“Jual 3000 Pack Dalam Masa 2 Jam” Achey Layankan Permintaan Anak Nak Jual Gula-Gula, Laku Keras!

Share

Si comel, Tiara Zinnirah, anak kepada pelawak, Achey sememangnya kini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ada sahaja aksi comel Tiara yang dikongsikan ayahnya menarik perhatian wargamaya.

Terbaru, idea Tiara yang ingin berniaga di atas talian bagi menjual gula-gula bukan hanya menarik perhatian ramai, bahkan lebih mengejutkan ia mendapat sambutan luar biasa dari pengikutnya.

Achey bagaimanapun amat terkejut dengan sokongan netizen terhadap perniagaan makanan ringan yang dijalankan oleh anak perempuannya yang baru berusia lima tahun.

Walaupun tidak mengaut keuntungan yang besar namun bapa penyayang ini bersyukur apabila berjaya menjual 3,000 pek dan menerima gift daripada pengikut pada malam Rabu.

“Rezeki apakah anak ini @tiara.zinnirah. Idea dan cadangan Tiara saya tak pernah ambil remeh.

“Untuk dia mencuba apa sahaja yang baik untuk dia, dek kerana dia tengok video dari seberang, orang meniaga coklat Dubai, selama 2 hari dia tekan ayah untuk dia buat perniagaan yang sama tapi jual #tiarabottolcandy sebab ayah tak mampu nak beli berkotak-kotak coklat Dubai nak.

“Yup candy tu dapat di pasaran kita saja cuma susahnya kena beli jumlah yang banyak serta pelbagai jenis yang banyak sebab nak di campur-campurkan menjadi satu pack.

“Semalam jam 11 dia dah penat bermain, ayah kata tidur dia tak nak. Dia degil jugak nak jual candy dia. Dia live dengan ayah 15 minit telah terjual 300 pack. Subhanallah.

“Malam tadi sejarah sampai wakil Tik Tok Malaysia hallo kami. Purata 21 juta like, 21 ribu mata memandang dan maksimum 3000 pack terjual dalam masa 2 jam.

“Walaupun keuntungan bersih purata dalam 1 ringgit sahaja tapi kuantiti memecah rekod keluarga kecil kami. Tak tau lah kalau dia pecah rekod Tik Tok.

“InshaaAllah kami akan meniaga lagi, cuma bagi kami masa bungkus 3000 pack ni dulu. Agak berkicap.. hahaha. Inilah insan yang Allah anugerahkan pada kami pada 10ramadhan 2018, NUR TIARA ZINNIRAH NASIR BTE ABD HAQ,” kongsi Achey menerusi Instagramnya.

Kuat 1 Juta Tontonan

Bahkan melalui perkongsian Achey di Mstar Online, akui Achey jumlah tontonan naik hingga mencecah satu juta ketika anak kecilnya itu tidur.

“Ketika live tu ada 4,000 orang penonton, Tiara padatkan gula-gula dalam satu plastik dan nilai keuntungan tu dah jadi lain.

“Isteri saya buat kiraan adalah dalam RM1 untung untuk satu pek dan isteri kata tak apa teruskan sahaja.

“Selepas Tiara tidur jumlah tontonan naik sampai satu juta. Saya teruskan sampailah 3,000 pek terjual dan dapat gift tiga ekor singa selama dua jam buat live,” katanya lagi berkongsi.

Aksi comel Tiara yang menjual di atas talian itu terus menarik perhatian ramai yang turut menyokong perniagaan anak kecil itu. Semoga terus sukses!

 

Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM