Jika Nak Anak Pandai Kena Didik Anak Menjadi Seorang Yakin Diri. Bukannya Cepat Mengalah Dan Tidak Berani Mencuba!

Share

Mempunyai sikap yakin diri amat penting untuk mendidik seseorang kanak-kanak itu menjadi seorang yang cemerlang dan mempunyai kecerdasan otak yang baik. Pastinya setiap ibu bapa inginkan anak yang mempunyai keyakinan diri tinggi.

Jangan sekali-kali memandang rendah kepentingan membina yakin diri ini.  Ia dikatakan mampu mempengaruhi kecerdasan anak.

Contohnya, kecekapan membaca, daya kreatif, kesungguhan, kebijaksanaan, keyakinan dan pelbagai lagi. Oleh itu, langkah yang bijak adalah mengambil langkah membina perasaan yakin diri yang tinggi di dalam anak-anak sejak mereka kecil lagi.

Persoalannya bagaimanakah kita boleh mengenali seseorang anak itu mempunyai yakin diri yang tinggi atau tidak? Terdapat beberapa karektor yang ditunjukkan oleh anak yang mempunyai hormat diri yang tinggi dan sebaliknya.

Didik anak supaya tidak mudah putus asa

Yakin diri

*Berasa bangga dengan kejayaan yang dicapai, “Lihat ibu, cantikkan lukisan

yang saya lukis ini.”

*Berdikari, “Adik nak pakai baju sendiri.”

*Mengambil tanggung-jawab, “Biar adik tolong siramkan bunga”.

*Tidak mudah putus asa, “Oh, susahnya nak belajar hafal sifir, tak mengapa, adik   tahu adik boleh buat.”

*Menghadapi cabaran baru dengan penuh semangat, “Seronoknya esok cikgu akan mengajar kita pelajaran baru.

*Berkeyakinan untuk mempengaruhi orang lain, “Mari saya tunjuk bagaimana nak main permainan baru ni.”

*Boleh menunjukkan emosi yang berbagai-bagai, “Adik seronok bila ayah balik”; dan “Adik sedih melihat kucing itu sakit.”

Anak yang kurang yakin akan mudah terasa tersinggung

Tidak yakin diri:

*Mengelak keadaan yang mencabar, “Adik tak nak ke tadika hari ini, ada ujian susah”

*Tidak menghargai bakatnya,“Lukisan adik semuanya buruk”

*Merasakan orang lain tidak menghargainya, “Semua orang tidak mahu berkawan

dengan adik”.

*Mudah dihasut dan dipengaruhi,“Adik tahu perbuatan itu salah tapi mereka mempengaruhi adik”.

*Mudah rasa tersinggung.

*Mudah mengalah, “Ah, susahnya nak buat benda ni, tak payah buat sajalah”.

*Susah menunjukkan emosi.

Oleh itu, didik anak menjadi seorang anak yang yakin diri. Jika anda kenal pasti bahawa anak mempunyai sikap rendah diri dan tidak yakin pada kemampuan diri, segera ubah sikapnya supaya anak menjadi seorang yang cemerlang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Nor Yusoff