Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan telah bermula sejak 18 Mac lalu dan kini memasuki fasa ketiga bermula 15 April sehingga 28 April ini ternyata memberi kesan kepada sesetengah masyarakat terutamanya pada yang bergaji hari.
Seorang suri rumah memanfaatkan tempoh PKP dengan menjual jeruk mangga bagi menampung perbelanjaan anak tunggalnya yang terlantar akibat menderita penyakit paru-paru kronik.
Norhayati Abdullah, 26, berkata dia terdetik untuk menjalankan perniagaan makanan ringan berkenaan untuk membantu suaminya Mohd Saiful Azrin Hazmi, 28, yang hanya bekerja sebagai buruh, mencari pendapatan tambahan.
“Sebelum tempoh pelaksanaan PKP, kami tiga beranak bergantung harap dengan pendapatan suami sebanyak RM350 seminggu, namun sejak perintah ini dilaksanakan kami kesempitan hidup disebabkan suami tidak dapat keluar bekerja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh Sembilan di sini.
Anak Hidap Penyakit Paru-paru Kronik
Norhayati berkata anak tunggalnya Nur Amni Fatini Mohd Saiful Azrin, 4, disahkan menghidap penyakit paru-paru ketika berusia dua tahun selepas sering kali mengalami demam yang berpanjangan.
“Anak saya mengalami komplikasi kekurangan oksigen ke otaknya sejak lahir dan disebabkan itu hampir tiga bulan dia terpaksa berulang-alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Ads
Nor Hayati berkata, Nur Amni Fatini terlantar sepanjang hari itu tidak boleh berjalan dan bercakap seperti kanak-kanak lain seusianya dan hanya bergantung sepenuhnya kepada susu khas yang diberikan melalui tiub yang dipasang pada bahagian perutnya.
Diberi susu 6 kali sehari, setin hanya mampu bertahan selama seminggu
Beliau berkata Nur Amni Fatini diberikan susu enam kali sehari dan susu berkenaan yang berharga RM150 setin hanya mampu bertahan bagi tempoh seminggu.
“Walaupun saya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan, ia masih tidak mencukupi kerana untuk menyiapkan keperluan Nur Amni Fatini sahaja peruntukan sebanyak RM1,000 sebulan diperlukan untuk membeli susu khas sebanyak RM600 (empat tin) dan lampin pakai buang,” katanya.
Nor Hayati berkata beliau menjual jeruk dengan harga RM10 sebekas dan hasilnya mampu menampung kekurangan perbelanjaan mereka sekeluarga sekali gus membeli keperluan Nur Amni Fatini.
Ads
Jual Jeruk Mangga di Facebook
Ditanya bekalan mangga untuk dibuat jeruk, Nor Hayati berkata ia dibeli daripada penduduk di sekitar kawasan Bachok dengan harga RM2 sekilogram.
“Saya mempromosikan jeruk mangga ini di laman Facebook serta aplikasi WhatsApp saya dan pelanggan akan membuat tempahan sehari sebelum. Kebiasaannya, purata pendapatan harian yang diperoleh adalah sekitar RM70 bergantung kepada tempahan.
“Bagi pelanggan yang memesan untuk dihantar secara terus ke rumah, kos penghantaran akan dikenakan antara RM3 ke RM4 bergantung jarak perjalanan. Biasanya pelanggan saya terdiri daripada penduduk di sekitar Kota Bharu dan juga Bachok,” katanya.
Ads
Beliau yang juga penerima manfaat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan di atas bantuan sebanyak RM1,600 yang diberikan kepada golongan isi rumah B40.
“Saya akan menggunakan bantuan ini sebaiknya bagi kegunaan keperluan harian selain untuk membeli susu dan lampin anak saya,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga ini boleh meyalurkan bantuan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Nor Hayati Abdullah bernombor 0300941000019491 atau menghubunginya di talian 011-25560464.
Semoga semua ini akan berakhir tidak lama lagi. Bantulah apa yang mampu untuk ringankan beban keluarga ini. Semoga urusan Norhayati dan keluarga dipermudahkan. Yang lain kekal berada di rumah dan putuskan penularan wabak ini untuk kesejahteraan kita bersama. Stay Safe, Stay At Home!
Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan yang disyaki didera pengasuh sehingga patah tangan kanan kini stabil.
