Ibu yang ada bayi tentu suka kalau boleh jimat masa masak bubur anak. Selain memudahkan tugas ia juga membantu ibu untuk merancang menu anak supaya si kecil sentiasa makan makanan berkhasiat air tangan ibu.
Penyediaan bubur bayi kalau dilakukan setiap hari memang boleh memakan masa yang lama. Apatah lagi kalau ibu bekerja dan mengejar masa setiap pagi. Sebenarnya ada cara mudah untuk ibu tetap boleh masak bubur setiap hari iaitu dengan cara membuat stok serbuk beras.
Jom belajar step by step cara penyediaan beras perang supaya boleh jimatkan masa penyediaan bubur baby yang dikongsi oleh Puan Nowra Alias ini.
Tetiba buat beras sangai nie sebab Rayyan dah tak perlu dikisar lagi sayur dan lauk pauknya cuma beras je yang masih perlu dikisar. So lepas nie jimat masa tak payah nak kisar pagi-pagi dah.
Ads
1. Rendamkan beras perang dengan hirisan lemon. Saya start rendam masa nak pergi kerja awal pagi dalam 6.30 pagi sehingga 11.00 malam. Tutupkan bekas tu agar tak ada serangga masuk dalam air rendaman beras.
2. Bilaskan beras sehingga bersih dan tapiskan seperti dalam gambar. Saya tapis semalam sehingga 12:00 tgh hari.
Ads
3. Saya sangai menggunakan oven. Suhu 140 selama 60 minit. Saya kacau2kan beras setiap 15 minit. Kalau beras sikit je, kurangkan masa tu ye. Boleh juga sangai menggunakan kuali yang panas tanpa letak sebarang minyak.
4. Kisarkan guna blender kering. Saya tak tapis sebab Rayyan dah boleh makan makanan tekstur kasar sedikit. Kalau baby umur 7-9 bulan seeloknya ditapis blend ulang-ulang sehingga dapat tekstur halus.
Ads
5. Itu hasil selepas dikisar.
6. Simpan dalam tupperware kedap angin agar tidak berkulat.
Sosej sememangnya tidak digalakkan untuk anak makan kerana dikhuatiri kandungan bahannya yang tidak sihat untuk anak-anak kita. Bimbang bahan yang tidak diketahui, apa kata kita hasilkan sendiri sosej kegemaran anak-anak di rumah. Lagi selamat.
Hanya gabungkan sahaja bahan segar dan kukus sebelum digoreng. Nak dapatkan bentuk cantik, gunakan plastik aiskrim seperti yang dikongsikan oleh Pn Noor Saficka ini. Jom cuba!
Anak-anak asyik nak beli sosej je. Hari ni ibu cabar diri buat sosej sendiri. Alhamdulillah anak-anak suka, sosej original dengan sosej cendawan.
Resepi sosej:
2 kg isi ayam
1 labu bwg putih
4 biji telur
6 sb tpg ubi
Cukup rasa secukup rasa
Mix herbs
Cendawan shitake kering rendam (blnder kering).
Blendkan isi ayam dengan telur dan bawang putih.
Kemudian gaul dengan bahan yang lain.
Untuk yang sosej biasa tak payah letak cendawan. Nak letak sayur lain pun boleh, saya tak letak sebab anak tak makan sayur.
Nak pedas boleh tambah cili masa blender ayam tadi ye.
Lepas tu masuk dalam piping bag, pipe kan dalam plastik aiskrim.
Pastu boleh rebus bagi air mendidih dulu baru masuk kan sosej.
Dah masak angkat rendam dalam air sejuk kejab pastu boleh keluarkan daru plastik.
Nak makan boleh la goreng.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan memang ramai yang rajin ke dapur termasuklah pengacara dan personaliti televisyen Malaysia yang cukup popular, Fedtri Yahya.
Terkenal bukan sahaja kerana kepetahannya mengacarakan setiap program yang ditugaskan, malah dia juga sangat dikenali dengan pengusaan bahasa puitis yang cukup indah.
Mengintai ke akaun Facebook milik ayah kepada empat cahaya mata ini, sepanjang musim PKP dilaksanakan Fedtri rajin masuk ke dapur dan mencuba pelbagai jenis resipi untuk dikongsikan kepada warga net.
Apa yang dikongsikan kebanyakkannya cukup ringkas dan sedap untuk dinikmati bersama keluarga. Baru-baru ini sambil menjaga anak dengan berlatar belakangkan suaranya yang cukup petah menyusun ayat, Fedtri berkongsi resipi rempeyek yang rangup buat kudapan waktu petang bersama keluarga.
Fedtri dengan suara lunaknya cuba membuat rempeyek. Menurutnya resipi ringkas ini sesuai untuk dijadikan hidangan ketika Ramadan nanti untuk diberikan kepada jiran-jiran dan sahabat handai.
Resipi Rempeyek Campak-campak Fedtri Yahya
Bahan-bahan:
Tepung Beras
Serbuk Jintan Putih
Serbuk Jintan Manis
Ikan Bilik – ditumbuk
Bawang Putih – ditumbuk
Telur
Sedikit Air
Serbuk Kunyit
Serbuk Cili
Kacang Tanah (Untuk ditabur kemudian)
Cara penyediaan:
Gabungkan semua tepung gandum, serbuk jintan putih, jintan manis, bilis dan bawang putih yang ditumbuk bersama telur.
Tambah Air dan gaul sekata
Tambah sedikit serbuk kunyit dan serbuk cili
Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Celupkan sudip atau senduk yang digunakan sebagai acuan dalam minyak
Tuang adunan pada senduk tadi dan taburkan kacang tanah.
Goreng sehingga agak kekuningan. Angkat dan toskan.
Siap!
