentakan tersebut mengambil masa yang lama sehingga berminggu bahkan ada yang berbulan.
Bagaimanapun mangsa tidak akan mengalami sebarang kesan jangka panjang walaupun proses pemulihan mengambil masa yang lama.
Rawatan segera
a. Jika berlaku pendarahan akibat luka anak terjatuh, anda perlu segera menghentikan pendarahan kerana kesan serius boleh berlaku kepada mangsa jika hilang darah dengan banyak. Apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat luka pada kulit selepas hentakan ialah dengan mengenakan tekanan pada luka dengan menggunakan kain yang bersih. Jika pendarahan tidak berhenti atau luka agak besar, terus bawa mangsa ke klinik atau pusat kesihatan yang paling dekat sambil meneruskan tekanan terhadap luka tersebut.
b. Benjolan yang berlaku selepas terjatuh akan meninggalkan rasa sakit dan mungkin lebih sakit jika benjol tersebut ditekan. ‘Cold compress’ atau tuaman sejuk boleh mempercepatkan benjolan tersebut reda/kurang.‘Hot compress’ atau tuaman panas boleh mengurangkan sakit tetapi harus disusuli dengan tuaman sejuk kerana panas akan menyebabkan cecair tisu bertambah dan bengkak. Darah beku tersebut akan perlahan-lahan diserap balik ke tisu sekeliling dah benjolan/bengkak akan surut dan hilang.
c. Memberi Paracetamol sahaja jika perlu ubat untuk mengurangkan sakit. Tidak disarankan untuk memberi ubat dari kategori NSAID (‘Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs’) seperti Ibuprofen (Brufen, Bifen, Buprol-B, Ibufac, Nurofen) atau Diclofenac (Cataflam, Voren).
Sumber: doktorbudak.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Haid yang sepatutnya datang setiap bulan sudah lama tidak datang. Bila ujian kehamilan negatif. Risaunya mama, apa yang sedang berlaku, adakah ia satu penyakit?
Kebimbangan tentu singgah di minda para ibu apabila saat-saat ‘itu’ tidak kunjung tiba. Apatah lagi jika anda sedang menunggu-nunggu kehadiran cahaya mata. Masalah haid sebegini boleh menyebabkan keresahan. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah yang dicadangkan.
Tiada period dah lama, tapi check urine pregnancy test (UPT) keputusannya negatif. Kenapa ye?
Period yang tidak datang atau dipanggil Amenorrhea adalah satu simptom akibat pelbagai jenis masalah kesihatan.
Secara umum ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu;
1. Primary Amenorrhea (wanita yang langsung tidak pernah datang period)
2. Secondary Amenorrhea (wanita yang pernah ada period, tetapi kini sudah tidak ada period lagi)
PRIMARY AMENORRHEA
Primary Amenorrhea biasa dikesan sejak awal remaja. Bila waktu sepatutnya akil baligh, tetapi masih tiada period. Kebanyakan kes seperti ini adalah disebabkan oleh masalah genetik dan kongenital. Masalah pada kelenjar hypothalamus, pituitary dan ovari mungkin menjadi punca Primary Amenorrhea.
Yang lebih kerap berlaku adalah secondary amenorrhea. Dulu ada period macam biasa, sampai satu masa, period tiada.
Punca utama masalah ini adalah mengandung. Bila mengandung, period akan berhenti dan tidak datang lagi.
Selain itu, masalah perubatan lain seperti;
Polycystic Ovarian syndrome (PCOS)
Hypothyroidism, hyperprolactinoma akibat brain tumoR
Premature ovarian failure
Asherman’s Syndrome (penyakit dimana lapisan rahim menjadi parut akibat procedure seperti cuci rahim selepas keguguran). juga adalah punca berlakunya secondary Amenorrhea.
Selain itu masalah lain juga boleh menyebabkan period tidak datang seperti
Emosional atau fizikal stress yang melampau
Berat badan yang turun mendadak
Sedang mengalami penyakit yang teruk
Amenorrhea juga boleh berlaku akibat pengambilan pil-pil hormon seperti pil perancang. Namun ia biasanya bersifat sementara.
KESAN JIKA HAID TIDAK DATANG BERPANJANGAN
Seorang wanita berisiko mengalami osteoporosis atau tulang rapuh akibat amenorrhea yang berpanjangan. Selain itu, mereka juga berisiko untuk mengalami kesukaran untuk hamil.
Jadi bagaimana nak rawat? Rawatan amenorhhea adalah dengan merawat punca mengapa amenorrhea itu berlaku. Jika puncanya adalah stress melampau, maka perlula buat sesuatu agar stress menjadi terkawal dan berkurang. Jika ia melibatkan masalah perubatan seperti PCOS, hypothyroid dan lain-lain, maka dapatkan rawatan untuk masalah tersebut.
Pastinya setiap ibu bapa mengharapkan anak yang lahir sihat, selamat dan dapat membesar dengan baik. Andainya takdir, jika sudah ketentuan Allah anak yang dilahirkan itu istimewa di mata kita dan diuji dengan sakit, percayalah ada hikmahnya.