Mangsa, Muhammad Zaheen Affan Mohamad Zulkarnain kini dirawat di Hospital Seri Manjung selepas keluarganya menghantar ke hospital sejurus mendapati lengan bayi tersebut membengkak selepas mengambilnya dari jagaan pengasuhnya di Seksyen Dua, Seri Iskandar, Rabu lalu.
Ibu bayi tersebut yang mahu dikenali sebagai Akma, 28, berkata, dia masih sedih dengan kejadian itu kerana melihat keadaan anaknya yang menangis tidak henti ketika diambil dari rumah pengasuh.
“Buat masa ini saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara ini kerana ia masih dalam siasatan pihak polis.
“Cuma jika betul ada unsur penderaan, saya harap ada pembelaan yang sewajarnya untuk bayi kami,” katanya ketika ditemui di hospital berkenaan sini, hari ini.
Mengimbas kembali pada hari kejadian, Akma berkata, bayinya dihantar ke rumah pengasuh kira-kira jam 9 pagi bersama bapa mentuanya sebelum ke tempat kerja.
Menurutnya, lebih kurang jam 10.45 pagi dia pergi mengambil Muhammad Zaheen Affan selepas pengasuh tersebut menghubungi suami memberitahu anak sulungnya itu tidak henti menangis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, sehingga kini pihak polis masih menunggu laporan penuh perubatan bayi berkenaan.
Katanya, pengasuh yang berusia 46 tahun itu sudah pun ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, wanita terbabit ditahan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.
Anak sulung kepada Atlet Silat Negara, Jufferi Jamari iaitu Zimraan Al-Qays dikhabarkan agak kritikal di wad Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur akibat barah kanser yang dihidapinya.
Khabar duka tersebut disampaikan oleh Saudara Yusuf Azmi dari Semboyan Malaysia menerusi laman Instagram rasminya.
Menurut Yusuf Azmi, dia memohon doa ramai agar dapat mendoakan kesihatan buat adik Zimraan Al-Qays yang katanya agak kritikal di wad hospital.
“Assalamualaikum kepada semua rakyat malaysia.. Saya mohon kepada anda semua doakan anak tercinta buat adinda saya @jufferijamari yang sedang menghadapi kanser dan sedang berada di Wad agak kritikal..”
“Doa anda semua semoga menjadi asbab , Allah mengangkat segala kesakitan..Saya memohon kepada semua Para Ulama yang mengenali saya , mohon doa bersama”
“Saya mohon sangat sangat…Doa anda semua diperlukan..Sesungguhnya Doa itu senjata buat hamba Allah yang mukmin..”
Menerusi perkongdian Jufferi Jamari di laman Instagramnya pula, dia amat berharap agar ank sulungnya ini terus kuat melawan kanser.
“Awak anak yang hebat. Hanya ayah dan mummy je yang nampak kekuatan kamu nak..teruskan berjuang”
Rata-rata warga maya mendoakan kesihatan, kesembuhan buat adik Haq.
Pa&Ma turut mendoakan agar adik Haq segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan buat keluarga Jufferi Jamari.
Penyanyi terkenal, Alif Satar meluahkan rasa sebak apabila menerima sepucuk surat daripada dua cahaya mata perempuanya, iaitu Alisha Anugerah, 8 dan Ariana Mecca, 6.
Menurut Alif, ‘surprise’ itu diberikan kepadanya seusai dia pulang ke rumah dan mendapati anak-anak perempuannya itu belum tidur.
Menerusi perkongsian tersebut, Alif menunjukkan foto surat yang dituliskan anak-anaknya sebagai hadiah untuknya.
“Balik kerja lewat semalam, naik atas dan nampak anak-anak tak tidur lagi..“ayyy, awat tak tidoq lagi?”
“Kami buat kejutan untuk daddy, make sure you read it”.
“This is what they wrote. Berenang 4 kilometer kat laut aku gagah lagi matt, tapi ini barang boleh buat nangis 4 lautan bro♥️♥️ blessed!”
“Dear Daddy, here’s a gift From: Aaliah & Arinna
“I hope this will remind you of the time your loved ones was still alived, but i know you will meet them in paradise. I want you to know that your the best father anyone could ask for.
Love
AA, AM
Terharu dengan tindakan kedua anak perempuannya itu, Alif bersyukur dalam masa sama berasa sebak dengan titipan berupa pesanan dari anak-anaknya.
Kredit: Alif Satar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Tepat 14 tahun kita hidup bersama, Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan. Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.