Apabila kita mengherdik dan membentak anak, isyarat “TAKUT” dihantar oleh telinga kecilnya ke amygdala otak hanya dalam masa 1/12,000 saat. Dan itu hanya untuk sekali herdikan. Apabila kita terus-terusan mengherdik dan membentak, kita telah membanjiri otak anak kita dengan bahan kimia yang menyebabkan tekanan/stres. Ketika ini, apa yang dilakukan oleh otak anak adalah memberitahu mindanya supaya mendiamkan diri, memberontak atau mematuhi untuk berasa lebih selamat.
Apabila trauma kecil ini ditangani dengan baik (seperti menjalinkan semula hubungan mesra dengannya), sistem dan otak anak kita boleh “DIBETULKAN” untuk berfungsi semula. Tetapi, apabila tiada langkah pembaikan malah berterus-terusan berlaku, otak anak kita akan membuat perubahan yang perlu untuk melindungi dirinya daripada ketakutan dengan menjadi defensif atau memberontak.
Apa pula yang berlaku kepada kita? Apabila kita marah, mengherdik dan membentak, kita juga membanjiri otak sendiri dengan bahan kimia yang menyebabkan stress/tekanan, yang seterusnya mengganggu sistem imun, meningkatkan tekanan darah, dan menghindarkan otak kita untuk rasa empati serta mengurangkan keupayaan kita untuk mengawal diri sendiri.
Bagaimana kita boleh menenangkan diri? Berikut adalah beberapa cadangan …
Beristighfar
Tarik nafas panjang dan lepas nafas
Ads
Senaman
Senyum/ketawa
Pelukan/belaian
Ads
Solat sunat/berdoa
Bertafakur
Ads
Dan semua ini adalah PERCUMA! Mari kita praktiskan untuk mendapatkan ketenangan. InsyaAllah, otak yang mengalami stress/tekanan akan menjadi tenang, serta meningkatkan kesihatan yang baik secara keseluruhan.
Seorang ibu telah menceritakan bahawa setiap kali beliau berasa ingin marah, mengherdik dan membentak anak, beliau akan cepat-cepat berdiri di hadapan cermin. Di hadapan cermin itu, beliau menilik wajahnya sendiri. Beliau melihat wajahnya yang buruk dan menakutkan. “inilah sebenar wajah yang dilihat oleh anak. Sungguh menakutkan. Kalau aku sendiri pun takut, anak aku apatah lagi” katanya di dalam hati. Dari situ timbul rasa keinsafan dalam dirinya. Tentu sekali tidak ada ibu yang sanggup apabila memikirkan bahawa anak memandang kita seperti HANTU. Dalam hati tentu akan rasa sedih.
Sumber: ibubapacemerlang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mesti ramai ibu bapa berhadapan dengan situasi anak suka memukul kawan-kawannya. Sebagai ibu bapa sudah tentu anda buntu apa patut nak buat.
Kadangkala orang sekeliling akan memandang serong pada anak kita yang kerap memukul orang lain ketika bermain.
Adakah memang perangai semula jadi seorang kanak-kanak atau anak yang suka memukul orang lain ni mempunyai masalah tingkah laku?
Tentu persoalan tersebut sering bermain di fikiran ibu ayah. Jadi apa yang patut anda lakukan?
Mungkin perkongsian dari Dr Anayasmin Azmi dapat membantu anda mengatasi masalah anak yang suka memukul.
10 CARA BANTU ANAK SUKA PUKUL!
(USIA 18bln-24bln)
Soalan macam ni banyak ditanya.
“Saya nampak dia pukul lepas tu dia senyum..kadang-kadang tu dia geram je dia gigit kawan dia. “
“Sedih bila cikgu di nurseri kata anak saya ganas! Kami tak pernah pun pukul-pukul kat rumah.”
Faham dulu kenapa..
Ada beberapa sebab sebenarnya anak kita begitu:
– nak explore sensation
-nak tengok cause and effect (kalau buat ni apa jadi)
-dia dapat ‘extra attention’ bila buat begitu
-ada limitation cth ramai belum faham apa yang dia cuba katakan..
– mencari solusi melepaskan emosi
Jadi, apa nak buat?
NI 10 LANGKAH BOLEH CUBA:
Kenal pasti tanda anak akan bertindak kasar-cth bila nampak anak berlari nak capai sesuatu untuk memukul, segera pegang kedua tangannya kesisi tubuhnya.
2. Sambil tu cakap, “Kita main baik-baik.”
3. Jangan membebel!-Cukup cakap ringkas dan tegas (bukan menengking atau naik suara tapi tegas) seperti di atas.
4. Step 1-3 ulang dengan konsisten. Kalau buat 1-2x sahaja, anak tak faham ia serius untuk tidak boleh dilakukan.
5. Beri alternatif, cth nya kalau anak geram nak menumbuk, beri dia cushion untuk lepaskan rasa.
6. Sentiasa berikan rasa selamat kepada anak. Cth Persekitaran luas untuk eksplorasi.
7. Banyakkan puji perbuatan baik nya.Cth, ibu suka tengok Nina main sama-sama.
8. Tanam rasa empati, cth bila nampak kawan sedih, galakkan anak peluk dan bantu rakan tu.
9. Guna perkataan yang gambarkan perasaan nya dan ‘validate’ emosi itu. Cth: “Ibu nampak Nina sedih. Nina nangis sebab Nina sedih.” Anak belajar nangis itu normal bila sedih.
Bersabarlah, ini kunci utama. Setiap anak berbeza. Mungkin ia satu cara Allah swt nak latih kita bersabar dan menjadi matang!
Memang ada kanak-kanak yang mempunyai kefahaman yang sepatutnya dengan usia mereka tapi masih belum bercakap, tetapi ramai sebenarnya masih belum bercakap disebabkan oleh kurang kefahaman. Tapi mereka bijak dengan tingkahlaku mereka hingga membuatkan parents sangka anak-anak ini faham.
Ok, saya akan terangkan macam mana yang dikatakan kanak-kanak nampak macam faham, tapi sebenarnya tak faham.
MEMBUAT PILIHAN
Bila kita memberi pilihan pada kanak-kanak, mereka biasanya memang akan ambil tak kisah samaada mereka nak atau tak nak.. Ini membuatkan parents percaya yang anak boleh faham dan membuat pilihan. Untuk mengenalpasti samada anak betul-betul faham atau tidak, perhatikan betul-betul perkataan yg anda gunakan.. sebab biasanya kanak-kanak akan mengambil perkataan terakhir yang anda sebut. Oleh itu, cuba tukar kedudukan perkataan setiap kali memberi pilihan.. contohnya “nak lego ke puzzle?” Anak mungkin akan menjawab “puzzle” kerana ia adalah perkataan terakhir yg mereka dengar. Kemudian tanya semula “nak puzzle ke lego?” Sekiranya anak menjawab “lego”, mmg jelas lah anak tak faham soalan tersebut.. tapi hanya menyebut perkataan terakhir yang didengarnya saja..
TUMPUAN BERSAMA
Kanak-kanak mungkin menggunakan tumpuan bersama ini untuk berpura-pura menunjukkan mereka faham. Ini terjadi bila parents melihat ke arah objek dan kanak-kanak juga melihat ke arah objek yang sama. Contoh bila ibu bertanya, “mana kasut” dan tanpa disedari, ibu memang sedang melihat ke arah kasut.
Oleh itu, pastikan anda TIDAK melihat ke arah objek yang anda sebutkan.. contohnya bila anda memberi arahan “bagi mama kasut”, anda melihat ke arah kanak-kanak atau lihat ke arah objek lain.. Jika anak mengambil kasut, bermaksud mereka faham.. tapi sekiranya mereka mengambil objek lain yang anda tengok, itu menunjukkan yang mereka masih tidak faham.
MENGIKUT RUTIN
Kanak-kanak memang bagus dalam mengikut rutin.. ada kalanya kita akan nampak anak boleh mengikut apa yang cikgu di sekolah arahkan. Contohnya apabila cikgu meminta semua kanak-kanak untuk beratur, jika anak anda seorang yang ‘observer’, mereka akan melihat apa yang dilakukan oleh kanak-kanak lain dan meniru pergerakan mereka.
Di rumah, mereka akan dapat lakukan sesuatu yang rutin tanpa perlu memahami arahan dari parents.. Sebagai contoh, sudah menjadi kebiasaan yang diajar oleh parents, lepas makan kanak-kanak perlu meletakkan pinggan ke singki.. atau pun selepas membuka gula-gula, kanak-kanak perlu membuang plastik gula-gula ke dalam tong sampah. Jadi bila parents memberi arahan “buang sampah ni”, anak akan terus bawa ke tong sampah walaupun anak tidak faham arahan kerana situasi itu yang biasa terjadi.
MENGGUNAKAN OBJEK MENGIKUT KEGUNAANNYA
Contoh yang mudah untuk kita faham adalah, anda beri arahan “Baling bola” semasa sedang bermain bola dengan anak. Nampak seperti anak betul-betul faham arahan tersebut kan. Tapi jika difikir semula, memang itu fungsi bola: untuk dibaling. Jika anda beri arahan “duduk atas bola” dan anak boleh buat, boleh kita cakap yang mereka betul-betul faham, sebab sangat pelik bola digunakan untuk duduk.
