Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan sijil kelahiran versi baharu yang mengandungi beberapa ciri keselamatan terkini, mulai tahun depan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata, ciri keselamatan berkenaan termasuk ‘watermark’ atau tera air pada sijil kelahiran versi baharu untuk mengelak berlakunya kes pemalsuan dokumen.
“Apabila dokumen itu dibawa kepada JPN nanti, kita akan tahu sama ada ia sahih atau tidak. Anak yang dilahirkan pada tahun depan akan mendapat sijil kelahiran versi baharu itu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan reka bentuk baharu dokumen keselamatan sempena Hari Pendaftaran Negara 2022.
Ads
Hamzah bagaimanapun menjelaskan, sijil kelahiran sedia ada masih boleh digunakan dan tidak perlu ditukar.
Sementara itu, JPN dalam kenyataan sempena program berkenaan pula memaklumkan, sebanyak 38 dokumen keselamatan jabatan itu termasuk sijil kelahiran dan daftar perkahwinan, ditingkatkan ciri keselamatan bermula tahun depan bagi menjaga aspek ketulenan.
Menurut JPN, antara ciri keselamatan baharu yang diperkenalkan ialah pada reka bentuk dokumen, kertas digunakan dan jenis dakwat untuk cetakan keselamatan. – BERNAMA
Seorang suri rumah di Teluk Intan, Perak ditahan polis kerana dipercayai mendera hingga menyebabkan kematian bayi perempuannya berusia setahun 11 bulan.
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, wanita berusia 33 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Teluk Intan.
Wanita tersebut akan dituduh Mahkamah Majistret Teluk Intan, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan setelah mendapat arahan dari Timbalan Pendakwa Raya.
Dakwa Anak Sesak Nafas
“Sebelum itu, pihaknya menerima laporan kematian mangsa dari seorang doktor bertugas di hospital swasta di Teluk Intan.
“Wanita itu menghantar anak kandungnya untuk mendapatkan rawatan selepas didakwa sesak nafas pada 2.30 pagi, 9 Mac lalu sebelum doktor mengesahkan bayi itu sudah tidak bernafas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Penuh Kesan Luka
Ahmad Adnan berkata, pemeriksaan awal doktor mendapati ada kesan luka di keliling hidung, dagu dan cuping telinga kanan selain luka di belakang telinga kiri serta luka di belakang kepala.
Beliau berkata, selain itu ada kesan luka besar pada lengan kanan dan kesan luka di jari kelingking serta telunjuk tangan kiri selain ada kesan luka koyakan pada celah jari telunjuk dan jari hantu kiri mangsa.
“Selain itu ada kesan gigitan berdekatan bahu lengan kiri, kesan parut sebelah kiri kaki, lebam di bawah lutut kiri, lebam di belikat kanan, dan ada beberapa lebam di seluruh belakang kanak-kanak berkenaan.
“Bedah siasat dilakukan di Bahagian Forensik Hospital Teluk Intan pada 10 Mac lalu mendapati sebab kematian mangsa adalah kecederaan di bahagian dada,” katanya.
Tertekan Kerana Anak Sering Menangis
Ahmad Adnan berkata, punca suspek mendera hingga menyebabkan kematian anak kandungnya itu adalah disebabkan tertekan kerana anaknya sering menangis dan tidak selesa dengan suspek.
Beliau berkata, bayi itu dijaga pengasuh sejak Jun 2020 dan suspek mengambil semula anak ketiga daripada empat beradik itu untuk dijaga pada Jun 2021.
Menurutnya, mangsa dikatakan sentiasa menangis dan tidak selesa dengannya menyebabkan wanita itu yang tidak bekerja sering mendera mangsa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai ibu pada zaman kini yang mengambil peluang untuk bekerja demi membantu keluarga. Perkara ini semestinya bukan perkara yang asing lagi. Demi mencari rezeki, ramai yang terpaksa berkorban kasih sayang dan masa bersama anak dan keluarga.
Seperti perkongsian dari pengguna Facebook Ratu Exzora ini, pada mulanya dia sangat sibuk bekerja. Atas tuntutan kerja dia terpaksa keluar awal ke tempat kerja dan pulang lewat ke rumah setiap hari sehinggalah satu saat, anaknya mula tidak mengenali si ibu.
Tamparan hebat ini membuatkan dia nekad untuk mencari pekerjaan yang lebih sesuai dan mempunyai lebih masa bersama anak dan akhirnya dia berhenti kerja dan memulakan perniagaan membuat roti. Pengorbanan yang besar perlu dilakukan demi si kecil yang sedang membesar.
Sungguh dia lah KEKUATAN umie.
Dari dia lepas pantang, umie kerja money changer..Pergi kerja dia tido. Balik kerja pun dia dah tido.. Sampai dia tak kenal siapa umie dia.. Kenapa kejap ada.. Kejap hilang. Suami pula pemandu lori, memang jarang sangat berada di rumah.
Sampai umur dia 2 tahun, dia memang tak kesah umie ada kat rumah ke tak.. Sebab dia jarang bermanja dengan umie. Selalu dgn maktok.
