Doh mainan, permainan yang berfaedah kepada si manja. Mama dan papa boleh DIY doh mainan anak sendiri di rumah. Antaranya ialah menggalakkan kemahiran motor halusnya. Mama dan papa, jangan lepaskan peluang untuk membuatnya sendiri untuk anak.
Permainan doh memang menjadi kegemaran si cilik yang berusia dua tahun ke atas. Lantaran penggunaannya yang kerap, doh mainan akan mudah rosak. Apa kata kita belajar membuatnya sendiri. Buat sendiri bukan sahaja jimat malah ia semulajadi dan bebas bahan kimia berbahaya!
DIY DOH MAINAN
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
LANGKAH –LANGKAH MEMBUATNYA
1.Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Seterusnya masukkan serbuk cream of tartar.
2.Kemudian campurkan garam halus dan kacau rata.
3.Selepas campuran tersebut sebati, tuangkan pula minyak masak dan gaulkan dengan menggunakan sudip kayu sehingga rata.
4.Kemudian curahkan pula air panas mendidih ke dalam adunan tepung tadi.
5.Kacau rata dengan berhati-hati kerana adunan masih panas.
7.Selepas itu bahagi dua adunan. Ambil satu bahagian adunan dan letakkan pewarna makanan.
8.Uli adunan untuk meratakan warna tersebut. Selepas diuli dan disejukkan, doh bolehlah disimpan di dalam bekas makanan kedap udara untuk mengelakkan ia keras.
6 FAEDAH BERMAIN DOH MAINAN KEPADA ANAK
a.Kemahiran Motor Halus
Ia bagus untuk menguatkan otot dalam tangan si kecil semasa mereka memenyek, menggentel, memicit, menggelek doh. Pergerakan ini akan mengembangkan otot kanak-kanak dan menggalakkan penguasaan kemahiran lain seperti memotong dengan gunting, menggunakan penyepit, memegang pensil dan lain-lain.
2.Menenangkan dan terapeutik
Si manja boleh duduk berjam-jam lamanya bermain doh. Aktiviti ini sangat menenangkan dan meningkatkan daya tumpuan serta sebagai ekspresi emosi mereka.
3.Kreativiti dan imaginasi
Kemungkinan bermain doh tidak terhad. Si manja bebas untuk mencipta pelbagai perkara dengan bermain dengannya. Mereka boleh mencipta raksasa dan kucing, kek cawan, pizza, taman, rumah, barang kemas . Ia adalah aktiviti yang meningkatkan kreativiti dan menggalakkan penggunaan imaginasi mereka.
4.Membangun koordinasi mata tangan
Dengan menggunakan pelbagai bahan seperti penggelek, acuan pencetak dan lain-lain objek dalam permainan doh, koordinasi mata tangan dapat dipertingkatkan.
5.Kemahiran sosial
Ia dapat membangunkan kemahiran sosial. Bermain dengan bermain doh dalam kumpulan kecil dan atau dengan orang dewasa memberikan banyak peluang untuk bercakap dan berbincang, bermain bersama, menyelesaikan masalah dan merancang dengan orang lain. Galakkan anak-anak anda untuk menerangkan apa yang mereka lakukan semasa mereka bermain.
Secara tidak langsung bermain doh dapat mengajar si manja tentang asas kepada pra penulisan dan pra matematik.
7.Menggalakkan Anak Bermain
Ia membolehkan kanak-kanak menjadi kanak-kanak. Bermain doh akan menyebabkan penggunaan pelbagai deria dan kemahiran mereka. Ia menyeronokkan!