Luka episiotomi banyak terjadi kepada ibu yang bersalin terutama sekali bagi ibu yang baru pertama sekali bersalin.
Ia adalah guntingan yang dilakukan oleh doktor pada kulit dan otot antara vagina dan anus. Tujuannya untuk melebarkan jalan kelahiran bayi.
Jururawat Bel Nawhen telah berkongsi info dan tip berguna tentang episiotomi khususnya ketika proses menjahitnya.
#1 BIUS PADA OTOT, BUKAN KULIT
Sewaktu menjahit episiotomi, kebiasaannya kita akan beri bius setempat (local anaesthesia) pada otot vagina bukannya pada kulit.
#2 RASA SAKIT SEPERTI JAHIT HIDUP-HIDUP
Kenapa sakit seolah-olah dijahit hidup-hidup? Kerana kawasan kulit dia vagina/perineum ada banyak saraf.
#3 KENAPA TIDAK BOLEH BANYAK BIUS?
Ads
Kenapa tak boleh beri banyak bius? Bila bius terlalu banyak, kawasan jahitan terutamanya kulit akan membengkak, akan susah nak jahit dan bila bengkak surut, jahitan akan jadi longgar lalu sebabkan proses penyembuhan luka episiotomi akan menjadi lambat.
4 TIP IBU BOLEH LAKUKAN KETIKA JAHITAN EPISIOTOMI DILAKUKAN
Macam mana pula nak divert rasa sakit dijahit?
1.BERI KERJASAMA
Ads
Beri kerjasama kepada perawat. Jangan gerak. Banyak gerak kerana boleh melambatkan proses jahit, jadi anda perlu tahan sakit lebih lama.
2.AJAK NURSE BERBUAL
Ajaklah nurse tu berborak. Saya sendiri berbual dengan nurse yang jahit epi saya
3.BANYAKKAN BERSELAWAT & BEREHAT
Kalau nurse tak layan sebab busy repair luka, selawat banyak-banyak atau layan mengantuk dan keletihan. Tidur.
Ads
4.SABAR
Semasa JAHIT episiotomi, anda tak boleh bergerak sebab kita bimbang jika jarum tertusuk kat tempat lain selain tercucuk jari nurse tersebut. Bila anda tak beri kerjasama, maka proses menjahit akan menjadi lebih panjang.
Jahit episiotomi bukanlah satu proses jahit sembat, jahit tulang belut dan lain-lain kerana jahit luka perlukan konsentrasi dan ketelitian.
Bakal ibu dan ayah pastinya tidak sabar bertemu si kecil setelah menanti selama 9 bulan tempoh kehamilan. Tetapi bagaimana jika tempoh bersalin menjadi lama? Jom ketahui lebih lanjut mengenai apa yang dikatakan lambat bersalin atau prolonged labor ini.
Tempoh bersalin lama?
Lambat bersalin adalah di mana proses beranak mengambil masa yang lama. Ia berlaku ketika seorang wanita memerlukan tempoh kira-kira 20 jam atau lebih jika ini merupakan kelahiran pertama kali, dan 14 jam atau lebih untuk kehamilan seterusnya.
Situasi melahirkan anak yang lama ini ditentukan oleh fasa bersalin dan apakah serviks telah menipis serta dibuka dengan betul bagi proses kelahiran bayi.
Secara amnya, fasa kelahiran bayi dibahagikan kepada 3 peringkat:
Peringkat pertama: Bermula daripada fasa awal melahirkan anak sehingga serviks melebar dan menipis sepenuhnya Peringkat kedua: Bermula daripada pelebaran penuh hingga melahirkan Peringkat ketiga: Bermula dengan kelahiran bayi sehingga plasenta dikeluarkan
Baca juga:
Tempoh bersalin yang berpanjangan berlaku pada peringkat pertama fasa bersalin. Ia boleh meletihkan dan menjejaskan emosi, tetapi jarang menimbulkan komplikasi kepada ibu.
Tahap awal bersalin lama: Melibatkan proses melahirkan anak yang berpanjangan selama lebih 8 jam tanpa melepasi peringkat pertama.
Tahap pertama bersalin lama: Apabila proses melahirkan anak berpanjangan selama lebih 12 jam tanpa melangkah ke peringkat kedua bersalin.
Tahap kedua bersalin lama: Biasanya memakan masa 5 hingga 30 minit. Tetapi ia menjadi berpanjangan jika:
2 hingga 3 jam bagi wanita yang pernah hamil sebelum ini
1 hingga 2 jam untuk wanita yang hamil kali pertama
Oleh itu, seorang ibu hamil dikatakan mengalami masalah lambat bersalin sekiranya masa untuk melahirkan anak itu berlangsung lebih daripada 20 jam. Sekiranya kandungan adalah bayi kembar atau berganda, maka tempoh bersalin lama adalah pada 16 jam.
Proses melahirkan anak yang berpanjangan boleh berlaku sekiranya:
Saiz bayi sangat besar dan tidak dapat bergerak melalui saluran kelahiran
Bayi berada dalam kedudukan tidak normal, posisi songsang. Biasanya kepala bayi akan turun ke bawah dan menghadap ke belakang
Saluran kelahiran terlalu kecil untuk dilalui bayi
Proses kontraksi atau pengecutan rahim sangat lemah
Tanda & gejala lambat bersalin
Antara tanda dan simptom lambat bersalin yang boleh diperhatikan adalah termasuk:
Tempoh melahirkan anak melebihi 18 jam: Tanda paling utama adalah kelewatan
Keletihan ibu: Wanita yang sedang dalam proses beranak berasa lemah dan letih
Gejala fizikal lain adalah seperti sakit belakang yang teramat sangat, denyutan nadi tinggi dan keadaan rahim lembut (tender) juga memberi amaran mengenai fasa bersalin berpanjangan
Ketosis: Merupakan komplikasi dehidrasi dan kekurangan karbohidrat (atau glukosa) untuk tenaga dalam badan. Keadaan ini mengakibatkan pengumpulan keton dalam tubuh yang tidak normal
Risiko tempoh bersalin lama
Fasa melahirkan anak yang berpanjangan boleh menyebabkan komplikasi serius pada ibu atau bayi, bahkan berisiko membawa maut.
Antara komplikasi biasa yang boleh dialami ibu adalah:
Jangkitan
Pecah rahim
Fistula genital
Situasi lambat bersalin ini juga boleh membahayakan bayi. Ia boleh menyebabkan:
Tahap oksigen yang rendah untuk bayi
Irama jantung yang tidak normal pada bayi
Bahan tidak normal dalam cecair amniotik atau ketuban
Jangkitan rahim
Kematian dalam kandungan
Sekiranya bayi berdepan kesukaran, anda mungkin perlu melalui fasa kelahiran kecemasan.
Ini melibatkan pemantauan rapi yang penting untuk memastikan tahap kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.
Rawatan untuk tempoh bersalin lama
Sekiranya anda melalui fasa bersalin yang berpanjangan, doktor mungkin akan menyarankan untuk berehat sebentar. Adakalanya ubat akan diberikan untuk meringankan kesakitan proses bersalin dan membantu anda berehat.
Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin akan berasa lebih selesa selepas mengubah posisi atau kedudukan badan. Rawatan tambahan untuk membantu tempoh bersalin lama ini adalah bergantung kepada punca atau sebab yang mendasari keadaan tersebut.
Sekiranya bayi sudah sedia berada dalam saluran kelahiran, doktor boleh menggunakan alat khas yang disebut sebagai forcep atau alat vakum bagi membantu mengeluarkan bayi melalui faraj.
Jika doktor berasakan anda memerlukan lebih kuat kontraksi, berkemungkinan akan diberikan 0xytocin. Ubat ini berfungsi untuk mempercepatkan pengecutan dan menjadikannya lebih kuat.
Seandainya selepas doktor berasa anda sudah cukup kontraksi dan tempoh bersalin masih lambat, proses kelahiran secara pembedahan caesarean adalah pilihan terakhir.
Sekiranya bayi terlalu besar atau ubat yang diberikan tidak mempercepatkan proses beranak, anda memerlukan C-Sec. Pembedahan Czer mungkin menjadi jawapan kepada beberapa masalah yang menyebabkan wanita berdepan situasi lambat bersalin.
Hampir sepertiga C-Sec dilakukan kerana tempoh bersalin yang berpanjangan.
