Letak nama anak panjang-panjang dan ada juga yang mengabungkan nama ibu bapa seolah-olah satu trend untuk ibu bapa masa kini untuk anak mereka. Adakah setakat untuk glamour atau nak nampak cantik je nama itu.

Sepatutnya nama anak biarlah diberi maksud yang elok. Walaupun nama ringkas tapi ia seolah-olah doa untuk anak kita sehingga mereka besar kelak.

Justeru inisiatif yang dialaksanakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang melarang ibu bapa mendaftar anak mereka dengan nama yang panjang sehingga melebihi 80 aksara sangat tepat.

JPN Ingatkan Nama Anak Tak Boleh Lebih 80 Abjad. Bukan Ikut Trend Tapi Kesianlah Bila Besar

IKLAN

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Jasri Kasim, berkata 80 aksara itu turut merangkumi nama bapa, bin atau binti serta simbol seperti koma dan sebagainya.

“Ini kerana ruangan nama yang disediakan di borang pendaftaran adalah terhad kepada 80 abjad malah jarak antara perkataan juga dikira sebagai satu abjad.

“Oleh itu kita minta ibu bapa untuk mematuhinya dan untuk rekod nama individu yang paling panjang setakat ini adalah 78 aksara,” katanya.

IKLAN

Jasri berkata demikian ketika ditemui pada program Kembara Mobile JPN 2018 Peringkat Negeri Perlis di Kampung Behor Masjid dan Kampung Bumbung Lima, Arau

Jasri berkata, selain pemberian nama yang membawa maksud tidak baik, nama yang panjang juga secara tidak langsung bakal memberi kesan kepada anak.

IKLAN

“Ini menyusahkan anak mereka kelak khususnya ketika berurusan rasmi dengan agensi kerajaan kerana tidak semua jabatan menyediakan ruangan nama yang mencukupi seperti di JPN.

“Selain itu kasihan kepada anak yang mempunyai nama panjang kerana setiap kali musim peperiksaan orang lain sudah menjawab beberapa soalan, mereka masih sibuk mengisi nama di kertas soalan,” katanya.

Selain pemberian nama yang membawa maksud tidak baik, turut ditegah memberikan nama anak dengan kumpulan nama gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan seperti Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, Puan Sri, Datuk Patinggi, Datuk Wira, Datuk Bentara Dalam dan Datuk Bentara Luar.

Ini diikuti nama pangkat atau jawatan contohnya, haji, imam, nabi, mufti, ketua menteri, gabenor, sarjan, laksamana, hakim atau permaisuri.

Sumber: Berita Harian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI