Doh mainan, permainan yang berfaedah kepada si manja. Mama dan papa boleh DIY doh mainan anak sendiri di rumah. Antaranya ialah menggalakkan kemahiran motor halusnya. Mama dan papa, jangan lepaskan peluang untuk membuatnya sendiri untuk anak.
Permainan doh memang menjadi kegemaran si cilik yang berusia dua tahun ke atas. Lantaran penggunaannya yang kerap, doh mainan akan mudah rosak. Apa kata kita belajar membuatnya sendiri. Buat sendiri bukan sahaja jimat malah ia semulajadi dan bebas bahan kimia berbahaya!
DIY DOH MAINAN
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
2 cawan tepung serba guna
¼ cawan garam halus
2 sudu besar serbuk cream of tartar
2 sudu minyak masak
2 cawan air mendidih
Pewarna makanan pilihan anda
Peralatan: 1 biji mangkuk pengadun, sudip kayu dan satu bekas makanan kedap udara.
LANGKAH –LANGKAH MEMBUATNYA
1.Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Seterusnya masukkan serbuk cream of tartar.
2.Kemudian campurkan garam halus dan kacau rata.
3.Selepas campuran tersebut sebati, tuangkan pula minyak masak dan gaulkan dengan menggunakan sudip kayu sehingga rata.
Ads
4.Kemudian curahkan pula air panas mendidih ke dalam adunan tepung tadi.
5.Kacau rata dengan berhati-hati kerana adunan masih panas.
Doh akan sejuk selepas beberapa minit dan anda boleh mengulinya dengan menggunakan tangan. Uli sehingga adunan tidak melekat pada mangkuk adunan.
7.Selepas itu bahagi dua adunan. Ambil satu bahagian adunan dan letakkan pewarna makanan.
8.Uli adunan untuk meratakan warna tersebut. Selepas diuli dan disejukkan, doh bolehlah disimpan di dalam bekas makanan kedap udara untuk mengelakkan ia keras.
Ads
6 FAEDAH BERMAIN DOH MAINAN KEPADA ANAK
a.Kemahiran Motor Halus
Ia bagus untuk menguatkan otot dalam tangan si kecil semasa mereka memenyek, menggentel, memicit, menggelek doh. Pergerakan ini akan mengembangkan otot kanak-kanak dan menggalakkan penguasaan kemahiran lain seperti memotong dengan gunting, menggunakan penyepit, memegang pensil dan lain-lain.
2.Menenangkan dan terapeutik
Si manja boleh duduk berjam-jam lamanya bermain doh. Aktiviti ini sangat menenangkan dan meningkatkan daya tumpuan serta sebagai ekspresi emosi mereka.
3.Kreativiti dan imaginasi
Ads
Kemungkinan bermain doh tidak terhad. Si manja bebas untuk mencipta pelbagai perkara dengan bermain dengannya. Mereka boleh mencipta raksasa dan kucing, kek cawan, pizza, taman, rumah, barang kemas . Ia adalah aktiviti yang meningkatkan kreativiti dan menggalakkan penggunaan imaginasi mereka.
4.Membangun koordinasi mata tangan
Dengan menggunakan pelbagai bahan seperti penggelek, acuan pencetak dan lain-lain objek dalam permainan doh, koordinasi mata tangan dapat dipertingkatkan.
5.Kemahiran sosial
Ia dapat membangunkan kemahiran sosial. Bermain dengan bermain doh dalam kumpulan kecil dan atau dengan orang dewasa memberikan banyak peluang untuk bercakap dan berbincang, bermain bersama, menyelesaikan masalah dan merancang dengan orang lain. Galakkan anak-anak anda untuk menerangkan apa yang mereka lakukan semasa mereka bermain.
6.Pra penulisan dan pra matematik.
Secara tidak langsung bermain doh dapat mengajar si manja tentang asas kepada pra penulisan dan pra matematik.
