Dalam musim panas hujan ni, cuaca tak menentu dan kesihatan semua orang pun dah up and down terutamanya anak kecil, pemantauan ibu bapa sangat penting. Ini kerana anak lebih terdedah dengan perubahan cuaca (ke taska, main dengan kawan-kawan, bercampur dengan mereka yang tak sihat dan lain-lain).
Selalunya ibu-ibu bimbang bila anak dah mula demam bila suhu dah cecah 38-39’C. Waktu ini ibu bapa kena betul-betul pastikan tiada sebarang masalah pada anak.
Menurut perkongsian Dr Suriyakhatun sekarang ini adalah musim flu. Berdasarkan kes yang diterimanya ada pesakit yang positif influenza A dan influenza B.
Langkah pencegahan, jangan bawa anak keluar ke tempat ramai orang, tanya guru taska ada tak anak demam, jika ada, jaga sendiri dulu lah.
Jika ada escalator dan lif guna escalator. Jika anak kita yang demam segera bawa doktor untuk periksa, jangan bawak jalan anak yang disahkan influenza dan jangan pergi taska selagi belum baik demam.
IKLAN
Pastikan anak makan makanan seimbang dan berkhasiat, tambahkan makanan yang tinggi vitamin dan zat galian.
Rasanya dengan cuti sekolah minggu depan lagi ramai akan dapat flu ni.
Gambar ujian rapid test untuk flu.
IKLAN
Gejala penyakit:
Demam dulu atau sakit tekak dulu. Lepas tu sakit kepala, sakit badan, batuk selsema dan bersin. Tidur terganggu. Mungkin juga ada cirit dan loya serta muntah. Tidak semua orang ada gejala sistem Gastrointestinal ini.
IKLAN
Bagi individu yang biasa lelah, flu boleh cetuskan lelah.
Komplikasi lain termasuk pneumonia dan secondary infection dengan bakteria. Kahak akan tukar jadi kuning dan pekat. Mungkin kena dirawat di hospital bila ada komplikasi.
Saya sendiri rawat diri saya dengan penawar Homeopathy tanpa guna paracetamol.
Masa demam saya rehat ( bed rest) minum lebih air dan ambil ascorbate serta extract kunyit. Bila lenguh sangat saya guna hot packs. Saya elak ubat drug sebab ia akan panjangkan durasi demam. Ini untuk diri saya, mungkin ada orang yang tidak begitu. Saya juga elak drugs sebab saya alah banyak drugs dan menjadi lemah selepas baik dari demam jika saya ambil antihistamine, ubat batuk dan paracetamol. Antibiotik tidak di perlukan untuk influenza sebab ia virus.
Paracetamol, ubat kahak, tamiflu, ubat batuk, antihistamine adalah rawatan doktor konvensional untuk flu.
Berpantang sememangnya momen indah setiap ibu. Begitu juga yang dilalui oleh selebriti yang satu ini, Shakilla Khoriri yang masih berpantang, selepas melahirkan anak sulungnya, Ameena Sofea pada 15 Mac lalu.
Shakilla sempat berkongsi rasa penatnya ketika menjaga Ameena sepanjang berpantang namun tidak dapat menzahirkan rasa nikmatnya kepenatan bergelar ibu. Tak mampu diluahkan dengan kata-kata.
Masa tengah pregnant duduk berkurung dalam rumah. Konon takut terlebih guna tenaga, takut terberanak kat luar, takut kesian baby.
Bila dah beranak dan dalam pantang, nah! Langsung duduk rumah tak boleh curi keluar langsung. Dapat keluar depan pintu rumah pun rasa nikmatnya lah Ya Allah.
Tapi bestnya ada Ameena. Boleh sembang. Walaupun aku tanya, aku jawab. Aku buat lawak, aku gelak. Dia tidur aku jaga, dia nak susu aku buatkan, dia tak selesa pampers dia aku tukarkan.PENAT !
Tapi nikmat yang tak boleh aku nak share. Maybe Mak-mak je tau feeling ni.
Segalanya sekarang ni pasal DIA walaupun dia nampak aku cuma bayang-bayang hitam.
Kadang bila Cik Meena tidur aku tengok je. Even tengah malam tu terjaga aku tengok muka dia. Aku fikir. Anak aku ke?
Satu kejadian yang aku boleh kata cepatnya masa berlalu, depan mata aku sekarang anak aku, yang aku gendong dalam perut 40 minggu ?
Aku tenung dia lagi aku tak henti tanya diri sendiri, anak aku ke?
Hmm..betul lah anak aku. Anak yang aku sama2 ajak pi badminton, jogging , hiking , Shooting, berlari , shopping, buat kerja itu ini.
Anak aku lah. Dah keluar pun.
Tapi satu perkara yang yang aku tak habis fikir sampai sekarang ni, tanggungjawab besar aku dengan Fizi kena pikul untuk besarkan Cik Ameena ni.
Seram.
Takut.
Tapi macam aku pesan kat Ameena masa dia tak nak keluar perut,
“Keluar lah nak, ini takdir kita. Walaupun dunia ni memang tak adil, kejam dan banyak benda yang tak baik, kita kena tempuh juga sebab Allah dah tulis setiap jalan cerita kita semua termasuk lah awak.”
Takpa lah, kalau aku tak boleh jadi Mak yang baik pada @ameenasofia_ , mungkin aku boleh jadi kawan baik dia.
Sweet je luah Shakila ni. Peminat tak kurang juga mengucapkan tahniah, berkongsi tip dan semangat buat Shakilla ketika berpantang.
Kredit: @shakillakhoriri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Boleh minum air selusuh ke doktor? Biasanya orang Melayu kita lebih arif berkenaan dengan air tersebut. Air biasa direndam dengan akar fatimah ataupun air biasa dibaca dengan mantera jampi serapah atau dicampur sikit dengan herba-herba yang memulakan kontraksi rahim. Juga turut dikenali sebagai Sanggul Fatimah / Rumput Fatimah / Rose of Jericho .
Menurut Pegawai Perubatan, Obstetrik & Ginekologi, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, air selusuh akar fatimah ini dipercayai turun temurun digunakan untuk ‘ mempercepatkan’ proses bersalin . Biasanya akan diminum selepas tanda-tanda awal bersalin itu berlaku, keluar darah awal bersalin pecah air mentuban pecah atau sakit kontraksi sudah bermula. Bukan sahaja boleh diminum, ada yang boleh disapu pada perut, bersertakan bacaan-bacaan tertentu. Masalahnya, betul ke akar fatimah ini sememangnya mempercepatkan proses kelahiran ?
Selusuh yang melibatkan hanya air kosong dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan doa, sepatutnya tiada masalah untuk diamalkan. Ada beza tu, doa dan jampi serapah. Jangan keliru!
Air rendaman akar fatimah, minyak selusuh bidan kampung, air jampi, air asam jawa yang dibacakan jampi, rendaman akar kayu dan herba – sekadar menamakan sedikit jenis-jenis selusuh amalan orang melayu. mungkin ada banyak lagi selusuh yang mungkin tidak saya ketahui.
Selusuh jenis ini tidak diketahui cara penghasilan dan bahan kimia aktif di dalamnya – ada kajian membuktikan bahan yang digunakan mempunyai aktiviti seperti hormon oksitosin yang menyebabkan kontraksi pada rahim. Dos bahan ini tidak diketahui dan tak boleh dipantau secara klinikal.
Hormon oksitosin yang digunakan dalam dalam perubatan obstetrik moden diketahui dos nya dan diubah mengikut keperluan pesakit. Dan bukan sewenang-wenangnya diberikan tanpa alasan yang kukuh.
Melihat kepada pengalaman saya yang sekelumit cuma ini sepanjang berkhidmat di bidang ini yang sentiasa berhadapan dengan ibu-ibu yang sedang bertarung nyawa ni, secara peribadinya, saya TIDAK menggalakkan penggunaan air selusuh yg mengunakan bahan-ibu seperti yang saya nyatakan tadi. Ada banyak sebab mengapa saya tidak mengalakkan penggunaanya dan jika ada ahli debat yang sanggup berdebat, saya persilakan.
PERTAMA : Ibu digalakkan berpuasa sepanjang tempoh bersalin – yakni ibu-ibu yang sudah memasuki fasa aktif bersalin yang berada di dewan bersalin untuk menyediakan ibu jika berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan pembedahan ceaserean , ibu itu sudah berpuasa dan boleh segera dilakukan pembedahan ke atasnya. Jadi jika air selusuh diberikan kepada ibu-ibu nak bersalin ini secara tak langsung akan memberikan risiko kepada ibu.
KEDUA : Air selusuh ini seolah-olah memaksa pintu rahim terbuka sedangkan belum tiba waktunya untuk bersalin. Hal yang demikian akan menyebabkan ibu-ibu mengalami kesakitan yang amat sangat. Bukan kepalang sakitnya. Di mana, melalui pengalaman saya, hampir kesemua ibu yang mengamalkan air selusuh ini meracau dan tidak keruan akibat kesakitan yang melampaui biasa.
Tambah menyedihkan, ada di antara mereka terpaksa kami tolak ke dewan bedah untuk pembedahan caeserean kerana pintu rahim langsung tidak terbuka sedangkan ibu tersebut dalam kesakitan yang amat sangat, berjam jam lamanya. Kontraksi yang kerap ketika bersalin akibat air selusuh ini kadangkala menyebabkan peredaran darah pada bayi terganggu dan boleh mengakibatkan bayi lemas secara tidak semena-mena.
Pandangan peribadi saya kepada pasangan yang baru berkahwin, terutamanya yang duduk di bandar-bandar besar, kalau boleh, janganlah mengharap kepada air selusuh ini. Lazimnya air selusuh ini bukan buatan sendiri, kadang kadang kita meminta orang lain yang buatkan, jadi kita tidak tahu apa yang terkandung dalam air tersebut. Memang diakui, syaitan itu ada, bahkan di setiap pembuluh darah kita, syaitan itu akan melaluinya. Jika inginkan kesenangan dan kemudahan dalam bersalin, lakukanlah solat taubat, mohon keampunan kepada Allah, mohon dipermudahkan segala urusan, solat hajat. Minta ampun pada suami, kedua ibu bapa, dan para suami, ampunkan dosa dosa isteri. Insyallah, Allah itu akan ADA untuk kita.
Setiap kali, melihat pesakit yang mengamalkan air selusuh ini , sangat ‘terasa’ kesakitan para wanita itu, tapi apa kan daya. Kadang kala, kejahilan di atas ilmu yang ada membuatkan kita lupa, alpa dan lalai. Oleh itu, Allah sediakan masa 40 minggu bersamaan dengan 9 bulan untuk bersedia menghadapi semua itu.
Dan, yang terakhir pesanan saya, amalkanlah doa ini setiap masa – Laillahha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin (Tiada Tuhan melainkan Engkau, Masa Suci Engkau, sesungguhnya aku dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri). Ini adalah doa Nabi Yunus ketika baginda ditelan oleh ikan Nun, di mana pada ketika itu baginda berpaling dari kaumnya yang enggan mengaku Allah itu sebagai Tuhan. Amalkan setiap kali musibah dan masalah melanda, insyallah akan melimpah Rahmat dari Yang Maha Berkuasa.
Saya bukan ler ustaz mahupun alim ulama, hanyalah manusia biasa yang menilai alam sekeliling, yang kadang-kadang lupa dan lalai.
Proses bersalin ni mengajar bakal ibu dan ayah supaya banyak bersabar. TIADA benda yang boleh cepatkan proses ini, tanpa izin Allah.
Penjaga ketika berpantang atau mesra di sebut confinement lady (CL) merupakan servis yang tidak asing lagi pada zaman ini disebabkan kekangan untuk pulang bersalin di kampung dan tidak mahu menyusahkan ibu bapa di kampung.
Rata-rata ibu yang bakal bersalin memilih untuk mengupah CL daripada syarikat yang menawarkan servis ini kerana lebih mudah dan akan menjaga bayi serta ibu ketika tempoh berpantang. Dari urutan ibu, mandian selepas bersalin dan juga memasak serta menguruskan bayi semuanya akan dilakukan oleh CL.
Sama seperti perkongsian Puan Diana, dia turut mengambil CL untuk menguruskan dirinya dan bayi ketika tempoh berpantang. Namun kebaikan serta keikhlasan CL ketika menjaga mereka sekeluarga membuatkan air matanya menitis.
Ikhlas sungguh CL dan sangat tidak berkira! Malah CL ini sanggup membuat tugasan lebih daripada yang sepatutnya. Ikuti perkongsian Puan Diana ini.
MENANGIS AKU SEBAB CL time pantang
Ingat tak aku cerita CL aku excited naw deco-deco lauk pantang ?
kadang orang suka momokkan jugak ada CL dari neraka , CL pun tak function tapi dari awal aku cuba positif walaupun seminggu sebelum aku beranak ada cerita tak best aku dengar mengenai company CL ni
Tapi betullah CL pun rezeki ..Sepanjang aku pantang kali ni, emosi aku sangat stabil dan tak ada air mata. Selalu pantang mesti nak teriak ,rasa loser, sakit itu ini, rasa kurang kasih sayang. kali ni tak .. pantang tenang dan semalam air mata aku jatuh sebab CL ni.
Mula agak spoil sebab dia datang lewat sikit. Tapi ending nye Allah bagi tak terjangka
Baca lah . Orang yang kerja ikhlas tu wujud ya dan di kenang-kenang..