Jovian & Nina Belajar Ilmu Keibubapaan. Jaga Pemakanan Anak Rahsia Jeanelle Sihat dan Jarang Demam

Share

Isteri pereka fesyen terkenal Dato Jovian Mandagie, Datin Nina Sabrina memang seorang ibu yang teliti mengenai pemakanan anak sulungnya, Jeanelle Nika Mandagie yang baru berusia tujuh bulan, mempunyai carta pemakana selama seminggu bagi memastikan segala nutrisi lengkap dan seimbang.

Kredit: instagram ninaismailsabri

Datin Nina berpendapat bahawa setiap ibu perlu memastikan memastikan bayi mendapat cukup nutrisi dalam pemakanannya.

“Bagi saya, jika bayi cukup nutrisi pemakanan, kesannya tidak mudah diserang penyakit. Dengan ini, apabila bayi sihat, sudah tentu bayi happy, mudah untuknya serap dan belajar apa yang ada dipersekitarannya.

Tetapi jika amalan pemakanan yang salah, nutrien tak cukup. Anak mudah diserang penyakit.

“Sekarang Jeanelle dah mula makan dan makan dua kali sehari. Saya buat carta food untuknya dalam seminggu supaya segala nutrisi lengkap buat Jeanelle. Selain puri buah, saya juga buat banyak puri sayur walaupun  Jenalle tak suka sayur, Jadi saya mix dah match. Misalnya bila buat puri brokoli atau lobak merah saya akan masukkan buah kurma, buah kegemaran Jeanelle supaya ada rasa kurma.”

Datin Nina berpendapat, bayi akan membesar sebagai anak yang sihat dan gembira, sekali gus  mudah menyerap segala aktiviti pembelajaran mengikut tahap perkembangannya.

Teruja…Dato Jovian teruja memberi suapan pertama kepada Jeanelle

Sejak hamil

Jeanelle bertuah kerana sejak dalam kandungan, dia membesar sebagai bayi yang telah diperkenalkan dengan pemakanan sunnah, food brain dan nutrisi lain. Sehingga kini, Datin Nina masih mengekalkan amalan ini dalam menu pemakanan harian Jeanelle agar membesar sebagai bayi yang sihat dan pintar.

“Saya amalkan makan kismis dan buah kurma sepanjang kehamilan untuk perkembangan otak dan kesihatan bayi sejak trimester pertama tetapi tidak kerap disebabkan mengalami morning sickness.  Namun, apabila memasuki trimester kedua, saya mula lapar terutama waktu tengah malam. Ketika ini memang keraplah saya makan kurma dan kismis. Kesannya memang Jeanelle suka makan kurma hingga sekarang.”

Pengalaman baru

Sebagai ibu bapa baharu, pelbagai ilmu keibubapaan harus diketahui untuk mendidik anak dengan sempurna. Begitu juga dengan pasangan ini.

“Kami juga banyak membaca di internet tentang cara mengasuh, menjaga dan mendidik anak dengan betul. Kami banyak membaca ilmu keibubapaan sebelum Jeanelle lahir. Jovian suka membaca dan membeli banyak buku mengenainya.

“Saya juga mendapatkan nasihat ibu, nenek dan ibu mertua. Saya tetap ikut cara orang lama dan cara moden soal penjagaan anak. Dan saya akan gabungkan dua kaedah ini dan  buat penilaian untuk mencari yang terbaik mendidik anak.”

Alooo anak mummy ni…

Nak tahu selanjutnya dapatkan Majalah Pa&Ma isu July 2018 yang menyentuh  bagaimana Dato Jovian Datin Nina melakukan rangsangan minda kepada Jeanelle dan gelagat Jeanelle apabila melihat daddynya.

 

 

 

Published by
Nor Yusoff