Bila pertama kali menerima cahaya mata, pasti banyak persoalan yang bermain di minda mama terutama soal penyusuan. Melihat bayi yang comel tidur dengan lena, rasa kasihan pula nak kejutkan si manja untuk menyusu. Ada yang menasihati agar jangan mengejutkan bayi yang sedang tidur. Keliru betul!
Aktiviti harian bagi bayi yang baru lahir hanyalah menyusu dan tidur. Malah mereka lebih banyak tidur berbanding menyusu. Bagi mama yang keliru tentang masalah ini, ikuti perkongsian daripada Puan Azura, pembimbing Laktasi tentang persoalan ini.
BAYI BARU LAHIR KUAT TIDUR, KEJUT MENYUSU ATAU BIAR?
Ini antara soalan popular dikalangan ibu baru melahirkan dan mereka dilema nak kejut bayi bangun menyusu atau biar bayi tidur berlama-lama,sementara itu payudara ibu mula membengkak. Mana satu nak pilih?
Ramai ibu memilih untuk membiarkan bayi terus tidur dan memerah susu menggunakan pam, hasil perahan pula akan disimpan sebagai stok didalam peti ais.
Cara ini tidaklah salah,tapi ibu perlu menyelesaikan situasi ibu sesuai dengan keperluan utama terlebih dahulu.
Bayi newborn dilahirkan dengan anggaran perutnya SEBESAR GULI sahaja,jadi bayi perlu disusukan dengan sangat kerap.Serta susu ibu adalah satu-satunya sumber makanan buat bayi ketika ini.
Apabila ibu membiarkan bayi tidur dalam tempoh lama contohnya 3 hingga 6 jam,ibu dan bayi sudah terlepas hampir 2-3 sesi penyusuan.
Jika ibu menggantikan 2-3 sesi dengan pam,kemudian susu ibu disimpan..Hanya payudara ibu diransang tapi bayi tidak mendapat susu sekerap seperti sepatutnya.Bayi memerlukan susu yang ibu perah tadi untuk dia minum dengan kerap dan bukannya untuk disimpan dijadikan stok.
Penyusuan yang kerap membantu bayi untuk;
-Menaikkan berat bayi
-Mengelakkan dehidrasi.
-Membantu menurunkan paras jaundis,susu ibu sangat mudah dihadam.
dan pelbagai lagi
Banyak kelebihan apabila bayi disusukan dengan kerap pada payudara dan paling penting ibu dan bayi dapat mahirkan diri untuk menyusu dengan betul.
Kredit:Nor Azura
Pembimbing Penyusuan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)