Jika Nak Anak Cepat Bercakap Segera Hantar Ke Tadika Atau Taska. Ibu Ayah Mesti Baca Penjelasan Pakar Pertuturan Ini

Share

Pakar Pertuturan ini menjelaskan bahawa, jika ada anak yang lambat bercakap seawal usia dua tahun, segera hantar ke taska atau tadika supaya anak cepat bercakap. Memang diakui terdapat segelintir ibu bapa melahirkan rasa kebimbangan untuk menghantar anaknya ke taska atau tadika kerana anak lambat bercakap atau pelat.

Namun, Ruby Atika, Ahli Terapis Pertuturan Bahasa yang berpengalaman luas dalam bidang linguistik, psikologi, perkembangan bahasa dan neuropsycholinguistik untuk bayi dan kanak-kanak, berkongsi pendapat bahawa anak yang lambat bercakap harus dihantar ke tadika atau taska dan apa tindakan yang harus ibu bapa. Moga ia dijadikan garis panduan berguna dalam membesarkan si manja anda.

Kalau ibubapa nak anak progress, anda kena hantar juga ke tadika.

Selalu ibubapa yang anaknya lambat bercakap, rasa ragu-ragu untuk mula hantar anak ke tadika.

Takut anaknya dibuli, takut anaknya tak tahu mengadu, takut anaknya dibuat cikgu garang,takut anaknya lapar, tak tahu minta makan dan dan 1001 takut lagilah.

Kalau ibubapa nak anak progress, anda kena hantar juga ke tadika. Apa yang progress?

– kemahiran sosial

– faham arahan rutin

– interaksi dan bercakap

– tumpuan dan tingkah laku

– urus diri (makan dan ke tandas).

Kalau anda tak mula hantar anak ke tadika, sampai bila pun anak anda statik saja. Di tadika, dia kena ikut aturan di tadika. Dia kena ikut arahan cikgu. Dia tengok rakan-rakan lain buat apa.

Ramai ibubapa takut sangat kalau anaknya dibuli. Padahal dia tak tau, anaknya itulah yang paling terer di situ. Kalau rebut barang, dia mesti dapat juga walau apa cara sekali pun.

Survey ada pengalaman guru berdepan dengan murid yang lambat bercakap.

TIP SURVEY TADIKA / TASKA

Untuk mengelak dari risiko-risiko yang tidak diingini, ibubapa mestilah survey tempat dulu. Ambil tahu tentang:
– kuota guru : murid

– pendekatan bermain vs akademik

– pengalaman guru berdepan dengan murid yang lambat bercakap.

Anda juga boleh berbincang dengan pengusaha jika mereka sudi untuk membenarkan tempoh percubaan untuk anak anda selama seminggu dua. Tengok dan cuba dulu macam mana. Hulurkan bayaran daftar kepada pengusaha. Tidaklah nanti mereka ada rasa berat hati pula untuk mendidik anak anda akibat tidak membayar daftar.

Seperti yang selalu saya terangkan bahawa, kita boleh tahu anak itu lewat bercakap seawal 2 tahun. Jika dah 2 tahun, masih tak bercakap, maka dia dikira lewat berbanding rakan sebaya.

Maka, jika anda dapat mengesan anak anda lewat bercakap pada usia 2 tahun, terus hantar dia ke taska / nursery. Biar dia bergaul dengan ramai budak di sana.

Di rumah pengasuh / tok wan / opah, dia hanya tengok tv saja kerjanya. Maka, hantar dia ke taska. Dia dapat peluang berkawan dan bermain di sana.

Tak perlu tunggu 4,5 tahun baru nak hantar. Walaupun anda suri rumah. Melainkan jika anda jadi pengasuh dan jaga budak-budak lain di rumah anda. Maka anda boleh kawal penggunaan tv serta mewujudkan suasana interaksi di dalam rumah anda.

Sumber: rubyatika.wordpress.com 

 

Published by
Nor Yusoff