Biarpun tiada had umur yang khusus ditetapkan untuk mengasingkan tempat tidur dengan anak-anak, tetapi ibu bapa harus faham konsep privasi dan sebaik-baiknya cubalah untuk tidak berkongsi bilik dengan anak.
Lagi satu alasan kebanyakan ibu bapa berikan adalah mereka merasakan anak lebih selamat apabila tidur sebilik. Mungkin setiap ibu bapa ada pendekatan tersendiri namun menurut Penulis The ProParenting, Wan Nur Syakira beberapa kriteria ini perlu di ambil kira.
Jikalau anak masih tidur bersama ibu ayah, ada perkara yang perlu ibu ayah ambil perhatian.
1️⃣ Jangan tukar baju di hadapan anak. Jika anak ada dalam bilik, bawa baju dan tukar di tandas.
2️⃣ Elakkan terjah keluar dari bilik dalam keadaan berkemban atau berboxer jika anak ada dalam bilik. Bawa baju siap-siap, tukar dalam bilik air.
Ads
3️⃣ Jangan buat hubungan suami isteri di hadapan anak meskipun anak tidur dan masih kecil. Bahaya kalau anak ternampak.
4️⃣ Didik anak dan diri sendiri ketuk pintu sebelum masuk, anak lihat, anak ikut.
5️⃣ Berjaga-jaga dengan sentuhan berunsur seksual dan intim di depan anak-anak.
Ads
6️⃣ Usahakan sediakan tilam lain atau baby cot untuk anak tidur. Bilik sama, compartment berbeza.
Latihan untuk anak supaya senang untuk mereka tidur di bilik sendiri nanti. Renyah kan ?
Sebab itu, kalau anak umur dah cecah 3 tahun ke atas, dah boleh latih tidur di bilik sendiri. Sediakan bilik mereka.
Ads
Ibu ayah juga perlu privasi dan ada aurat yang perlu dijaga.
Kredit: Wan Nur Syakira
#pendidikanseksualitibermuladarirumah
Jemput sertai free support group Bimbingan Pendidikan Seksualiti Keluarga untuk lebih banyak info
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak lelaki tentu sekali berasa sedikit penat kerana menjaga anak lelaki tak sama seperti menjaga anak perempuan. Anak lelaki tenaganya lebih berbanding anak perempuan. Sudah menjadi lumrah mereka lebih aktif dan lebih sukar untuk duduk diam.
Semasa mereka kecil dan sedang membesar memang anda akan terasa sangat penat, namun jangan risau kerana penat hanyalah untuk 5 tahun pertama sahaja. Seterusnya dia akan membesar menjadi seorang lelaki yang mampu melindungi keluarga. Jadi jangan mengeluh dan didiklah dia dengan penuh kasih sayang. Di akhirnya dia akan menjadi lelaki yang bertanggungjawab dan penyayang.
Orang kata penat jaga anak lelaki, Tak duduk diam lari sana sini, Bukan setakat berlari, tapi bergusti, Haiihhh, orang kiri kanan pun perli perli.
Biar dia main lumpur sampai kotor kaki, Biar dia aktif tak henti, Kerana percayalah satu hari nanti, Apa yang dia dapat kini, Dia gantikan dengan kejayaan yang bererti.
Banyak kelebihan buat anak lelaki, Yang ramai tak tahu tapi Allah dah beri, Sejak dalam kandungan 9 bulan 10 hari, Dialah harapan ibu ayah dan family, Bimbing dan sayang dia agar success dan happy.
Orang kata anak lelaki tak reti duduk diam, Baguslah tu, bila tak duduk saja dan menganyam, Jangan disuruh diam sampai ke malam, Takut nanti badminton pun tak tahu genggam.
Anak lelaki ni dia kuat emosi, Tambah tambah bila peluk ciumnya tak henti-henti, Diselit kasih sayang ayah mithali, Jangan terkejut satu hari nanti, Bila anak yang aktif lari sana sini ini, Disayangi masyarakat dan planet bumi.
So, jangan pukul dan maki anak lelaki, Kerana dia tak putus membentuk diri, Untuk dia kumpul dan punya identiti, Yang bukan saja buatkan ibu ayahnya happy, Malah menjadi saham akhirat buat mommy daddy. Dialah anak lelaki mithali, Jangan biar dia main dan lari sendiri, Tapi ciumlah dia berulang kali, Kata sayang dan rindu lagi dan lagi, Agar dia terus rasa dihargai, Punya ibu dan ayah seperti ini.
Tahniah buat anda yang punya anak lelaki kerana mereka yang akan imamkan solat 5 waktu kita dan menantu kita nanti. Jangan rasakan anak lelaki sebagai bebanan biar pun nak menjaga mereka tidak semudah menjaga anak perempuan yang lebih sopan dan mendengar kata.
Semoga suatu hari nanti apabila kita telah meninggal dunia dan mereka yang akan mengimamkan solat jenazah kita. Semoga Bermanfaat, In Shaa Allah, Aamiin.
kredit: The Tazkirah Iman
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak makin besar, perangainya cukup menguji kesabaran ibu bapa. Macam-macam perasaan akan muncul apabila anak dah mula buat perangainya.
Nak cubit, nak marah, nak pukul semua ada dalam waktu itu. Disebabkan ini ada ibu bapa yang tak dapat menahan sabar sehingga anak jadi mangsa keadaan.
Paling menguji kesabaran ibu bapa apabila anak mula mengamuk apabila tidak dapat apa yang dimahukannya.
Antara perkara yang boleh dibuat untuk meredakan anak yang sedang mengamuk adalah:
– Peluk anak dari arah belakang.
– Bisik ke telinganya yang anda sayang dan sangat faham dengan perasaannya.
– Bacakan Surah Toha ayat 1- hingga 5 pastu tiupkan di ubun-ubun anak
– Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda juga sendiri perlu bertenang.
Jangan sekali-kali marah dan menjerit atau memukul anak dengan tujuan untuk mendisiplinkannya. Ia hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau semakin suka memberontak.
Benar, kadang-kadang dalam keadaan kita marah kepada anak, mungkin tidak disedari keluar perkataan-perkataan yang buruk seperti, “Ya Allah, nakalnya anak aku ni!” atau banyak lagi perkataan-perkataan lain yang mungkin kita tidak sedar kerana berada dalam keadaan marah.
Doa ibu bapa kepada anaknya termasuk dalam kategori doa yang amat mustajab.
Ketika kita mengeluh berkenaan dengan nakalnya anak kita, renungkan diri kita kembali. Apakah kita pernah mendoakan kebaikan untuknya?
Apakah kita selalu mendoakan anak kita termasuk dalam generasi mereka yang menunaikan solat?
Apakah kita selalu mendoakan anak kita menjadi anak yang soleh?
Apakah ketika kita marah, kita mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya untuk anak kita? Banyak yang perlu dimuhasabah.
Jangan hanya berdoa sekali atau dua kali, terus kita mengharapkan anak kita akan berubah. Perlu lebih jujur dan istiqamah dalam berdoa jika kita benar-benar sayangkan anak-anak kita.
Sama-samalah kita mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak. Jangan sesekali meremehkan kuasa doa.
Sumber: Muhamad Naim Abd Manaf
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai mengenali Nabil Ahmad sebagai pelawak dan penghibur. Lasak bersahaja dan orangnya ceria. Tak pernahlah lihat Nabil bermasam muka di mana-mana. Mendekati personaliti ini, Pa&Ma sempat bertanyakan tentang perwatakannya dengan anak-anak. Isterinya, Zira Ayub memberitahu yang artis ini sangat tegas dalam mendidik anak-anak tetapi dia juga akan memanjakan mereka.
Bercerita soal perwatakan Nabil di rumah, Zira memberitahu dia seorang suami dan ayah yang tegas. Dia akan memberitahu apa yang boleh dan tidak kepada anak-anak. Dalam ketegasannya itu, dia sangat memanjakan kesemua anak mereka. “Dia tegas, tetapi manja sangat dengan anak-anak. Budak berdua ni pun (merujuk kepada Mikayla dan Medyna), kalau ada ayahnya bukan main behave,” terang Zira.
Tambah Zira, Mika dan Babyna sangat rapat dengan ayah mereka. “Macam yang kita tahu, anak perempuan rapat dengan ayah. Mereka pun macam tu, rapat dengan Nabil,” tambah Zira. Nabil pula memberitahu, anak-anak mungkin rapat dengannya kerana jarang dapat berjumpa. “Mereka selalu dengan Zira, sebab tu bila saya ada mereka jadi rapat dengan saya. Saya rasa, masih ada perangai-perangai mereka yang saya tak tahu,” beritahu selebriti pelawak terkenal ini lagi.
Soal menguruskan anak-anak pula, Nabil serahkan kepada Zira. “Saya percayakan dia untuk menguruskan anak-anak. Memang dia yang selalu dengan mereka. Tapi saya akan beritahu cara bagaimana yang saya mahukan. Dia akan gabungkan kedua-dua cara kami, mengikut kesesuaian ketika dia uruskan tiga orang anak kami ni,” kata Nabil.
Nabil Masih Sama
Bertanyakan tentang perangai Nabil sebelum dan selepas bergelar ayah, Zira memberitahu yang dia masih sama. Tiada yang berubah. Masih lelaki penyayang dan mengambil berat seperti dahulu. “Cuma kalau ada beza tu, dulu dia sayangkan saya. Sekarang ni lebihkan pada anak-anak. Kasih sayang dia dah terbahagi antara saya dan anak-anak. Dia ayah yang bertanggung jawab, itu dah cukup untuk buat saya bersyukur,” kata Zira.
Berkongsi momen Zira disahkan hamil anak pertama mereka, Nabil memberitahu yang dia menangis ketika mengetahuinya. Tidak mahu jatuh ego, dia menangis ketika mandi di bawah shower. “Kami menunggu enam bulan juga sebelum Zira hamil. Waktu tu pula, kawan-kawan ramai yang bertanya. Saya dan Zira cuba pelbagai cara untuk hamil. Akhirnya yang berkesan bila saya amalkan susu kambing dan kurma. Sebulan selepas itu, terus ‘sangkut’,” cerita Nabil.
Hari Minggu Baru Boleh Makan Manis
Ketika ditanyakan tentang soal pemakanan anak-anaknya, Zira memberitahu dia memasak untuk mereka. Mereka jarang makan di luar kerana Nabil suka masakan rumah. Oleh itu, Zira akan sediakan makanan untuk suami dan anak-anaknya. “Kalau masak sendiri, lebih sihat dan jimat. Kita boleh kawal gula dan garam dalam masakan. Selain tu, kita yakin apa yang kita masukkan ke dalam masakan,” cerita Zira.
Katanya lagi, sebelum ini mereka benarkan anak-anak untuk makan apa saja. Tetapi selepas Mika didapati mempunyai ekzema yang agak teruk, dia dan Nabil mula mengawal pemakanan anak-anak. Nabil pula memberitahu, biasanya dia dan isteri akan membenarkan anak-anak untuk makan gula-gula, coklat dan aiskrim pada hari minggu sahaja.
Memandangkan Nabil dibesarkan dengan makanan yang mudah seperti nasi, telur dan kicap, jadi anak-anak mereka juga dididik makan begitu. Tidak mahu anak terlalu dimewahkan supaya mereka tidak terlalu memilih untuk makan. Ditanyakan apa makanan yang paling anak-anak mereka suka, Zira memberitahu kedua-duanya suka makan spageti carbonara.
Perwatakan Anak-Anak
Mika seorang yang sangat berdikari dan dalam masa yang sama cukup manja dan peramah. Tambah Zira pula, Mika sangat suka menari dan menyanyi. Mungkin mewarisi darah seni yang mengalir dalam tubuhnya. Biarpun Mika anak yang sangat manja dan masih kecil namun dia menunjukkan sikap penyayang pada adik-adiknya.
Ketika ditanyakan tentang siapa yang mengikut perwatakan Nabil, pasangan ini hanya ketawa. “Dah nampak sangat dah, memang Mika yang mengikut ayahnya. Dia banyak bercakap dan buat lawak seperti ayahnya. “Dia pun selalu cakap, I want to be like daddy,” kata Zira. “Dahlah muka dia pun macam saya, kalau saya rambut panjang, macam tulah rupa saya,” tambah Nabil pula.
Babyna pula pemalu bila berhadapan dengan orang tak dikenali tetapi bila di rumah, dialah anak paling manja. “Babyna banyak bermain dan suka berinteraksi dengan kita. Paling kuat bergaya dan manja. Dah ada adik pun kita masih panggil Babyna. Dia tak banyak bercakap dengan orang yang tidak dikenali, tapi kalau dengan keluarga dia sebenarnya ceria. Walaupun ada masanya dia bergaduh dengan kakaknya, tapi dia sayang Mika. Biasalah adik-beradik,” cerita Zira lagi.
Biarpun masih kecil, Mishall boleh dilihat sebagai seorang bayi yang ceria dan tidak banyak ragam. Sepanjang sesi fotografi dibuat, dia mudah tersenyum dan akan ketawa jika diagah. “Kalau dengan Zira dan Mika, lagi kuat dia ketawa. Anak kami yang ketiga ni mudah terhibur dan dia juga mudah dijaga. Jarang meragam kecuali kalau lapar atau mengantuk saja,” kata Nabil.
Jangan lupa saksikan rancangan terbaharu yang dibawakan oleh Pa&Ma – Kecoh Kecah Nabil & Clan bermula pada 9 Oktober 2019 untuk episod 1 dengan tajuk Reaksi Alahan Anak. Rancangan ini akan ditayangkan setiap Rabu pada jam 9.00 malam di Astro Prima dan Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
"Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan."Kongsi saksi kejadian kemalangan maut...