Pelakon Anzalna Nasir telah selamat menimang cahaya mata lelaki Jumaat lalu. Pengumuman itu telah dibuatnya bersama suami,Hanif Zaki di instagram masing-masing dengan memuat naik video yang cukup menyentuh perasaan.
Melalui perkongsian video yang dimuat naik oleh Anzalna dia cukup bersyukur kerana dipermudahkan segala urusannya sehingga dapat memegang sendiri anak yang ditunggu selama ini.
Akhirnya dapat bertemu jua! Raya tahun ini paling bermakna buat kami sekeluarga setelah hadirnya orang baru dalam keluarga. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan untuk kami.
Jumaat, 31.5.19
Syukur Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Setelah sekian lama menantikan kehadiran cahaya mata, akhirnya, bertemu jua! Raya yang paling bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan untuk kami.
Sementara itu, di instagram suaminya pula, Hanif mengucap syukur setelah Anzalna selamat melahirkan permata hati mereka di Jumaat terakhir bulan Ramadan.
Suatu perasaan yang tak dapat saya gambarkan dan bakal memeriahkan hidup saya dengan kedua-dua insan yang paling saya sayangi dan kedua-duanya sihat.
Sebelum ini Anzalna berkongsi keterujaan apabila disahkan hamil bayi lelaki. Kehadiran bayi lelaki pertama dalam keluarga (Nasir) ini adalah yang ditunggu-tunggu oleh semua ahli keluarganya.
Jelasnya sejak 1993, bapa saya menunggu anak lelaki kerana adik beradik saya semuanya perempuan.
“Cucu lelaki juga belum dapat lagi kerana sebelum ini, kakak saya telah melahirkan tiga anak perempuan.
“Walaupun 26 tahun menunggu kiranya Allah tetap makbulkan permintaan doa kami dan ini hadiah paling bermakna buat seluruh keluarga Nasir dan belah suami saya,” katanya semasa mengumumkan jantina anaknya bulan lalu.
Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.
Sumber: ig Anzalna Nasir & Hanif Zaki