Masa kini, banyak kelahiran dilalui secara pembedahan caesarean disebabkan komplikasi-komplikasi tertentu. Walau apa pun cara kelahiran bayi, semuanya ada risiko tersendiri.
Jika terlalu kerap melahirkan anak secara caesarean, maka makin tinggi risikonya. Disebabkan itulah sering kedengaran orang berkata had untuk kelahiran caesarean cuma empat sahaja. Persoalan tentang berapa kali ibu hamil boleh melahirkan anak secara pembedahan tiada jawapan yang jelas.
Menurut kenyataan Dr. Marra Francis, satu atau dua kali kelahiran caesarean tidak mempunyai sebarang risiko nyata kepada ibu atau bayi. Namun, apabila ia melibatkan kelahiran caesarean untuk kali ketiga dan berikutnya, akan ada risiko komplikasi yang nyata.”
Mari kita fahami risiko-risiko yang mungkin boleh timbul daripada kelahiran secara pembedahan caesarean yang kerap.
Ads
Parut di tisu organ dan rahim
Setiap kali melahirkan anak secara pembedahan caesarean yang mana ia melibatkan bahagian perut, maka anda akan mendapat parut di bahagian berkenaan. Apabila kerap bersalin secara caesarean, maka makin banyak parut di bahagian itu yang akhirnya akan menyebabkan pembedahan caesarean di masa akan datang menjadi lebih payah dikendalikan.
Masalah berkaitan uri
Kekerapan pembedahan caesarean boleh mengakibatkan gangguan kepada uri. Oleh sebab itulah, doktor sering risau tentang masalah uri seperti uri melekat dan uri lekang.
Ads
Kecederaan pundi kencing atau usus
Komplikasi sebegini jarang kedengaran, namun risikonya tetap ada kepada mana-mana ibu hamil yang kerap melahirkan anak secara caesarean.
Pendarahan banyak
Pendarahan yang banyak boleh berlaku apabila anda menjalani pembedahan caesarean, sama seperti risiko-risiko lain dan akan meningkat bila semakin kerap anda bersalin secara pembedahan. Kekerapan bersalin secara pembedahan menyebabkan anda berisiko mengalami pendarahan banyak dan meningkatkan risiko histerektomi (satu prosedur pembedahan untuk membuang rahim sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya).
Ads
Apa-apa pun, sebagai manusia anda tidak dapat menjangka proses kelahiran bayi. Mungkin anda seboleh mungkin mahu melahirkan bayi secara normal, namun jika keadaan memaksa, anda perlu reda. Apa yang penting, anda tahu dah fahami risiko-risiko yang bakal berlaku.
Sehubungan itu, anda perlu mematuhi nasihat doktor untuk menjarakkan kehamilan seterusnya. Dibimbangi jika anda terpaksa melahirkan anak berikutnya melalui pembedahan caesarean juga. Di sinilah akan berlaku konflik kerana ada peningkatan risiko kepada anda dan bayi di dalam kandungan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi popular Indonesia, Lesti Kejora yang selamat melahirkan anak keduanya pada 25 Januari lalu berkongsi nama anak keduanya.
Menerusi Instagramnya, Lesti dan suaminya, Rizky Billar memuat naik sekeping gambar si comel kesayangan yang sudah pun diberikan nama yang cukup indah iaitu, Leshia Tivana Billar.
“Halo Uncle/onty perkenalkan nama aku “Leshia Tivana Billar”,” kongsinya.
Malah kata Billar sendiri, nama indah itu dipilih bersempena nama ibunya, Lesti.
“Btw nama aku diambil dari Nama Bunda Lesti, Les-nya Leshia dan Ti-nya Tivana.
“Om sama uncle boleh panggil aku Leshia aja atau Adik Leshia juga boleh hehe,” ujarnya menerusi kapsyen.
Tidak hanya berkongsi nama bahkan Billar turut memuat naik sekeping gambar Leshia yang memiliki raut wajah yang cukup comel sekali.
Wajahnya putih mulus dan gebu malah memiliki mata yang bundar yang cukup comel.
Meninjau diruangan komen rata-rata bayi kesayangan Lesti dan Billar itu dipuji kerana memiliki raut wajah yang cukup comel.
Lesti dan Billar juga turut sama mengadakan majlis aqiqah buat bayi kedua mereka itu. Pasangan ini tampil sedondon cantik dengan busana berwarna putih bersih.
“InsyaAllah sihat selalu dan menjadi anak yang solehah ya nak,” tulisnya.
Untuk rekod, Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Pemakanan anak boleh jadi punca kepada permasalahan kesihatan anak. Sebab itu bila anak sakit, ibu bapa kena periksa jenis makanan apa yang selalu anak makan.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan, bila anak sakit, terutama yang berkaitan dengan saluran pernafasan, ini sepatutnya ibu bapa kena perhatikan.
Biasanya bila anak sakit, saya akan cuba elak sebolehnya makanan yang akan perbanyakkan kahak.
Bila anak batuk atau selsema, saya suka buat sup atau singgang, yang mana kuantiti bawang putih dan halia saya lebihkan dari biasa.
Jika ada ibu ayah yang bawa anak mereka ke klinik, juga saya akan berikan maklumat makanan apa yang perlu dihentikan sementara dan makanan apa yang perlu diperbanyakkan untuk proses penyembuhan dengan lebih cepat.
Ada juga yang datang ke klinik, hanya dengan sebab berkahak tapi tiada batuk mahupun selsema. Bila diambil sejarah pemakanan secara ringkas, mereka memang ambil makanan penggalak kahak secara harian.
Tidak lupa juga untuk saya ingatkan ibu ayah yang ada anak yang diuji dengan asma, elakkan terus makanan penggalak kahak jika mampu. InsyaAllah asma akan jarang-jarang sekali nak dekat dengan anak.
Makanan, tidak dipanggil ubat. Tapi, ia boleh bantu proses penyembuhan jika diambil dengan cara dan kaedah yang betul.
Follow saya di FB dan telegram t.me/sembangsihat untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penjagaan luka selepas pembedahan ataupun Caesar perlu dititik beratkan dan memerlukan penjagaan yang rapi. Luka pembedahan jika tidak dijaga dengan baik boleh menyebabkan jangkitan kuman ditempat jahitan.
Puan Atikah Mat antara salah seorang ibu yang melahirkan anak secara Ceasar/pembedahan. Beliau telah berkongsi bagaimana cara untuk memastikan tempat luka jahitan dibersihkan dengan betul dan mendapat penjagaan yang baik. Ikuti perkongsian ini.
Tips Jaga Luka Caeser/pembedahan
Memandangkan banyaknya luahan mommy yang jalani pembedahan/caeser untuk kelahiran anak ada yang luka merah, berair, bernanah, terbuka balik. Ika nak share pengalaman dan tips yang cepat sembuhkan luka pembedahan.
Actually Ika pun tak pernah terbayang dalam fikiran yang Ika kena lahirkan anak secara pembedahan. Apapun Ika anggap itu pun satu rezeki.
Dalam seminggu duduk wad tu sempatlah belek-belek buku dan bacalah juga komplikasi yang kebanyakan ibu-ibu hamil bila bersalin termasuk tengok jugak gambar mommy kena ceaser.
Seriauu nengoknya tak sangka seminggu lepas tu, betul-betul kena toreh.
So mommy yang dah lalui siri pembedahan beberapa kali pun, tetap juga kena berjaga-jaga dan sentiasa ambil tahu apa yang bakal ketika alami selepas pembedahan, sebab pengalaman setiap kali bersalin tentu berbeza walaupun dengan cara sama.
Ini antara tips yang Ika amalkan untuk hadapi sebelum dan selepas pembedahan bersalin:-
1. Antara yang Ika teliti, sebelum turun ke hospital untuk ke labor room dan seterusnya masuk ke emergency operate room, Ika makan secukupnya.
Sebab balik je dari Hospital KL sampai rumah mak ayah tengah malam, pagi esok tu kena segera ke HUSM. So, mak sediakan nasi lauk hati lembu goreng, 2 biji telur masak separuh, 7 biji kurma, air zam-zam.
Mak cakap kena standbylah kot kena paksa beranak ke hape, at least ada tenaga nak lalui proses bersalin.
Alhamdulillah, nasib baik ada selera, semua licin ku telan. Maknanya nak beranak ni, mommy kena cukup nutrisi untuk bagi tenaga kat badan. Sebab bila sedar dari pembedahan memang tak boleh makan terus, meloya akibat kesan bius.
2. Biasa hari kedua atau ketiga selepas tiub air kencing dibuang, nak tak nak kena bangunlah. Takkan nak kencing atas katil weii. So masa ni kena belajar struggle lawan rasa sakit.
Cuba naikkan sikit tempat baring, dan tongkatkan lengan dan siku untuk turunkan kaki ke bawah, pijak lantai. Masa ni iols menangis tak berlagu, nak turun duduk atas wheelchair je pun, rasa macam kena jalan 500meter kekdahnya.
So kalau dah berjaya bangun kali pertama tu kira syabaslah, insyaallah kali kedua dan ketiga lebih mudah. Yang penting KENA RAJIN BERGERAK selepas hari ketiga dan seterusnya selepas pembedahan.
3. LAP KERING ATAU ANGINKAN TEMPAT LUKA. Biasa mak-mak caeser takut nak mandi, takut kena luka. Ika balun je mandi sebab dah tanya doktor boleh mandi tak. Doktor cakap boleh, sebab dia dah sembur dengan something yang waterproof kat luka. So kena air pun takde masalah.
Kena lap biar betul-betul kering dan bila berpeluh ke apa cepat-cepat keringkan balik. Atau biarkan kawasan luka tu dibiar terbuka kena angin. Aishh kalau kat rumah, bilik sendiri bolehlah buat cemni, kalau duduk kat rumah ruang terbuka, rumah mak mertua jangan dibuat, heheh.
4. ELAK BATUK, KETAWA BERLEBIHAN. BERSIN KENA/WAJIB PEGANG TEMPAT LUKA. Ni doktor sendiri pesan, mulanya bunyi cam kelakar, tapi bila kau balik dan kakak kau buat lawak dan kau nak tergelak, haa macam nak terburai isi perut.
Oo, patutlah doktor pesan macam tu. Bersin pun kena sopan santun, kalau tak mahunya terbukak balik tempat jahit, huuu. Seramm.
5. Balik rumah, nak mandi, membuang, menyusu anak satu kesukaran yang lain plak tambah plak kalau mommy sembelit. Alhamdulillah, doktor dah pesan awal-awal kena KERAP MINUM AIR.
Sebab apa? Sebab badan kita memang perlukan air yang cukup untuk lancarkan prngaliran darah, dan cegah sembelit.
6. Masa ni Ika tak tahu sangat kebaikan dan manfaat penuh minyak ikan. Yang Ika tahu minyak ikan ni sangat baik untuk bayi pramatang, untuk naikkan berat badannya.
So lepas kelahiran anak, balik rumah tu memang Ika AMALKAN PENGAMBILAN MINYAK IKAN. Tak sangka rupanya minyak ikan ni memang baik untuk luka, sebab ianya bersifat anti-radang dan dapat cegah pembentukan darah beku.
7. Doktor pesan kat Ika ambil vitamin C dan makan oren sunkist atau buah-buahan yang bersumberkan vitamin C. Masa tu sebab tak kenal Shaklee lagi Ika just beli kat farmasi je sama dengan minyak ikan. Seingatnya brand 21-st Century yang 1000mg tu Ika telan, 2 bijik plak tu ku telan setiap hari. Masyaallah, nasib takde apa-apa jadik overdose ke hape, sebab situ tulis ambil 1-2 dose. Maka kutelan dua terus.
Alhamdulillah memang betullah vitamin C bantu luka luar dalam dengan sekata dan cepat. Within two weeks Ika dah boleh jalan macam biasa sebab hari-hari bergerak berjalan ke NICU. Dalam tak sedar pergerakan yang kerap tu bantu sangat luka cepat sembuh. ELAK AMBIL PATI GAMAT/HARUAN dalam tempoh dua ke tiga bulan pembedahan.
8. MAKAN MENU LENGKAP. Serius, masa Ika berpantang ceaser ni, heaven sangat aihh bab makan, takde pantang-pantang.
Hari kedua balik rumah mak hidang makan daging ayam ikan apa semua, cuma ikan tu mak pilihlah elak yang buat gatal kat luka. So bila sumber protein cukup, sumber sayur pun mak sediakan, Ika memang bertenaga masa berpantang bedah.
Sembelit tu jarang-jarang adalah sekali dua jadi. Lagi heaven tak berbengkung, tak berurut, tungku pun ikut sedap je time rajin ku buat. Tapi mendapatlah lepas tu, ekekek.
9. Redha dan bersyukur. Kadang apa yang kita lalui kita kesal dan asyiklah dok persoal diri kenapa kena bersalin ikut tingkap. Korang takyahlah sesakkan fikiran uols dengan benda berfaedah ni.
Redha dan bersyukur kita selamat melahirkan anak, ibu selamat anak selamat. So fokus kita untuk diri sendiri dan anak je. Jangan sibukkan kepala dengan makcik bawang. Kang tak pasal kita termenung tak habis-habis. Insyaallah bila fikiran dan diri kita gembira, kita hargai diri sendiri.
Enjoy moment pantang ye mommy. So itu jelah pengalaman dan tips caeser dari Ika. Lain orang lain pengalamannya. Maybe ada yang lebih kurang sama atau berbeza, it’s ok, ambil yang bermanfaat saja untuk ikutan.
So, good luck for mommy yang bakal berjuang dilabour room ok. Moga Allah permudahkan semua urusan mommy
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.