Jururawat Ini Kata Hak Merancang Dan Menghad Bilangan Anak Adalah Hak Isteri

Share

Bab merancang dan menghad bilangan anak memang isu yang agak sensitif bagi sesetengah orang. Ramai beranggapan soal anak biarlah Tuhan yang tentukan.

Kalau saban tahun mengandung, tentu badan seorang isteri pun tak sempat nak sembuh sepenuhnya. Jadi bagi memastikan kesihatan tubuh badan dan emosi isteri tidak terjejas, suami kenalah pertimbangkan hal merancang keluarga ini.

Jururawat berpengalaman Puan Nor Azniza berkongsi beberapa hal penting yang mungkin tak terfikir di fikiran kita. Bukan kuantiti anak yang patut diutamakan tetapi kualititi anak-anak yang ada.

Wajib merancang dan menghadkan jumlah anak jika:

  1. Anda tak mampu nak sediakan bilik yang cukup dan selesa untuk anak-anak. Mengasingkan anak-anak lelaki dan perempuan.
  2. Anda tak mampu nak beli pakaian yang elok-elok untuk anak-anak anda.
  3. Anda tak mampu beli makanan yang berkhasiat dan elok-elok untuk anak-anak anda (contoh, organic kan mahal)
  4. Anda tak boleh nak redhakan emosi anak anda yang paling kecik untuk terima adik baru. Menangislah anak itu minta didukung dan anda tak mampu nak dukung sebab berpantang dan dilarang oleh org tua.
  5. Anda tak mampu beri pendidikan terbaik untuk anak-anak. Anak-anak minta beli pencel colour 26 batang pun tak mampu. Nak kertas warna pun tak mampu.

Hak merancang dan menghad bilangan anak adalah hak isteri sebab mereka yang membawa perut ke sana ke mari. Menyusukan bagi mereka berehat semahu yang mereka mahu sehingga mereka bersedia. Suami perlu dimaklumkan dan tolong bersetuju. Positif dan empati.

Lahirkanlah anak-anak yang berkualiti bukan kuantiti. Jangan kerana anak ramai berderet, menyebabkan depress, anak-anak jadi mangsa marah-marah hingga tercalar emosinya

Siapa yang penyabar dan mampu untuk menyediakan kelengkapan di atas teruskan la punya anak-anak yang ramai.

Kepada yang tidak mampu, jangan la membawang mereka. Keluarga mereka hak mereka. Tak perlu campur tangan hal keluarga mereka. Plan lah jumlah keluarga masing-masing jangan sibuk plan kan keluarga orang lain.

Sumber: Nor Azniza

Published by
Hasnita Sawal