Jika kerap mengalami senggugut, susah mengandung atau kerap keguguran mungkin tanda penyakit endometriosis. Penyakit ini merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya.
Jika diperingkat teruk, wanita yang mengalaminya perlu dibedah buang rahim.
Untuk pengetahuan wanita, penyakit endometriosis ini disebabkan tisu-tisu darah haid, iaitu endometrium tumbuh diluar rahim. Darah haid tumpah ke belakang rahim, sering berlaku jika rahim retroverted atau pintu rahim sangat sempit. Sebab mengapa tisu-tisu endometrium tumbuh diluar rahim tidak diketahui, mungkin ada kaitan ketahanan atau imuniti yang lemah.
Awas jika anda ada tanda-tanda berikut:
Jika ada tanda atau gejala tersebut ambil langkah berikut;
– Jumpa pakar buat scan vaginal atau TVS dimana akan dapat dikesan rahim retroverted, cyst dalam ovari dan dinding otot rahim menebal dibahagian dinding belakang.
– Buat bedah laparoscopy dan minilap untuk laser endometriisis, buang cyst, repair saluran fallopian jika sumbat, betulkan rahim yang retroverted kepada anteverted.
Ada kala saya lakukan pembedahan ini pada gadis yang mengalami senggugut teruk. Bertujuan mengawal kerosakan peranakan. Endometriosis adalah penyakit yang berterusan dan merosak peranakan.
– Lepas bedah penting untuk meningkatkan imuniti untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis dan meningkatkan peluang hamil. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, ambil langkah untuk kurangkan stres dan mengurangkan pendedahan kepada toksin.
– Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, seperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain.
Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kuih-muih, ais krim, coklat dan berkaitannya. Jauhkan minuman ringan, jus dan kordial dalam botol atau kotak.
– Makan 70% bahan mentah dan segar, iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah tempatan seperti betik, nenas, jambu batu, tembikai , buah naga dan sebagainya.
Saya galakkan makan ulam-ulaman, sayur bayam, bendi, terung, kangkung, cekur manis, daun turi dan keledek merah.
– Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji epal hijau, 2 lobak merah, 2 batang celery dan 1/4 buah betik. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
– Makan 2 biji telur separuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih.
– Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohidrat. Makan buah atau segenggam campuran almond, gajus dan kacang. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.
Makan tengah hari – Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis karbohidrat.
Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kubis, lobak merah, brokoli dan cendawan. Atau buat rojak/pecal dari sayur kangkung, tauge, sengkuang, tempe, tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit, bawang putih dan merah serta serai . Gantikan nasi putih kepada brown rice.
– Suplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU. Makan juga goji beri, spirulina, rumpai laut.
Sumber: Dr Hamid Arshat