GUNAKAN KEDUDUKAN DALAM ARAHAN
Biasanya parents jarang atau kurang memberi perhatian kefahaman pada kedudukan, kerana selalunya anak boleh je buat arahan yang melibatkan kedudukan. Sebagai conoth “buang sampah dalam tong sampah” dan anak memang buang dalam tong samaph.. kerana sampah memang kita akan letak di dalam tong.. tapi jika anda memberi arahan “letak sampah di luar tong sampah” mungkin akan berbeza, kerana adalah pelik dan tak biasa untuk kita letakkan sampah di luar tong sampah.
Jadi, untuk bertul-betul kenalpasti sama ada anak faham arahan yang melibatkan kedudukan (atas, bawah, luar, dalam, depan, belakang), anda boleh cuba memberi arahan yang tak masuk akal atau diluar kebiasaan, seperti “letak mainan bawah kotak” atau “letak patung bawah katil”.. Atau untuk periksa samaada anak faham dalam dan luar, anda boleh lakukan aktiviti seperti gunakan kotak atau bas yang boleh dibuka pintu / bumbung.. kemudian letakkan beberapa blocks di luar dan di dalam kotak/bas.. dan beri arahan.. “letak block dalam bas” dan “keluarkan block dari bas”.. jadi kita boleh tahu yang anak betul-betul faham atau tidak konsep tersebut.
JADI MAKSUDNYA APA?
Maksudnya, kita kadang-kadang “assume” yang anak faham, tapi sebenarnya , mereka sedang melakukan perkara yang biasa dilakukan.. dalam erti kata lain “common sense”. Tapi perlu diingat juga, kita perlu lihat umur anak dan keupayaan untuk mereka memahami arahan.. sebab setiap peringkat umur ada kebolehannya tersendiri..
Tetapi, jika anak sudah melebihi usia 18 bulan tapi masih belum juga bercakap, dan kerap kali parents mengatakan “anak saya faham semua arahan tapi tak bercakap”.. di sini lah perlunya penilaian yang lebih terperinci untuk kefahaman mereka.. Jangan takut dan risau untuk berjumpa Speech Therapist berhampiran anda untuk penilaian.. Tak rugi untuk anda tahu kan.
Anak lelaki jangan dimanjakan berlebih-lebih. Biar anak kita matang dan dewasa sebelum usianya kerana dia bakal memikul satu tanggungjawab yang besar kelak. Bukan saja pada dirinya bahkan keluarga, mak ayah, adik beradik, isteri serta anak-anaknya satu hari kelak.
Sejak kecil lagi biasakan anak lelaki kita dengan pelbagai perkara. Ini antara tujuh nasihat yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Raziq buat anak lelaki kita. Biar dia jadi lebih matang!
7 nasihat yang anak lelaki kita sangat perlukan
1. Wahai anakku. Sembahlah Allah semata. Jauhi dirimu daripada menjadikan harta, wanita dan pangkat sebagai berhala dalam hidupmu
2. Wahai anakku. Lindungilah adik beradikmu kerana kamu diberikan kekuatan jasmani melebihi adik beradik perempuanmu. Lindungilah mereka, sayangilah mereka setelah ketiadaan ibu ayahmu.
3. Wahai anakku. Hormatilah mereka yang lebih berusia daripadamu. Walau terkadang mereka menyakiti dirimu tetapi ketahuilah bahawa memuliakan orang yang lebih dewasa itu lebih utama.
4. Wahai anakku. Muliakan kawan kawanmu. Jangan pernah tindas dan buli mereka yang lebih lemah daripadamu kerana memuliakan orang itulah kekuatan dan merendahkan orang lain itulah kehinaan.
5. Wahai anakku. Berpegang teguhlah dengan Al Quran dan Sunnah kerana di zamanmu ini akan banyak berlaku kekacauan dan kerosakan akidah. Musuhmu tidak lagi menyerang fizikalmu tetapi musuhmu akan tetap menyerang fikiran dan peganganmu.
6. Wahai anakku. Jagalah matamu dan jagalah nafsumu daripada melihat yang haram kerana di zaman ini aurah dan maruah tersangatlah mudah dan murah.
7. Wahai anakku. Walau apa pun terjadi taatilah ibu dan ayahmu kecuali ibu dan ayahmu menyuruhmu berbuat yang mungkar. Walau mungkin ibu dan ayah banyak kelemahan dan kekurangan tetapi ibu dan ayahmu tetap sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik untuk dirimu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...