Ingat Allah uji seseorang itu sebab dia tahu kemampuan kita. Sebab itulah perlu sentiasa bersangka baik dan jangan berputus asa sekiranya diberikan ujian. Begitu juga kisah seorang ibu ini yang dikurniakan anak cleft lip / palate dan cukup memberi inspirasi kepada semua.
Walaupun sebelum ini ramai yang memberi tanggapan negatif, semua itu memberi kekuatan untuknya membesarkan Ukail.
Melalui FB Suee Boneca, kini dia dan suami bersyukur atas anugerah Allah ini kerana anaknya, Malique Rifqie Ukail dah membesar seperti kanak-kanak yang lain selepas berjaya melalui pembedahan sejak usianya dua hari.
Assalammualaikum..Mommy kat sini nak kongsi pada semua ibu bapa yang baru timang cahaya mata ataupun ke berapa sekalipun tapi buat pertama kali dapat cahaya mata secomel macam Ukail.
Nama anak mommy Malique Rifqie Ukail, umur dia 2 tahun 5 bulan. Dia dilahirkan sumbing bibir dan lelangit / cleft lip & palate. Ukail menjalani pembedahan lip pada umur 6 bulan, sekarang tengah tunggu nak buat palate pula.
Tapi yang mommy nak kongsi kat sini, ibu ayah yang dapat anak cleft kena rasa bertuah kerana dapat anak yang macam nie tau. Sebab cleft boleh dibaiki zaman sekarang ni. Sebab ramai ibu bapa kat luar sana yang anak dia pelbagai jenis penyakit yang tak mampu di rawat, lagi sedih. Anak yang dikandung 9 bulan tak mampu bersama kita. Jadi hargai dan rasa bertuah lah terima ujian Allah ini.
Ukail bukan sahaja lahir dengan cleft lip & palate, tapi dia ada masalah salur makan dia ke hati jadi masa dia baru lahir hari ke-2 terus masuk bilik bedah untuk ubah saluran tu. Sedih sebab anak mungkin tiada harapan tapi mommy bagi harapan yang penuh dalam doa mommy untuk Ukail dan akhirnya Ukail selamat dan sihat sekarang.
Jadi ibu bapa yang ada anak cleft kena rasa bertuah sebab cleft boleh baiki. Apa yang patut anda risau jika mereka ada masalah lain yang perlukan rawatan susulan dan pembedahan yang berpanjangan, bersyukur la jika anak anda hanya cleft lip & palate. Allah turunkan ujian sebab dia tahu anda boleh.
Jika diikutkan keluarga saya tiada yang cleft. Anak no 2 saya pun lahir normal tiada cleft . Suami saya pun tak pernah memancing seumur hidup dia. Saya ada GDM masa pregnant, Dr kata mungkin penyebab tapi anak no 2 saya lagi teruk GDM cuma tak insulin tapi dia lahir okay normal. Jadi semua ni pada saya ketentuan Allah, dia bagi ujian sebab dia SAYANG KITA SEMUA.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Doktor selebriti, Dr Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr Say memuat naik status di instagramnya meluahkan rasa tertekan apabila cutinya untuk menjaga anak dan isteri dalam pantang sudah habis.
Setelah berkahwin hampir 5 tahun, pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan zuriat dan akhirnya Dr Say dan isteri dikurniakan cahaya mata yang sangat comel.
Terus terang sy cerita yg this is tougher than what i expect. Sy ingat things r gonna get easier with time but it doesn’t seem so. Sy xboleh brain mcm mana paternity leave kt Msia ni dpt seminggu ja pdhl sy amik sebulan off masih rasa x bersedia nk tinggalkan bini berdua ngn baby. Lepas sebulan konon sy rasa boleh rungkai dia but i was wrong sb baby sy teramat unpredictable. Satu hari perangai dia A keesokannya perangainya trus Z, satu masa die tdo 3jam skang setiap 1.5jam dh celik, satu masa die boleh tido sendiri skang kne dukung dkat 30minit baru lelap.
Dalam tempoh sebulan ni sy rasakan masa berlalu begitu sahaja. Sy xdpt nk reap full benefit of Ramadhan, xdpt bersenam langsung, xdpt nk plan my future ahead. No wonder sy baca bnyk kes suami xpulang ke rumah atau suami lepas tgn dkt mertua lpas isteri bersalin cz to be honest it’s tough & tiring. Sy tau sy yg patut be strong for my bini tp penangan baby ni lain macam. Acap kali bini sy paksa sy pegi kerja biar dia handle sorg spy sy bley take some time off from baby tp xsampai hati nk tinggalkan dia.
Kami xmau sshkan parents kami cz diorg pn dh berumur wlpn kami tau diorg xkn say no kalau kami minta tlg. Cuma membayangkan parents kami yg umur dekat 60-an jaga baby, xsampai hati dibuatny peeps. Adakah apa yg kami hadapi ni normal wahai parents2 di luar sana? Atau kalian smooth sailing sentiasa ngn baby kalian? Will things get better? Tolong peeps, sy rasa sy di ambang Postpartum Depression dahni.
Dr Say sempat meminta pendapat netizen. Rata-rata memberitahu perkara tersebut normal dan tiada apa yang perlu di risaukan. Begitulah adat menjadi ibu bapa.
Normal Doktor
Layan Je Doktor, Jadi Parents Kena Banyak Bersabar
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.