Satu tahap yang buat umie sedih sangat masa tu..Dia Tak nak umie peluk.. Dia tak suka..Dia marah. Dia tengok umie macam stranger 😭 Dia peluk maktok dia je.. Masa tu SUMPAH SAKIT betul rasa.. terasa sungguh dengan perbuatan dia.. 😭
Umie nekad tukar kerja.. Apply semua tempat yang office hour..Alhamdulillah Allah maha penyanyang.. Allah beri rezeki kerja dekat company yang best.. Dapat rakan sekerja yang baik-baik.. Bos-bos yang baik-baik.
Umie syukur sangat-sangat… Paling bersyukur bila ada masa dengan Nailah anak umie.
Pukul 6.30 petang dah ada dkt rumah. Sabtu dan Ahad, Public Holiday sentiasa ada bersama dengan dia. Masa tu baru umie rasa kasih sayang seorang anak.
Dan sekarang..
Umie dah berenti kerja. Dia tahu, dia orang kedua paling seronok bila nampak muka umie kat rumah hari-hari. Tak pernah dia tanya “Umie x pergi kerja?” mungkin dia tak nak umie keluar macam dulu.
Sekarang umie home baker. Bekerja dari rumah, umie yang bake, umie yang hantar. Kalau Nailah tak sekolah, Memang umie hangkut sekali dia. Sebab nak dia nampak susahnya nak cari rezeki halal. Nak dia nampak, duit bukan turun dari langit. Nak dia nampak, dengan usaha ada ganjarannya.
Salah 1 sebab buat umie betul-betul nekad berenti juga disebabkan ibu umie pesakit kronik(buah pinggang).
Start covid19 memang umie kerja dirumah (wfh). Tapi bezanya emosi umie tak dapat nak di kawal. Umie bekerja dengan Insurance Company. Umie kena handle email cust.. Buat certificate untuk cust luar dan dalam ngara.
Masa tu pulak ibu umie masuk wad. 2 minggu. Umie memang tak dapat nak focus dekat kerja dan anak. Semua terbengkalai.. Semua jadi tak terurus.. Sebab tu umie amik kptusan berenti kerja. Sedih memang sedih.. Sebab bulan-bulan memang dah ada gaji tetap.. Tapi semua tu saya boleh cari dengan cara lain. Ibu dengan anak saya tak ada yang boleh ganti walau berjuta ringgit orang bagi pun.
Dan Alhmdulillah sekarang umie dah berhnti kerja.. umie makin seronok dengan famly. Umie jadi home baker dalam masa yang sama, masa utk anak dan ibu sentiasa ada ☺️ benda ni tak ternilai sangat dengan yang lain. Rezeki buat roti (Semort Sugar)alhamdulillah tak pernah putus 😊
Kadang-kadang dia tertido di apit roti-roti yang nak di hantar. Kiri Kanan bawah ada roti, tapi dia tak merenggek pun. Tahu-tahu toleh je dia dah tertido. Panas ke sejuk ke keadaan dia tetap dengan umie. Paling umie terharu, umie sesaje break kereta nak tengok macam mana dia.
*Nailah terus pegang roti-roti umie dalam bakul tak nak bagi jatuh.. Dia jaga.. Dia tahu umie dia buat penat2..dia tahu roti tu umie nak jual.. Semua dia tahu.. Walupun usia dia baru 5 tahun.. Alhamdulillah Allah hadirkan seorang anak yang sangat bijak AKAL fikirannya.
Andai 1 hari nanti Nailah dah besar.. Dapat baca status umie ni. Umie nak bagitahu.. Umie bangga dengan anak umie..Moga Allah sentiasa lindungi anak solehah umie 😊… Aminnn.
Baru berusia dua tahun, gelagat comel anak sulung pelakon, Farah Nabilah iaitu Andre Omar ini seharusnya dipuji.
Mana tidaknya walau baru berusia dua tahun, si comel Andre sudah pandai ke dapur untuk menyediakan sendiri sarapan pagi.
Menerusi Instagramnya, ibu cantik manis ini memuat naik video Andre yang sedang asyik memasak di dapur menyediakan sarapan.
Namun paling menarik perhatian pastikan gelagat Andre yang membuat permintaan itu ketika baru hendak ke sekolah.
Walaupun sudah berpakaian lengkap dan bersiap cantik-cantik ke sekolah, anak kecil bijak itu meminta untuk memasak dan menyediakan sendiri sarapannya. Bukan biasa-biasa!
“Drama pagi ini : “I want to cook egg mommy”.
“Mmm maka cook la dia dalam uniform,” tulis Farah menerusi kapsyennya.
Walau sudah lengkap berpakaian untuk ke sekolah, namun ia bukan halangan untuk anak kecil ini beraksi hebat di dapur.
Andre langsung tidak kekok mengacau telur dan dan memegang segala peralatan memasak dengan begitu baik sekali. Terbaik!
Dalam pada itu, gelagat comel Andre itu sudah semestinya dipuji ramai. Bahkan kerajinan Andre turun dapur ketika awal pagi juga dipuji.
Rupanya bukan kali pertama, melalui entri terdahulu yang dikongsikan ibunya, Andre juga turut menyediakan sarapan berupa telur bersama ibunya.