7.Menggalakkan Anak Bermain
Ia membolehkan kanak-kanak menjadi kanak-kanak. Bermain doh akan menyebabkan penggunaan pelbagai deria dan kemahiran mereka. Ia menyeronokkan!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada beberapa perkara rawak yang suka dilakukan oleh anak membuat anda kurang senang seperti memanjat dan membuka dan tutup pintu peti sejuk. Tapi tahukah anda ia memberikan faedah kepada perkembangan mereka!
Menurut Aisyah Rozalli, Juruterapi Cara Kerja,GymCademy ada diantara ibu bapa kerap mengeluh bila anak suka menerokai dan membuat sesuatu di luar kebiasaan. Alasannya kerana bimbang keselamatan anak.
Tapi anda perlu tahu, segala aktiviti yang dilakukan anak itu ada faedah dan sudut positifnya. Anak anda sebenarnya tidak nakal! Dia sedang melatih dan menajamkan beberapa skil yang bermanfaat untuk perkembangan diri. Apa yang perlu dilakukan ialah pantau dan elakkan bahaya.
#1 MEMANJAT
Perbuatan memanjat di dalam rumah mahu pun di taman permainan sebenarnya memberikan faedah kepada anak. Perbuatan yang paling disukai ialah memanjat bahagian gril pintu, ia mungkin berbahaya tetapi ada kesan positifnya kepada perkembangan otot dan pergerakannya.
Antara kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti memanjat ialah;
Kemahiran menyelesaikan masalah.
Koordinasi mata tangan.
Kekuatan otot tangan yang bakal membantu perkembangan motor halus.
Stimulasi sensori pergerakan yang melibatkan verstibular dan propioseptif.
Kawalan keseimbangan tubuh.
Menguatkan otot kaki.
Mengukuhkan kekuatan otot utama(core muscles) yang penting untuk si kecil duduk lama di tadika kelak.
Anak akan belajar kesedaran penjagaan keselamatan diri.
Kesedaran kepada tubuh dan anggota.
#2 MEMBUKA DAN TUTUP PINTU PETI SEJUK
Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini juga sungguh berminat untuk membuka pintu peti sejuk dengan kerap. Malah ada ibu bapa yang terpaksa menggunakan pengunci khas untuk mengelakkan peti ais dibuka oleh si manja terlalu kerap!
Si kecil mungkin tertarik dengan elemen kejutan yang ada di dalamnya atau mungkin kerana terpesona dengan ciri magnetik pintu peti ais yang boleh tertutup dengan mudah.
Antara kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti membuka dan tutup pintu peti sejuk ialah;
Koordinasi mata tangan.
Asas sains iaitu rasa sejuk di dalam peti sejuk dan suhu bilik di luar.
Penemuan iaitu keadaan dalam peti sejuk gelap apabila mula-mula dibuka dan lampu menyala menyebabkan keadaan cerah dan terang.
Mengukuhkan kekuatan otot utama(core muscles).
Walau apa pun, pemantauan dari ibu bapa amat penting untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Sedarkah ibu ayah anak-anak perlukan stimulasi sensori seperti perlukan makanan? Anda perlu faham sensori diibaratkan seperti makanan untuk otak. Tanpa stimulasi sensori anak mungkin akan kelaparan mencari input itu.
Bagi sesetengah anak khususnya anak-anak berkeperluan khas mereka mungkin alami KECELARUAN SENSORI di mana stimulasi input ini tidak diintegrasikan dengan baik maka otak akan memproses input ini sebagai
OVERRESPONSIVITY
Stimulasi itu terlalu banyak sehingga boleh jadi menyakitkan atau geli untuk anak anak. Anak akan Elak dari melakukan Aktiviti.
atau
UNDERRESPONSIVITY
Stimulasi itu tidak cukup untuk diproses dengan jayanya di otak. Anak tidak merasa stimulasi tersebut. Maka kelihatan seperti Tidak Kisah pun.
Ha itu mungkin situasinya dan bukannya sebagai Optimal Sensori Input supaya anak boleh kekal fokus dan melakukan Tindakan yang sepatutnya contohnya bila kita main pasir tidaklah anak menjerit jerit atau bila kita ajak anak bermain tidaklah dia bermain dengan ganas dengan kawan lain.
Ha jelas tak Ibu Ayah?
Macammana hendak tahu anak saya ini kategori mana? Sebab itu perlukan Konsultasi dari Terapis. Analisa dan Penilaian yang dibuat membantu mengenapasti isu kelewatan perkembangan Anak.
Selain teruskan Terapi Ibu Ayah perlu ada Ilmu supaya dapat melakukan aktiviti stimulasi berterusan di rumah.
Di kelas Mahir Didik Anak-Anak Bersama Nuhavengers kami menerangkan 7 Topik Perkembangan anak yang WAJIB Ibu Ayah fahamkan. Salah satu Topik kita bincangkan adalah Sensori. Sangat penting untuk Ibu Ayah fahamkan supaya lebih jelas matlamat Ibu Ayah.
Antara Aktiviti yang Ibu Ayah boleh lakukan untuk bantu anak anak ini adalah
Aktiviti Messy
Gunakan kepelbagaian Medium seperti Air, Cat Warna, Pasir, Jeli, Tepung untuk diperkenalkan secara berperingkat kepada Anak.
Jangan Paksa tapi Tunjuk
Fidgeting Toys
Sangat disarankan kalau anak anak ini dalam kategori sensory Craving atau Seekers. Ibu Ayah sediakan bahan atau Toys yang anak anak boleh main dalam sela waktu tertentu.
Dalam Kelas kita tunjukkan Teknik Sensori Diet yang boleh bantu anak anak yang underresponsive ini. Bila Ibu Ayah Faham Perkembangan Anak lebih mudah untuk tentukan Matlamat aktiviti untuk Anak anak.
Dan Ya bukan sahaja anak berkeperluan khas sahaja ada isu ini ya. Anak anak kategori Tipikal mungkin ada ciri ciri ini.
Jadi Ibu Ayah jom kita buat aktiviti kenalkan Tekstur kepada Anak anak ya. Jemput #share untuk kita sebarkan manfaat pada yang lain.
Mana tahu sahabat anda mungkin memerlukannya. Mari jadi Ibu Ayah yang lebih Santai namun tetap Sedia dengan Ilmu supaya terus Sayangi Diri dan Anak anak
Bagaimana kita nak bantu anak kita bercakap? Kenapa anak orang lain usia 2 tahun dah petah cakap? Persoalan ini tak susah jika mak ayah sendiri yang rajin layan anak. Sesibuk mana pun dalam sehari waktu kualiti kita luang sekurang-kurangnya 30 minit pun sangat bermakna. Kalau dapat lebih lagi bagus.
Jadikan masa dengan anak waktu yang sentiasa ditunggu-tunggu dan memberi keseronokan untuk anak terus mendapat ilmu baru.
Perkongsian dari Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Ashikin Hashim ini sangat membantu.
1. Keraplah berbual dengan anak.
Saya memahami bahawa kebanyakan suami dan isteri masing-masing bekerja dan pulang lewat, namun ianya bukan alasan untuk tidak meluangkan sedikit masa untuk berbual dengan anak.
2. Bacakan buku untuk anak.
Melalui pembacaan, anak akan mendengar lebih banyak kosa kata. Ini membantu dan merangsang anak untuk bercakap.
3. Terhadkan penggunaan gajet.
2 tahun ke bawah jangan perkenalkan langsung kepada anak. Untuk anak pra sekolah, terhadkan masa. Jangan sampai anak ketagihan gajet pada masa ini. Sangat sukar nak kawal jika kita sudah berlebihan memberi masa gajet kepada anak. Bertindak sekarang.
4. Beri anak peluang dan masa main di luar rumah.
Pergilah main di padang. Main bola. Main bubble. Main tanah dan pasir. Pelbagaikan aktiviti supaya anak banyak berkomunikasi.
Siapa yang tak kenal dengan Khairul Aming atau KA pempengaruh terkenal yang sering berkongsi resipi menarik dan mudah diikuti. Setiap kali beliau memuat naik...