Sempat Fedtri berseloroh rempeyek yang dibuat ini hanya eksperimen pertama dan sesuai untuk makan sendiri dan bukan untuk dijual.
Jadi untuk siapa yang nak cuba dan teringin nak makan rempeyek boleh tengok video yang dikongsikan. Para suami pun boleh cuba buat macam Fedtri Yahya. Terbaiklah!
Sumber: Feidtri Yahya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecerdasan otak si manja bergantung sepenuhnya kepada rangsangan sepanjang tempoh pertumbuhannya sejak usia bayi. Daripada pelbagai jenis rangsangan yang perlu diberi, salah satunya melibatkan pemakanan.
Makanan berkhasiat berupaya membantu meningkatkan tumpuan, menguatkan daya ingatan dan merangsang pertumbuhan sel-sel otak dan pada masa yang menyumbang kepada kesihatan tubuh secara menyeluruh. Mari kita kenali makanan yang dapat membantu kepintaran anak anda.
1. Bijirin penuh (wholemeal)
Roti merupakan salah satu makanan bijirin penuh yang boleh diambil. Disarankan mengambil bijirin untuk sarapan kerana masa yang panjang untuk menunggu waktu rehat tengah hari boleh melesukan otak yang dipaksa ‘bekerja’ pada waktu pagi.
Tabiat bersarapan pagi juga sangat baik untuk otak kerana dapat mengelakkan masalah lupa dan nyanyuk. Antara bijirin yang menjadi sunah Rasulullah SAW adalah barli dan gandum yang dibuat menjadi roti.
2. Omega 3, Omega 6, DHA & EPA
Kebanyakan sumber omega 3 datangnya daripada ikan. Ikan seperti tuna, salmon dan sardin mengandungi kandungan minyak ikan yang tinggi turut mengandungi Omega 6.
Masyarakat Jepun gemar menikmati menu ikan mentah, didapati mempunyai pencapaian akademik yang tinggi.
Selain daripada ikan, khasiat ini turut boleh didapati daripada minyak soya, biji labu dan minyak kacang walnut. Sementara itu, kekurangan DHA dan EPA meningkatkan risiko Alzheimer dan menjejaskan kapasiti memori. Keduanya boleh didapati dalam minyak ikan.
3. Telur
Telur mengandungi asid amino yang baik untuk otak selain menjadi sumber protein yang baik. Kuning telur kaya dengan acetylcholine yang mengurus daya ingatan. Khasiat daripada telur turut meningkatkan daya belajar dan menghilangkan kekaburan fikiran selain menjaga kesihatan neuron otak.
4. Kekacang
Antara kekacang yang menjadi pilihan utama sebagai makanan tambahan otak adalah badam. Bangsa Yahudi mengamalkannya untuk mendapatkan anaknya cerdas dan pintar. Disarankan untuk mengamalkan badam bersama kurma, kismis dan habatus sauda’ sebelum tidur selama 44 hari.
Kajian yang didedahkan pada tahun 2010 di International Conference on Alzheimer Diseases menunjukkan, kacang walnut yang menyerupai bentuk otak terbukti meningkatkan kemampuan belajar, menguatkan memori dan membaiki koordinasi motor pada manusia. Jenis kekacang lain yang boleh diambil adalah seperti kacang tanah, kacang hazel, kacang gajus dan biji-bijan.
5. Sayur-sayuran
David Perlmutter di dalam bukunya, The Better Brain Book menyatakan, bahagian tubuh yang paling sensitif terhadap serangan radikal bebas adalah otak. Jadi, sayur hijau pekat dan berwarna terang dapat membantu membendung serangan ini. Sebagai contoh, bayam mengandungi vitamin B9 yang meningkatkan memori untuk kecerdasan otak.
Vitamin C dan E di dalamnya pula meningkatkan sistem kognitif. Warna hijau pekat pada brokoli menunjukkan kandungan vitamin K yang tinggi berperanan meningkatkan fungsi kognitif dan kuasa otak.
Selain itu, lobak merah mengandungi komponen luteolin yang tinggi untuk mengelakkan proses penuaan pada otak. Komponen ini juga membantu masalah kehilangan memori dan keradangan pada otak seperti kajian yang dikeluarkan di dalam Journal Nutrition pada tahun 2010.
6. Buah-buahan
Untuk otak lebih cerdas, amalkan memakan buah setiap hari. Kajian Universiti Tuft, Amerika Syarikat menunjukkan keluarga beri dapat mengelakkan kehilangan kapasiti memori jangka pendek. Buah seperti strawberi, beri biru dan beri hitam mempunyai tinggi anthocyanidin iaitu antioksida, sangat bermanfaat untuk mencegah kerosakan dan membantu pemulihan sel-sel otak.
Buah epal pula mempunyai sejenis antioksida yang bernama quercetin yang melindungi sel-sel otak daripada kerosakan radikal bebas. Ia juga dapat mengurangkan risiko Alzheimer.
Buah sitrus kaya dengan vitamin C. Oren mengandungi vitamin C yang baik untuk sistem pertahanan tubuh. Selain itu, ia mempunyai flavonoids yang sangat bermanfaat untuk otak. Haruman segar oren dan lemon boleh merangsang otak dan menghilangkan rasa mengantuk.
Buah delima juga mengandungi khasiat yang sangat tinggi seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Dikenali sebagai superfruit, jus delima yang diambil sepanjang kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
7. Coklat
Coklat yang baik untuk otak ialah coklat tulen (pure butter cocoa) dan bukannya coklat manis yang menggunakan lemak sayuran biasa (compound chocolate). Ia mengandungi flavonoid yang memacu pembentukan dan pertumbuhan sel saraf baru pada otak lalu meningkatkan kemampuan memori.