“Sehari sebelumnya, saya nampak dia (mangsa) keluar be­kerja separuh hari. Pada malamnya terdengar pasangan itu bertengkar dan mereka bergaduh. Esok paginya saya mendapat tahu dia hilang tidak balik ke rumah. Atas rasa curiga, ada jiran membuat laporan kepada polis untuk siasatan lanjut,” kata seorang jiran yang enggan dikenali dan tinggal berdekatan rumah arwah Hasliza Alias di Taman Sri Saujana, Johor.

Selain itu, difahamkan, ada jiran yang ternampak bapa dua anak tersebut membawa keluar sebiji tong berwarna biru pada pukul 4.30 pagi hari yang sama mangsa dilaporkan hilang.

Jiran Nampak Suami Mangsa Bawa Keluar Tong Air, Hari Sama Isterinya Dilaporkan Hilang
Kredit: Kosmo

Suspek yang bekerja sebagai pemandu jengkaut bertindak diluar akal fikiran kerana dikatakan cemburu. Bagaimanapun, polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut.

Pasangan itu dipercayai dalam proses penceraian kerana polis menemui surat fasakh di dalam rumah mereka.

Kesan lebam & beberapa butir logam timah di dada dan perut

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Datuk Md Yusof Ahmad, berkata bedah siasat ke atas mayat mangsa telah selesai dijalankan.

IKLAN
Jiran Nampak Suami Mangsa Bawa Keluar Tong Air, Hari Sama Isterinya Dilaporkan Hilang
Anggota forensik mengeluarkan mayat mangsa yang ditanam di sebuah ladang kelapa sawit di Bandar Penawar, Kota Tinggi

Katanya, polis masih menanti laporan penuh hasil bedah siasat yang dijalankan itu dikeluarkan hospital.

“Laporan awal bedah siasat berkenaan mendedahkan ada kesan lebam di badan mangsa.

“Turut dikesan adalah beberapa butir logam timah dipercayai peluru dari senapang angin yang ditemui di beberapa bahagian badan termasuk dada dan perut kesan tembakan jarak dekat.

Jiran Nampak Suami Mangsa Bawa Keluar Tong Air, Hari Sama Isterinya Dilaporkan Hilang

IKLAN

“Pihak hospital akan mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga mangsa, berikutan mereka tidak dapat membuat pengecaman terhadap wanita berkenaan susulan keadaan mayat yang sudah membengkak. Proses pengambilan DNA akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya.

Jiran Nampak Suami Mangsa Bawa Keluar Tong Air, Hari Sama Isterinya Dilaporkan Hilang

Media sebelum ini melaporkan, kes kehilangan mangsa yang bekerja sebagai kerani sumber manusia di sebuah kilang di Ulu Tiram itu terbongkar selepas polis menahan suaminya sehari selepas laporan dibuat.

IKLAN

Suspek berusia 43 tahun itu mengaku membunuh isterinya semasa wanita itu tidur dengan menggunakan senapang angin. Lelaki itu kemudian memasukkan mayat mangsa bersama kain cadar ke dalam tong air berwarna biru.

Mayat ibu dua anak itu kemudian dibawa ke kawasan ladang kelapa sawit di Bandar Penawar, Kota Tinggi untuk ditanam bagi melupuskan bukti. Jarak rumah pasangan dan ladang tersebut adalah kira-kira 30 kilometer.

Kredit: Kosmo & Berita Harian 

Jiran Nampak Suami Mangsa Bawa Keluar Tong Air, Hari Sama Isterinya Dilaporkan Hilang

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI