Melihat keadaan rumah yang penuh dengan air ditambah pula dengan kesan lumpur dan kotoran-kotoran yang melekat buat hati tak kuat untuk terus membersih. Tak tahu hendak mulakan dari mana. Pastinya perlukan kudrat yang bukan sedikit untuk membersih.
Prihatin dengan mereka yang terkena banjir, Mohd Razak Razali tampil berkongsi tip bagi membersih air yang bertakung dalam rumah dengan cara mudah. Tak perlu mengangkat air keluar, hanya alirkan sahaja air menggunakan paip dan baldi yang ditebuk lubangnya.
Kepada mangsa banjir saya kongsikan cara mudah untuk buang air yang bertakung dalam rumah.
Bahan-bahannya
Baldi yang di tebuk lubang pada lantai nya -ikut saiz paip
Getah paip atau poli pipe
Karung sampah saiz besar yang ditebuk lubang pada bhgian bawah ikut saiz paip
Kerusi 2
Masukkan hujung paip dari bawah baldi, terus masukan pada lubang plastik sampah tadi dan ikat plastik tadi pada getah paip.
Ads
Tarik getah paip supaya plastik duduk dalam baldi. Hujung satu lagi getah paip bawa ke luar rumah. Letak baldi atas 2 kerusi.
Kemudian boleh cedok air banjir tuang dalam plastik yang duduk dalam baldi tadi.
Tadaaa… air ikut getah terus keluar. Tak perlu angkut keluar.
Pastikan terus kocak air dalam rumah supaya lumpur tak mendap. Nanti bila air habis lumpur tak ada dah sebab semua ikut air.
Ads
Saya guna polypipe sebab senang nak ikat plastik tadi.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru sehari bercuti di Maldives, Sariyanti mula rasa rindu kepada anak-anaknya. Beginilah ibu-ibu, kerinduan saat berpisah dengan anak-anak memang tidak dapat disangkal lagi walau pun suami tercinta ada sisinya.
Sariyanti bersama suami, Jep Sepahtu kini berada di lokasi pelancongan yang indah iaitu Maldives. Percutian ini besar kemungkinan adalah sempena sambutan ulang tahun kelahiran Sari pada 9 November lalu.
Kerinduan kepada anak memang tidak dinafikan terutamanya apabila berjauhan dalam masa yang lama. Perasaan rindu itu dinyatakan oleh Sari ini melalui posting Instagram yang memaparkan sekeping kertas yang tercatat nama anak-anaknya iaitu Barr Al ‘Aliy, 8 tahun, Baasit Al Haq, 6 tahun dan Dariya Inara, 6 bulan dan ucapan ringkas tetapi penuh makna “Mama miss u my babies.”
Kapsyen juga pendek tapi cukup menggambarkan kerinduan ibu ini kepada anak-anak kesayangannya.
sariyanti Nanti ada rezeki kita datang sama sama pulak ??? . #barralaliy #baasitalhaq #dariyainara @dariyainaraofficial
Para follower faham akan perasaan yang sedang dialami selebriti ini dan turut berkongsi pengalaman dan cadangan supaya Sari membuat video call untuk mengubati kerinduan kepada anak-anak.
Membawa si kecil melihat dunia amat baik untuk perkembangannya. Ia adalah satu bentuk rangsangan yang menggalakkan bayi menerokai sesuatu yang baru. Nak bawa mereka bersama tentu ada panduannya, lebih-lebih lagi jika ke luar negara.
Mama papa boleh dapatkan tip lanjut dalam rancangan TV Pa&Ma, 13 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD yang bertajuk Pengembara Cilik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Membesarkan anak istimewa pastinya 1 cabaran. Ingin tahu cara terbaik bagi ibu bapa untuk mendidik anak autisme di rumah? Berikut 9 cara yang boleh bantu perkembangan anak.
Bolehkah mendidik anak autisme?
Bukan mudah menjaga dan membesarkan anak yang menghidap gangguan spektrum autisme (autism spectrum disorder, ASD).
Wujud rasa rungsing dan bimbang apabila ada mengatakan bahawa anak dengan ASD sukar untuk dipulihkan. Tetapi benarkah?
Jika anda sedang mencari-cari kaedah membantu dan mendidik anak autisme yang sesuai ketika berada di rumah, mungkin artikel ini akan dapat membantu.
Ini kerana terdapat banyak cara untuk bantu perkembangan anak dengan ASD dalam memperolehi kemahiran baru.
Cara mendidik anak autisme
Struktur dan keselamatan
Berikut langkah untuk memudahkan tugasan harian bagi anda dan anak dengan ASD:
Konsisten
Anak ASD sukar mengaplikasi apa yang dipelajari dalam sekolah kepada tempat lain seperti rumah.
Cuba terapkan persekitaran yang sama untuk bantu memperkukuhkan pembelajaran sekali gus bantu perkembangan anak.
Anda mungkin boleh menjalankan terapi di lebih daripada 1 tempat untuk mendorong anak mengaplikasikan apa dipelajari di persekitaran lain.
Selain itu, anda perlu konsisten dalam cara berkomunikasi dengan si kecil dan cuba tangani tingkah laku yang mencabar.
Rutin sama
Untuk mendidik anak autisme, anda perlu wujudkan 1 jadual rutin yang sama setiap hari.
Ini kerana anak ASD cenderung melakukan yang terbaik apabila mempunyai jadual rutin tersusun.
Sediakan jadual untuk anak berkaitan waktu makan, sesi terapi, persekolahan dan waktu tidur.
Ganjaran
Galakan positif dapat bantu perkembangan anak ASD, jadi sebaiknya cuba untuk memberikan ganjaran setiap kali mereka melakukan sesuatu yang baik.
Anda boleh memberikan pujian, pelekat atau membenarkan anak bermain permainan kegemaran setiap kali mereka berkelakuan baik.
Zon selamat di rumah
Cipta ruang peribadi di rumah untuk anak boleh berehat dan berasa selamat. Ini melibatkan cara mengatur dan menetapkan had yang mudah difahami anak.
Menggunakan petunjuk visual juga boleh membantu dengan menandakan pita berwarna dan label bergambar.
Kaedah bukan lisan untuk berkomunikasi
Mendidik anak autisme berkomunikasi tidak hanya melibatkan lisan. Tetapi anda boleh berkomunikasi dengan cara melihat mereka, menggunakan nada suara serta bahasa badan.
Fahami isyarat bukan lisan
Jika anda memerhatikan si kecil, anda boleh belajar menggunakan petunjuk bukan lisan yang digunakan kanak-kanak dengan ASD berkomunikasi.
Perhatikan nada suara, ekspresi muka dan pergerakan isyarat yang digunakan mereka sebagai tanda penat, lapar atau mahukan sesuatu.
Kenal pasti punca sebalik tantrum
Pastinya kita akan berasa kecewa dan sedih apabila berasa diabaikan. Anak autistik juga mempunyai rasa yang sama.
Apabila anak ASD mula tantrum, ia selalu disebabkan ibu bapa tidak dapat memahami atau membaca isyarat bukan lisan mereka.
Kemarahan yang ditunjukkan adalah cara mereka meluahkan rasa kecewa dan cubaan memancing perhatian anda.
Masa bergembira
Anak ASD tetap seorang kanak-kanak. Mereka juga perlu untuk mempunyai kehidupan lain selain hanya menghadap terapi semata-mata.
Tetapkan rutin untuk anak bermain.
Cipta cara menyeronokkan bersama yang boleh menghadirkan senyuman kegembiraan, ketawa serta membolehkan mereka keluar daripada kepompong.
Banyak manfaat boleh diperolehi untuk bantu perkembangan anak apabila anda menemani mereka bermain tanpa sebarang tekanan.
Kepekaan deria anak
Perhatikan tahap kepekaan dan sensitiviti deria anak ASD. Kebanyakan anak autistik sangat sensitif terhadap cahaya, suara, sentuhan, rasa dan bau.
Fahami pemandangan, suara, bau, pergerakan atau sentuhan yang boleh memicu tindak balas tingkah laku positif dan negatif kepada anak.
Wujudkan rawatan autisme tersendiri
Untuk mendidik anak autisme dan bantu perkembangan anak dengan ASD, anda harus menyedari bahawa setiap daripada mereka mempunyai spektrum autisme unik dan tersendiri.
Rawatan terapi untuk anak perlulah disesuaikan mengikut keperluan individu. Pastinya anda lebih memahami keadaan anak anda, seperti:
-Fahami kekuatan dan kelemahan mereka
-Kenal pasti tingkah laku yang kerap mewujudkan masalah dan isu
-Skil yang kurang pada anak
-Kaedah pembelajaran terbaik untuk anak – mendengar, melihat atau mempraktikkannya
-Perkara digemari anak
-Harus diingatkan, walau apa pun rawatan pilihan anda, penglibatan anda secara langsung adalah penting untuk memastikan kejayaan.
Kehadiran anda dapat membantu anak untuk mendapatkan hasil rawatan maksimum.
-Dapatkan sokongan
-Dalam mendidik anak autisme, sokongan daripada individu sekeliling amat diperlukan.
-Tidak kira sama ada secara atas talian mahupun bersemuka.
Jika anda memerlukan bantuan, jangan malu untuk memintanya daripada pasangan, ahli keluarga, rakan baik mahupun golongan profesional.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila isteri minta sesuatu, jangan kata “TAK BOLEH” lagi. Usaha dulu, tapi JANGAN JANJI. Sebab bila berjanji, dia akan berharap. Bila dia berharap, kalau dia tak dapat, dia akan kecewa.
“Hari tu abang kata nak beli. Dah 3 bulan ni, tak beli-beli lagi pun…” Dengar pertanyaan macam ni suami pula nak marah bila dengar isteri cakap macam ni.
Sentiasa tanam nawaitu untuk cuba tunaikan permintaan isteri sebab apa yang dia minta tu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita tunaikan. Ianya juga mengikut kemampuan kita. Jarang-jarang sekali mereka nak minta sesuatu diluar kemampuan pasangan mereka.
Mereka pun masih waras dan boleh berfikir dengan baik. Takkanlah mereka nak membebankan dan menyusahkan pasangan mereka.
“Nanti abang akan usahakan…bulan depan kita beli. Tunggu bonus hujung tahun, baru abang belikan…”
Bila kita cuba penuhi permintaan isteri, insya-Allah Allah SWT akan buka pintu rezeki kita sebagai suami dan mudahkan urusan kita. Niat kita baik, boleh jadi apa yang isteri minta tu, adalah sesuatu yang boleh memudahkan urusan dia.
Bila kita mudahkan urusan isteri, Allah SWT akan mudahkan urusan kita. Simple ja formula yang Allah dah bagi kat hamba-hambaNya. Mudahkan urusan orang, Dia mudahkan urusan kita, bawa orang keluar daripada kesulitan, Dia akan bawa kita keluar dari kesulitan.
Buat baik dibalas baik. Buang batu atau kayu yang menghalang atau memudaratkan orang lain pun pahalanya besar apatah lagi menunaikan permintaan mereka yang berada dibawah tanggungan kita.
Sebaik-baik sedekahkan pada ahli keluarga kita sendiri…? Maka anggap setiap pemberian kita kepada ahli keluarga kita tu sebagai satu bentuk sedekah.
Sedekah ini adalah antara 3 amalan yang tidak akan terputus pahalanya walaupun kita dah MENINGGAL DUNIA.
Jangan berkata TIDAK lagi pada sesuatu yang diminta isteri, tapi usahakanlah dahulu walaupun kena menyimpan setiap bulan. Insya-Allah, mesti Allah akan bagi jalan untuk kita tunaikan.
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.