Jika bayi seusianya membesar dengan pelbagai keletah, Puteri Nur Awlia Afia Azwan pula lebih kerap menangis kerana menahan kesakitan.
Baru comel berusia tiga bulan ini sudah diuji dengan masalah jantung dan sering mengalami sesak nafas, menangis dan tidak boleh berada di tempat panas.
Bapanya, Azwan Mohamed Nazir, 45, berkata, anaknya mula menunjukkan tanda bermasalah jantung ketika berusia dua bulan terutama apabila menangis lebih kerap berbanding bayi lain dan sesak nafas.
Katanya, dia dan isteri Sharina Ezuein Sazali, 35, merujuk Puteri Nur Awlia Afia ke hospital dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban, selama 10 hari pada bulan lalu, sebelum jantungnya disahkan mempunyai satu injap.
“Awlia selalu penat dan tekaknya mengeluarkan banyak kahak. Kami fikir ia adalah normal sebelum membuat pemeriksaan dan mendapati jantungnya bengkak.
“Pemeriksaan lanjut di HTJ mendapati jantung anak saya berlubang. Namun, apa yang lebih memeranjatkan lagi apabila doktor memaklumkan jantungnya hanya mempunyai satu injap.
Ads
“Menurut doktor, bayi dilahirkan dengan jantung satu injap jarang berlaku dan sudah tentu memberi kesan terhadap sistem pernafasan dan peredaran darah ke seluruh badan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Satria, Senawang, Seremban, baru-baru ini.
Azwan berkata, lubang pada jantung anak bongsu daripada lima beradik itu mungkin akan tertutup dengan sendiri secara perlahan, namun masalah injap perlu diatasi dengan pembedahan.
Ads
“Minggu depan saya akan berjumpa pakar jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur untuk perbincangan lanjut dan ada kemungkinan kos pembedahan boleh mencecah RM50,000.
“Saya bimbang tidak mampu menanggungnya kerana hanya bekerja sebagai pemandu bas persiaran dan tiada pendapatan tetap memandangkan ia hanya bergantung tempahan.
“Sekiranya pembedahan perlu dilakukan segera, mungkin saya tidak sempat untuk mengumpul wang sebanyak itu,” katanya.
Ads
Dia lebih bimbang memikirkan perbelanjaan rumah dan empat anak lain berusia enam, sembilan, 11 dan 12 tahun, yang bersekolah.
Bapa itu berharap mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Baitulmal untuk meringankan beban ditanggung.
Orang ramai yang mahu membantu juga boleh salurkan ke akaun Maybank 514271655386 atau Affin Islamic Bank 105280004378 atas nama Media Prima-NSTP Humanitarian Fund (Metro Prihatin).
Tahniah diucapkan buat usahawan kosmetik, Madammu yang selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam.
Madammu yang menjalani rawatan IVF untuk cahaya mata sulungnya bersama suami memilih tarikh indah 9 Jun 2023, Jumaat penuh barakah untuk menyambut kelahiran bayi pertama mereka.
Menerusi Tik Toknya, usahawan cantik jelita itu berkongsi kegembiraan atas kelahiran itu.
“Alhamdulillah, baby A selamat dilahirkan di hari Jumaat yang penuh berakah. Syukur,” tulisnya.
Madammu bagaimanapun masih belum mendedahkan nama, wajah dan jantina anaknya yang dipangil Baby A.
Menerusi video yang dikongsikan Madammu itu, memperlihatkan Baby A yang ditunggu-tunggu ramai ini dibawa masuk ke bilik ibunya.
Teruja dengan perkhabaran gembira itu, pengikut setia Madammu turut meninggalkan pelbagai respons diikuti ribuan ucapan tahniah atas kelahiran yang begitu dinantikan itu.
Terdahulu Madammu dimasukkan ke hospital selepas mengalami kebocoran air ketuban. Bahkan pada Mei lalu, Madammu juga turut dimasukkan ke hospital selepas tidak cukup rehat.
Semoga kelahiran Baby A menceriakan dan mencambahkan rasa bahagia buat keluarga Madammu dan suami.
Baru sahaja berharap kelahiran anak keduanya sama seperti anak sulungnya, Eidrees, pelakon Anzalna Nasir bersyukur bila mana selamat bersalin pada 20 Mei yang lalu.
Bersalin 11 hari lebih awal dari tarikh due, Anzalna bagaimana pun amat bersyukur kerana semuanya dipermudahkan malah di hari Jumaat penuh berkah, anak kedua kesayangannya kini selamat dilahirkan dengan sihat.
Melalui Instagramnya, Anzalna berkongsi cerita malah pada mulanya, dia juga tidak menyangka akan bersalin lebih awal dari jangkaan.
“Ingatkan Raya Aidil Fitri sahaja mengejut this year, rupanya anak kami pun keluar mengejut,” tulisnya berkongsi.
Kata Anzalna lagi, tarikh sebenar dia bakal bersalin sepatutnya pada 31 Mei namun dipermudahkan segalanya pada hari akhir pemeriksaan bulanannya.
“Sepatunya due date 31/5 dan last check up on the 20/5 tetapi tiba-tiba…hari check up dia nak keluar terus!
“Alhamdulillah syukur lahirlah anak kami pada hari Jumaat yang penuh berkah. Sebenarnya panjang lagi cerita tapi I pendek kan.. to be continued,” tulisnya berkongsi.
Menerusi entri itu, Anzalna turut memuat naik video pendek kakaknya, Diana Nasir yang turut memangku anak kecilnya sambil diperhatikan suami.
Tanpa berkongsi jantina bayi keduanya itu, Anzalna kini masih berada di hospital dan meneruskan rutin berpantangnya.
Malah menerusi Insta Storynya, ibu cantik jelita ini juga memuat naik rutin menyusunya dan amat bersyukur kerana sekali lagi dapat menyusu buat bayi keduanya itu.
Penularan wabak pandemik Covid-19 semakin meruncing di seluruh dunia. justeru orang ramai disarankan untuk sentiasa membasuh tangan menggunakan air dan sabun selain menggunakan hand sanitizer.
Walaupun begitu, ibu dan ayah perlu sentiasa memantau penggunaan bahan kimia terutamanya yang terkandung di dalam hand sanitizer kepada anak-anak yang masih kecil.
Pusat Racun Negara dalam laman facebook berkongsi kebimbangan ini kerana sejak kes covid-19 mereka telah menerima 4 aduan berkenaan terminum hand sanitizer yang melibatkan bayi dan kanak-kanak berumur 5 bulan hingga 2 tahun. Badan ini menyeru orang ramai terutama yang mempunyai anak kecil supaya terus mengamalkan kebersihan tapi dalam masa yang sama memantau keselamatan menggunakan bahan tersebut supaya tidak memudaratkan kepada anak-anak yang masih kecil.
COVID-19 & KERACUNAN ‘HAND SANITIZER’ 💦👏🏼
SOLD OUT!
“Harap maaf, kedai kami telah kehabisan stok hand sanitizer”
Begitulah penangan wabak Covid-19 yang telah diisytiharkan pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia semalam.
Lantaran kepanikan akibat penularan Covid-19 yang semakin meruncing ini, sampai habis stok produk sanitasi tangan atau lebih dikenali sebagai ‘hand sanitizer’ di kebanyakan premis yang menjualnya. Kini, hampir semua rumah mempunyai ‘hand sanitizer’, malahan ada yang memberikan pada anak-anak untuk dibawa ke sekolah.
Namun begitu, jangan dilupa bahawa ‘hand sanitizer’ juga mengandungi bahan kimia yang mungkin menyebabkan keracunan JIKA tidak disimpan dengan selamat.
Untuk memastikan sesuatu ‘hand sanitizer’ itu berkesan, ia perlu mempunyai kandungan alkohol yang tinggi (lebih 60%). Alkohol yang biasa digunakan adalah daripada jenis etanol atau pun isopropil alkohol. Jika tertelan dalam jumlah yang signifikan, keracunan alkohol boleh berlaku.
Keracunan alkohol yang sederhana boleh menyebabkan kesan khayal, perubahan tingkah laku, pergerakan otot dan anak mata tidak terkawal dan jantung berdegup kencang.
Manakala, keracunan yang teruk boleh mengakibatkan gangguan pada saraf pusat dan sistem pernafasan, suhu badan dan paras gula dalam darah menurun, sawan dan juga kekeliruan pemikiran.
Terima 4 kes terminum hand sanitizer
Semenjak kes Covid-19 ini berlaku, Pusat Racun Negara telah menerima 4 kes terminum ‘hand sanitizer’ melibatkan kanak-kanak berusia lingkungan 5 bulan hingga 2 tahun. Pihak kami berharap agar kes keracunan akibat kelalaian untuk menyimpan ‘hand sanitizer’ secara selamat ini tidak akan berulang lagi. Tambahan pula ia melibatkan anak-anak kecil.
Oleh itu, Pusat Racun Negara menasihatkan agar orang ramai untuk terus mengamalkan penjagaan kebersihan TANPA mengabaikan amalan keselamatan bahan kimia di sekeliling anda. Kami juga sama-sama mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia dan seluruh dunia diberi perlindungan dan kesembuhan daripada ancaman Covid-19 ini segera.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.