Mama ayah yang baru dapat bayi tu mesti excited kan? Mesti dah rancang macam-macam untuk main dengan bayi. Tapi macam mana nak main dengan bayi? Asyik tidur je bayi tu kan?

Menurut Terapis Cara Kerja, Aisyah Rozalli, tummy time tu kalau kita terjemahkan sebiji-sebiji nama dia Masa Perut. Maksudnya, anak berada di atas perutnya. Orang kampung saya panggil MENIARAP.

Laaah.. Apasal tak sebut meniarap je dari tadi kan senang? Sebab….. Tummy Time bunyinya macam lagi kebabom

Jika Papa Suka Melayan Dan Buat Tummy Time Dengan Bayi, Confirm Lepas Ni Makin Rapat

Ni saya ada kongsikan sikit kebaikan Tummy Time untuk Mama Ayah baca:

  1. RANSANG KOMUNIKASI

Sambil meniarap sambil cakap dengan baby, sambil tepuk-tepuk. Kita bagi stimulasi untuk tingkatkan ‘auditory attention’ baby.

Ads

Kalau nak seronok lagi, meniarapkan baby atas perut Mama Ayah. Bagi baby nampak muka kita lagi rapat. Haaa… baru betul Tummy Time di atas Tummy Daddy.

  1. KUATKAN OTOT LEHER, DADA, BAHU & LENGAN

Ini semua otot-otot utama yang akan bantu baby anda belajar menghisap susu dengan lebih efisien, angkat kepala ke kiri kanan, belajar merayap dan merangkak dengan lebih mudah.

Otot-otot yang kuat ini pun penting untuk keselamatan bayi. Kot lah baby anda tertidur meniarap atau mengiring, dia cukup kuat untuk pusingkan kepalanya dan selamatkan hidungnya dari tersembam dan lemas (semoga Allah jauhkan).

  1. STIMULASI SENSORI DARI SEKITAR

Masa meniarap, bayi dapat tengok persekitarannya. Tidaklah tengok siling dan lubang hidung Mama je bila asyik terlentang kan (alaa… gurau pun tak boleh).

Ads

Bila bayi dapat tengok persekitaran, bayi akan terstimulasi dengan cahaya, objek dan pelbagai lagi input dari sekitarnya.

  1. ELAK ‘FLAT HEAD’

‘Flat Head’ atau kepala rata ni bukan untuk nampak kepala bayi tu cantik bulat je tau. Bila bayi tak kuat otot lehernya, bayi akan ada risiko baring di sebelah bahagian je. Maka, sebelah bahagian tu akan ‘flat’. Namanya plagiocephaly. Boleh Google ye.

Jika Papa Suka Melayan Dan Buat Tummy Time Dengan Bayi, Confirm Lepas Ni Makin Rapat

  1. KURANGKAN KEMBUNG PERUT

Cuba try test bagi bayi meniarap setiap kali lepas menyusu. “Burrrppp!” punya kuat bayi tu nanti. Maka, kuranglah risiko bayi kembung perut dan kuranglah potensi bayi meragam. Kata orang kampung saya, “Happy Baby, Happy Mama, Happy Daddy”. Gitteeww.

Ads

Jadi, bila boleh mula Tummy Time?

Eh. Baby baru sehari pun dah boleh Tummy Time tau. Tapi, kejap je la. Dalam seminit dua lepas siap menyusu tu.

Ni ada sikit tips untuk Mama Ayah berikan Tummy Time” kepada bayi:

  1. Boleh diberikan pada bayi seawal usia 1 hari.
  2. Mulakan dengan meletakkan bayi pada riba ibu atau dia atas bantal dan mengusap bahagian belakang bayi. Ini akan membantu bayi berasa selesa dengan posisi meniarap (pastikan posisi bahagian kepala bayi lebih tinggi dari punggung pada permulaan ini).
  3. Apabila bayi kelihatan lebih “alert” semasa meniarap di riba atau bantal, meniarapkan bayi di atas lantai atau tilam yang sedikit keras (tidak terlalu terbenam. Jika mahu letak bayi di atas comforter, pastikan tidak tebal kerana ia boleh menyebabkan bayi lemas jika bayi menyembamkan muka ke bawah).
  4. Mulakan tummy time selama 3-5 minit dahulu dan tambahkan masa bila bayi semakin selesa dan semakin lama mengangkat kepala dalam posisi meniarap.
  5. Letak cermin kecil di hadapan bayi semasa bayi meniarap supaya bayi terstimulasi untuk melihat refleksinya pada cermin.
  6. Meniarap bersama bayi dan berborak dengannya (bayi bawah usia 1 bulan hanya mempunyai jarak penglihatan sejauh lebih kurang 13-15 cm. Jadi, anda perlu berada rapat agar bayi anda dapat melihat anda).
  7. Gunakan permainan berbunyi-bunyi untuk meransang bayi anda melihat ke arah bunyi tersebut.
  8. Pastikan anda ada bersama sepanjang aktiviti tummy time untuk bayi kecil. Elakkan dari membiarkan bayi tidur tanpa pengawasan semasa meniarap.
  9. Apabila bayi sudah pandai terlentangkan badannya dari posisi meniarap, itu menunjukkan bayi anda punya kekuatan atas tubuh yang lebih baik. Ia adalah 1 pencapaian!

SELAMAT MENCUBA MAMA AYAH YANG HEBAT SEMUA!!!

Sumber: Aisyah Rozalli (Terapis Cara Kerja)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI