Setiap kali menjelang Ramadan pasti ada saja golongan ibu hamil yang bimbang dengan keadaan dirinya dan juga bayi dalam kandungan.
Ini kerana hampir kebanyakan daripada ibu hamil ni sedaya upaya mahu berpuasa namun terdapat beberapa kekangan dan kebimbangan yang sentiasa difikirkan.
Antara yang selalu difikirkan adalah sejauh mana tahap kekuatan diri sehingga sampai waktu berbuka dan bagaimana keadaan bayi dalam kandungan.
ARTIKEL MENARIK [Contoh Pengiraan Kalori Untuk Ibu Hamil Berpuasa. Penting Cukup Semua Nutrisi!]
Bagi menjawab persoalan ini, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita Dan Kehamilan (O&G) Dr Muhammad Izzat ada memberi penjelasan ini buat ibu yang masih tertanya-tanya mengenai risiko berpuasa kepada bayi dalam kandungan.
Ibu mengandung yang TAK DINASIHATKAN untuk berpuasa:
🖐Jika masih berada pada trimester pertama kehamilan (3 bulan pertama)
🖐Bila mana ibu ada risiko untuk mendapat darah beku di kaki ( venous thrombosis ) – moderate or high risk group
🖐Ibu yang tak sihat – demam, muntah-muntah, cirit birit
🖐Ibu yang mempunyai high risk pregnancy seperti pre eclampsia, penyakit autoimmune, atau penyakit jantung.
🖐Ibu ada kencing manis ketika hamil – kencing manis jenis 1 dan 2 atau GDM yang memerlukan metformin/insulin. GDM dengan kawalan permakanan perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
🖐Kehamilan di mana baby tak membesar ( IUGR )
🖐Ibu yang menyusukan badan dan bimbang pasal kesihatan dirinya
🖐Ibu yang tak menyusukan anak tapi masih berada dalam tempoh pantang selepas bersalin. Walaupun kadang2 darah nifas dah kering 2 minggu lepas bersalin, tapi tahap kepekatan darah masih lagi tinggi selepas bersalin sehingga 6 minggu berpantang. Jadi risiko untuk thrombosis tu masih lagi tinggi
LAGI ARTIKEL MENARIK [Jangan Culas Tanda Pergerakan Bayi. Mesti Buat! Tak Sedap Hati Cepat Ke Hospital]
🖐Ibu yang berada di negara yang waktu siangnya lebih panjang atau lebih lama
Ingat, kena tanya doktor dulu boleh berpuasa ke tak. Jangan pandai-pandai
Segala keberkatan tak bermakna, jika kehamilan kita tak sihat. Jadikan Ramadan kali ini, Ramadan yang paling bermakna.
Sumber: Dr Muhammad Izzat