Kehamilan

Jika Suami Tidak Berlaku Baik Pada Isteri Ketika Hamil, Punca Utama Anak Baru Lahir Kuat Meragam

Share

Emosi ibu hamil sangat rapuh dan boleh berubah-ubah dalam jangka masa yang pendek. Ibu hamil cepat tersentuh, cepat sedih kerana perubahan hormon dalam dirinya. Disinilah peranan suami sangat penting untuk menjaga emosi isteri ketika hamil.

Ibu hamil akan cepat berasa penat, fizikalnya yang berubah menyebabkan keletihan dan memberi kesan kepada emosi. Suami yang prihatin akan membantu isteri yang sedang hamil untuk meringankan bebanya, sentiasalah belai isteri anda kerana perlakuan positif tersebut boleh dirasai oleh bayi dalam kandungan.

KESAN SUAMI BERLAKU BAIK PADA ISTERI KETIKA HAMIL

Semasa isteri hamil jagalah perasaannya. Isteri yang hamil dan merasai sangat dikasihi suaminya akan tenteram perasaannya.

Ini akan memberi kesan baik kepada janin yang di dalam kandungannya.

Isteri yang dicalarkan emosinya semasa hamil terutamanya, akan membawa perasaan itu dan memindahkan tenaga negatif itu ke bayi di dalam kandungannya.

Inilah antara punca utama kenapa bayi itu bila lahir mudah menangis dan meragam.

Bila sudah besar sedikit suka merajuk atau mengamuk.

Itu sebab di dalam Islam, kita disuruh menjaga perasaan ibu-ibu yang mengandung.

Bukankah indahnya Islam itu.

Sumber: Salam kasih, Ibu Rose

Published by
NuFa