Ibu yang ada bayi tentu suka kalau boleh jimat masa masak bubur anak. Selain memudahkan tugas ia juga membantu ibu untuk merancang menu anak supaya si kecil sentiasa makan makanan berkhasiat air tangan ibu.

Penyediaan bubur bayi kalau dilakukan setiap hari memang boleh memakan masa yang lama. Apatah lagi kalau ibu bekerja dan mengejar masa setiap pagi. Sebenarnya ada cara mudah untuk ibu tetap boleh masak bubur setiap hari iaitu dengan cara membuat stok serbuk beras.

Jom belajar step by step cara penyediaan beras perang supaya boleh jimatkan masa penyediaan bubur baby yang dikongsi oleh Puan Nowra Alias ini.

Tetiba buat beras sangai nie sebab Rayyan dah tak perlu dikisar lagi sayur dan lauk pauknya cuma beras je yang masih perlu dikisar. So lepas nie jimat masa tak payah nak kisar pagi-pagi dah.

IKLAN

Jimat Masa Masak Bubur Bayi Dengan Serbuk Beras Perang. Mudahkan Tugas Ibu

1. Rendamkan beras perang dengan hirisan lemon. Saya start rendam masa nak pergi kerja awal pagi dalam 6.30 pagi sehingga 11.00 malam. Tutupkan bekas tu agar tak ada serangga masuk dalam air rendaman beras.

2. Bilaskan beras sehingga bersih dan tapiskan seperti dalam gambar. Saya tapis semalam sehingga 12:00 tgh hari.

IKLAN

3. Saya sangai menggunakan oven. Suhu 140 selama 60 minit. Saya kacau2kan beras setiap 15 minit. Kalau beras sikit je, kurangkan masa tu ye. Boleh juga sangai menggunakan kuali yang panas tanpa letak sebarang minyak.

4. Kisarkan guna blender kering. Saya tak tapis sebab Rayyan dah boleh makan makanan tekstur kasar sedikit. Kalau baby umur 7-9 bulan seeloknya ditapis blend ulang-ulang sehingga dapat tekstur halus.

IKLAN

5. Itu hasil selepas dikisar.

6. Simpan dalam tupperware kedap angin agar tidak berkulat.

Sumber: Nowra Alias

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI