Anak yang sedang membesar memang suka meneroka. Kadang-kadang sikap anak yang sedang membesar memang menguji kesabaran ibu bapa.
Ada ibu bapa yang sangat tegas sehingga tidak memikirkan emosi anak-anak atau lebih tepat ibu bapa yang autoritarian. Cara membesarkan kanak-kanak oleh ibu bapa ini dengan mengenakan kawalan yang ketat ke atas tingkah laku anak mereka dengan membuat peraturan-peraturan dan nilai-nilai yang mesti dipatuhi dan tidak boleh dipersoalkan. Ibu bapa yang mengamalkan corak didikan ini, tidak mengamalkan sikap bertolak ansur dan mempersepsikan bahawa kanak-kanak harus menerima perintah mereka tanpa di persoalkan.
Sebenarnya cara yang terbaik untuk mendisiplinkan kanak-kanak ialah dengan menggunakan disiplin yang sederhana iaitu tidak longgar dan tidak terlalu ketat. Kenapa? Ikuti perkongsian ini.
Lebih tengking daripada puji. Lebih pukul daripada peluk. Lebih marah daripada belai. Lebih rotan daripada cium.
Bila anak dah besar hanya memandang sepi telefon yang tak berdering. Bila anak dah besar hanya merenung redup rumah yang kosong. Bila anak dah besar hanya menatap sendu meja yang sunyi.
Ads
Anak dikata sibuk bekerja. Anak dikata lupa orang tua. Anak dikata pentingkan keluarga. Sehingga abaikan ibu dan bapa.
Tapi pernah tak kita fikir memori apa yang kita tinggalkan untuk anak-anak sepanjang mereka membesar? Memori yang indah atau memori yang perit?
Anak sepahkan rumah, kita marah. Anak tumpahkan air, kita pukul. Anak pecahkan cawan, kita rotan. Anak menangis, kita herdik. Anak ajak main, kita leka. Anak ajak berbual, kita tak endah. Anak ajak pergi jalan, kita penat. Anak makan sendiri terkial-kial. Anak main sendiri termangu-mangu. Anak tidur sendiri tersedu-sedu. Anak tak pandai, kita keji. Anak pandai, kita tak puji. Anak berjaya, kita tak hargai. Anak membesar dengan memori sepi.
Antara dosa-dosa besar ialah ANAK YANG DERHAKA PADA IBU BAPA tidak boleh dijadikan status KEBAL ibu bapa untuk meletakkan semua salah atas bahu anak-anak sahaja tanpa fikir memori apa yang kita dah tinggalkan kepada mereka.
Ads
Akan terhakis perasaan sayang anak-anak kepada ibu bapa itu sedikit demi sedikit jika setiap hari dimarahi, diherdik, dipukul dan dirotan sejak dari kecil. Mereka akan bawa segala memori itu sehingga dewasa.
Bila dewasa, hanya sisa HORMAT sahaja yang akan tinggal dalam hati anak bukan curahan kasih buat ibu bapa. Anak-anak hanya menziarahi kita, salam kita, peluk kita hanya kerana HORMAT bukan kerana SAYANG kepada orang tua.
Jika memori indah, maka indahlah akhlak anak membesar. Jika memori perit, maka peritlah hakikat yang terpaksa ditelan ibu bapa apabila anak-anak dewasa kelak.
Ads
“Untuk berada dalam memori anak pada MASA DEPAN, kita perlu berada dalam hidup anak pada MASA SEKARANG”
Kekadang anak yg jadi mangsa belasahan mak dan ayah masa dia kecil lebih mengenang budi…kerana dibesarkan …walaupun tidak dibelai dan dimanja.
Cipta memori indah bersama anak sekarang, bukan tinggalkan memori perit kepada mereka pada masa akan datang….
Saidina Umar Al Khattab pernah berkata “Ibu bapa juga pernah derhaka kpd ank2 jika didikan kpd ank2 salah & tidak menepati ajaran Islam”
Sumber : Uswatun Hasanah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah keruntuhan akhlak remaja yang semakin membimbangkan membuatkan pelakon Faezah Elai terpaksa bersikap tegas dalam mendidik anak-anaknya.
Menurut Faezah, 36, dia mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak dan tidak kisah jika ada yang melabelkannya dirinya sebagai seorang ibu yang garang.
“Saya akui memang garang dengan anak-anak dan mereka pun dah faham kalau kita pandang semacam tu apa maknanya. Sekarang ni semua dah besar, tak perlu cakap banyak dah!
“Setiap ibu bapa ada cara masing-masing dalam mengajar anak dan apabila tengok keadaan remaja sekarang menyebabkan saya jadi takut.
“Biarlah orang luar nak cakap saya gila menjaga anak asalkan mereka tahu mengenai adab dan apa yang kita buat ini ada sebab,” katanya kepada mStar.
Beri perhatian dan fokus membesarkan anak
Sementara itu, pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini berkata cara didikan anak masa kini sudah berubah dan tidak sama seperti dahulu.
Justeru itu, dia perlu memberi perhatian yang lebih dan fokus dalam membesarkan anak-anak.
“Kalau ikutkan bapa-bapa kita dulu mengajar anak lagi garang, silap-silap boleh masuk penjara tau.
“Tapi sekarang dah berubah cara ajar anak pun dah berbeza dan kita tak guna rotan semata-mata tapi ada teknik supaya mereka ingat apa yang dilakukan itu salah.
“Saya kalau waktu bersama keluarga terutamanya ketika berada di luar, saya memang dah tak pegang telefon, fokus dan tengok anak-anak sepenuhnya. Tak ada masa nak leka main telefon,” katanya.
Terdahulu, Faezah berkahwin dengan pengarah Heykal Hanifah pada September 2011 dan turut menjaga anak tirinya iaitu Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.
Hasil perkahwinan dengan Heykal, Faezah dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna, 6, dan Aurora Heyrinna, 3 tahun.
Membesar dan mendidik anak-anak suatu amanah yang besar buat ibu bapa. Pastinya setiap ibu bapa ada impian untuk melihat anak berjaya suatu hari nanti. Sebagai ibu bapa yang mahukan anak yang bijak, aktif dan soleh, ada pelbagai cara psikologi boleh dilakukan bagi menjadikan anak anda seperti yang anda ingini. InsyaAllah.
Segala puji bagi Allah, Rabb sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang di rahmati Allah, selain daripada mendapatkan nasihat pakar kanak-kanak menghadapi anak yang degil, anda boleh juga amalkan doa di bawah. Doa yang lazim diamalkan oleh ibu-ibu ketika memasak di dapur…
Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) terhadap hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah As-Syuraa, Ayat: 19)
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah. Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.
Selamat mencuba. Kita berdoa dan berusaha dengan cara yang baik, insyaAllah doa kita akan dimakbulkan. Teruskan berusaha untuk membina keluarga cemerlang.
Alhamdulillah susu untuk Yusoff sentiasa ada dan tak pernah kurang, Datin Shahida memuatnaik video berkenaan tip untuk ibu-ibu yang bekerja dalam masa yang sama masih menyusukan anak.
Susu ibu susu yang terbaik sebagai pemakanan anak-anak. Patutlah Yusoff Alqardawi nampak sihat dan gebu. Shahida tak lokek berkongsi rahsia bagaimana dia menguruskan jadual untuk mengepam, pemakanan walaupun dia sibuk menguruskan syarikat Dherbs bersama suami, Dato Aliff Syukri.
Ni lah rutin saya bila di ofis pump susu 3 jam wajib ikut timing…..minum air banyak….saya buat stok susu seminggu lepas bersalin sebab saya masuk kerja awal….Alhamdulillah susu utk yusoff x pernah kurang dan sentiasa ada…makan makanan berkhasiat sbb apa yg kita makan akan sampai melalui susu.
Pump susu, buat stok ketika berada di ofis
Simpan susu dalam storage milk bag kemudian
Tulis nama, tarikh pam dan juga masa
Masukkan ke dalam milk storage bag, dan pastikan ada ice pack
Ambil makanan tambahan sebagai milk booster
Set alarm 3 jam sekali untuk pump
Setelah pulang, masukkan kedalam freezer
Netizen memuji sikap sikap Shahida yang masih menyusukan Yusoff walaupun sibuk bekerja. Mereka juga berterima kasih atas tip yang diberikan malah ada juga yang sempat bertanya bebrapa tip yang lain.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.