Kelahiran Caesar adalah sangat biasa untuk kehamilan berganda. Diaggarkan hampir separuh kelahiran kembar dilakukan melalui prosedur C-Sec, sementara 90% kembar tiga dilahirkan dengan proses pembedahan ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan bayi lelaki baru-baru ini, selebriti popular Neelofa dalam Instagram Story yang dimuat naik semalam menarik perhatian ramai apabila meluahkan perasaannya yang bercampur baur.
Neelofa memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan seolah-olah dirinya sedang bertarung dalam satu situasi yang terkurung.
Pelakon drama Suri Hati Mr Pilot ini turut meletakkan kapsyen yang menggambarkan dirinya yang tidak bebas dan persoalan ini berlaku kepadanya pada fasa awal kehamilan dan juga ketika tempoh berpantang ini.
“Kenapa pada fasa awal kehamilan dan berpantang terasa seperti duduk di dalam ini?”
“Secara emosi dan fizikal, Saya seorang yang rasa begini atau ramai juga melalui perkara sama?”
Tidak menyatakan secara terperinci keadaan terkininya, Neelofa seperti mahu berkongsi keadaan emosi dan fizikalnya ketika tempoh berpantang.
Ibu kepada Muhammad Bilal ini juga turut meminta pendapat dan nasihat daripada pengikutnya jika ada yang pernah melalui keadaan atau situasi yang sama sepertinya.
“Adakah normal? Boleh kongsi nasihat atau pengalaman?” tulisnya lagi
Neelofa telah selamat melahirkan bayi sulungnya pada 29 Jan yang lalu. Walaubagaimanapun dia dan suami masih belum berkongsi wajah putera sulung mereka itu.
Untuk info, Neelofa dan Haris selamat mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Kredit: GEMPAK & Instagram Neelofa
Buat mama papa yang mahu anak lancar Bahasa Inggeris, jom sertai E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel istinewa seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato’ Dr Sheikh Muzaphar. E-Workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!. Jom, daftar sekarang di: https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Pastikan setiap ibu bapa join webinar ini kerana anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada speaker-speaker jemputan tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Webinar ini menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszy. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas mengetahui kepentingan vaksin, mama papa yang mungkin selama ini mempunyai pendirian tidak mahu mengambil vaksin atau benar-benar terlepas jadual imunisasi anak boleh mendapatkan vaksin di klinik.
Menurut Dr Amirul Amzar, menerusi perkongsiannya, ibu bapa yang ingin mendapatkan vaksin bagi anak mereka boleh ke klinik kesihatan dan klinik swasta yang berhampiran. Berikut ialah perkongsian beliau;
ANAK ANDA TERTINGGAL VAKSIN?
Jom lengkapkan imunisasi anak anda. Bawa sahaja mereka ke Klinik Kesihatan atau Klinik Swasta berdekatan. Jika anda masih mempunyai rekod vaksinasi sebelumnya, sila bawa bersama.
Jangan risau, kami sedia membantu. Usah dikenang kisah yang lalu, yang penting, anda sekarang sedar kepentingan vaksinasi buat anak anda. Anda telah buat keputusan yang baik.
TIADA SATU JADUAL VAKSIN KHAS, PERLU KONSULTASI DOKTOR
Dr Amirul juga menegaskan yang tiada prosedur spesifik untuk tujuan ini. Ibu bapa hanya perlu membawa sahaja anak berkenaan dan buku rekod kesihatan ke klink kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia atau mana-mana klinik swasta.
“Tiada jadual vaksin secara umum untuk catch up immunization. Kena jumpa doktor dan buat consultation.
“Banyak faktor perlu diambil kira sebelum suntikan diberikan. Umur serta suntikan sebelum ini juga perlu diperiksa. Alahan, penyakit sebelum ini dan sebagainya. Oleh sebab itu kementerian tidak mengeluarkan jadual bagi tujuan ini,” kata beliau.
Jadual Imuninasi Kebangsaan yang dipaparkan di bawah adalah yang sepatutnya diambil kanak-kanak mengikut usia tertentu yang telah ditetapkan. Bagaimana pun, sekiranya anak anda tertinggal, dinasihatkan untuk membawa mereka ke klinik berhampiran dengan segera.
Bacaan surah Al-Fatihah oleh anak usahawan Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal dipuji wargamaya malah memuji cara didikan pasangan ini dalam mendidik anak mereka.